Source: Roketkini.com
Oleh
Iliya Arashi
2
April 2012
Balian
: What is Jerusalem
worth?
Saladin:
Nothing…everything!
(Kingdom of Heaven , 2005)
Memerhatikan
isu terkini – berkenaan tapak masjid di Bayan Mutiara – yang berlaku di Pulau
Pinang baru-baru ini, menyedarkan kita bahawa sememangnya kita telah gagal
sepenuhnya dalam melahirkan sebuah masyarakat yang matang dan bersemangat
kebangsaan Malaysia .
Nilai
dan kedudukan sesebuah bangsa terletak pada kebolehannya untuk menghargai dan
memahami hukum yang asasi dan pada masa yang sama menolak perkara-perkara yang
hanya bersifat luaran dan cetek semata-mata.
Oleh
itu apabila terdapat kumpulan-kumpulan tertentu – sama ada parti politik atau
badan bukan kerajaan – yang menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang yang
diterajui Lim Guan Eng daripada gabungan Pakatan Rakyat mengabaikan kebajikan
masyarakat Islam di negeri itu melalui penjualan tapak masjid kepada pihak
swasta, wajar kita bertanya: adakah setakat ini sahaja kemampuan kita untuk
membincangkan tentang masalah-masalah yang membelenggu masyarakat kita,
terutamanya dalam soal agama?
Yang
dirisaukan adalah tapak yang dikenal pasti untuk pembinaan masjid dan bukan
nilai-nilai atau falsafah yang dibawa oleh agama Islam itu sendiri. Dalam erti
kata lain, batu-batu dan struktur fizikal yang dapat dikesan pancaindera adalah
lebih mustahak daripada prinsip-prinsip abstrak dan segajat yang terkandung
dalam Islam itu sendiri!
Di
sini kita harus jelas; kita bukan hendak mengabaikan kedudukan dan keperluan
masjid itu sebagai institusi dan komponen yang sangat penting dalam perjalanan
hidup dan penghayatan Islam oleh masyarakat Islam secara umum mahupun khusus.
Tetapi
untuk merendahkan wacana tentang kedudukan agama Islam dalam sesebuah
masyarakat hanya kepada persoalan tapak dan batu semata-mata adalah satu
penghinaan yang sangat besar.
Ini
kerana agama Islam itu sendiri kaya dengan nilai-nilai yang memperkasakan dan
mengharuskan kita supaya bertindak dan menuntut perubahan, agar sebuah
masyarakat yang lebih saksama dan sejahtera dapat dibentuk. Atau
sekurang-kurangnya sesuatu keadaan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.
Bukankah
itu salah satu keperluan asas dalam Islam itu sendiri, iaitu untuk sentiasa
mencari dan melakukan kebaikan, tanpa mengira kaum dan agama?
Sekiranya
kita betul-betul ingin mendapatkan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat
seluruhnya supaya agama Islam dapat memainkan peranan penting sebagai unsur
yang inklusif dalam gerakan sosial dan politis di negara ini, maka
perkara-perkara yang wajib diberi perhatian utama adalah persoalan jurang
kemiskinan, taraf hidup masyarakat dan diskriminasi golongan tertentu.
Tidak
ada gunanya beribu-ribu tapak dikenal pasti dan diperuntukkan untuk pembinaan
masjid atau pun surau sekiranya mereka yang terlibat dalam kes rasuah dan pecah
amanah sehingga berbilion-bilion ringgit tidak dihukum dan masih dibiarkan
bebas.
Tapak
boleh dijual. Bangunan boleh diruntuhkan. Tetapi keyakinan dan kepercayaan
kepada nilai kesaksamaan tidak boleh dirampas sebaliknya kekal sepanjang zaman.
Itu yang mesti kita pegang dan pertahankan walau mana kita berada. –
Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/04/02/meletakkan-nilai-agama-pada-batu-dan-simen-oleh-iliya-arashi/
没有评论:
发表评论