民主行动党 => 创建马来西亚人的马来西亚

Democratic Action Party => Striving for a better Malaysia

2012年7月12日星期四

Perihal ketirisan RM26 bilion, DAP90 dan Utusan pembohong



Source:  Roketkini.com

12 July 2012


Ketirisan (bahasa lemah lembut untuk rasuah, korupsi dan pembaziran) di Malaysia berjumlah RM26 bilion sahaja, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung semasa sesi soal jawab sewaktu debat di antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini.

Walau pun ‘ketirisan’ wang negara RM26 bilion, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, tak tulis apa apa pun. Yang Utusan mainkan ialah menyerang kerajaan Pakatan rakyat Selangor dengan isu Talam, kononnya berlaku rasuah tapi tak dapat dibuktikan sampai sekarang, yang akhirnya makan diri sendiri.

Itulah bagai dikata, “kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak” atau buat-buat tak nampak? Nak tutup pekung sendiri, dijaja cerita sana sini.

Apa nak jadi dengan kerajaan BN, hidup pun dengan duit cukai rakyat. Sedarlah sikit.

Alahai Utusan, cedok sana cedok sini tak ada modal

Elok tak ada angin, tak ada beruk, tak ada pokok pun yang bergoyang, tiba-tiba Utusan muntahkan pula cerita DAP nak bertanding 90 kerusi Parlimen. Aduhai lah sayang….

Kata Mahfuz, “Ini mengarut!”

Kata Lim Kit Siang; Utusan Malaysia “akhbar pembohong”.

Tak payah Kit Siang dan Mahfuz kata pun, kita semua dah naik jelak dengan Utusan. Peganglah pada fakta dan realiti. Jangan ingat pandai kononnya nak gaduhkan PKR dan PAS dengan DAP, atau nak bangkitkan kemarahan Melayu terhadap DAP yang sudah dicop sebagai parti kaum Cina oleh Utusan.

“Sekarang, propagandis UMNO telah melakukan kempen menakut-nakutkan rakyat untuk menyemarakkan rasa curiga dan saling tidak percaya antara kaum.” Benar kata Kit Siang.

Najib, bila lagi?



Source:  Roketkini.com

Oleh Muhammad Nazreen

12 July 2012


Debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek, rentetan daripada debat pertama mereka sebelum ini anjuran Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI) membawa sindiran cabaran debat di antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bukti debat demi debat yang berlangsung di antara para pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memberi kepastian bahawa idea politik baru bukanlah hal yang mengingkari norma masyarakat.

Sebelum ini, kita disaksikan dengan penampilan tokoh politik muda Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli berdebat sepentas dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkenaan hala tuju pendidikan negara.

Debat sebagai permulaan era demokrasi matang

Debat politik kini merupakan arus baru dalam mewadahi kredibiliti pimpinan negara. Tradisi debat bukanlah omongan yang direkayasa, malahan sejarah menyaksikan debat adalah suatu pentas yang membangunkan dhamir pemimpin-pemimpin yang punya kredibiliti.

Debat adalah cerminan para pemimpin untuk menaruh kepercayaan rakyat akan wawasan yang mereka bawa. Tuduhan beberapa pemimpin UMNO termasuklah Najib sendiri yang mendakwa debat tidak bersesuaian dengan norma masyarakat Malaysia adalah kenyataan yang serong. Tindakan ‘menyelamatkan’ diri Najib daripada berdepan dengan Anwar Ibrahim nyata membuktikan Najib bakal dirundum bala.

Debat sebagai ‘bukan’ budaya kita sepertimana yang dilaungkan Najib dan proksinya mempunyai asas yang lemah. Sebagai salah seorang pimpinan utama Malaysia, alasan yang dihujani beliau supaya terselamat daripada debat bersama Anwar Ibrahim menguatkan lagi bahawa Najib tidak bersedia dengan seruan ‘transformasi’ yang dia laungkan. Mengapa?

Pelampau kaum bakal edarkan bunga dan coklat?



Source:  Roketkini.com

12 July 2012


Perubahan tidak datang jika tidak ada desakan dan tekanan. Dan Barisan Nasional tidak akan pernah mahu berubah jika bukan kerana benar-benar terdesak dan terpaksa. Kalau tidak ada tekanan daripada luar, sama sekali parti itu akan kekal dalam keadaan yang serupa untuk seratus tahun lagi.

Ini benar. Jika ia tidak rasa terpaksa, sudah pastilah ia tidak berhempas pulas melakukan transformasi-transformasi dan memunggah saki-baki harta negara kepada rakyat. Ini langkah maha terdesak. Dan bodohlah mereka yang menyangka bahawa ini semua lahir daripada niat murni pemerintah untuk bikin senang hidup rakyat.

Tambah bodoh untuk percaya bahawa semua ini tidak ada kena mengena dengan tekanan yang diberikan pihak lawan, termasuk rakyat terbanyak yang vokal menentang pihak pemerintah.

Ini hukum ketiga fizik Newton; “Untuk setiap aksi selalu ada reaksi yang sama besar dan berlawanan arah”. Fitrah setiap perkara yang masuk akal. Tidak ada perkara yang terdorong sendiri, tanpa sebab.

Akta baru atau nama saja baru?

Jadi apabila sang Menteri Perdana mahu gantikan Akta Hasutan dengan suatu makhluk baru yang dipanggil Akta Keharmonian Nasional, kita harus sedar bahawa ini tidak terjadi dengan sekelip mata, mahu pun dari suara hati nurani Najib Razak yang tulus ikhlas mahu menukar-nukar undang-undang. Tambah pula, ini dia umumkan dalam keadaan negara sedang di ambang pilihan raya umum.

Dengar namanya sahaja kita sudah rasa lain macam. Akta Keharmonian Nasional. Apa yang kita bayangkan apabila mendengar nama ini? Padang rumput yang luas, ada sebatang pohon beringin yang rendang, rama-rama berterbangan, langit membiru dengan tiada awan kelabu. Dan ada anak kecil berbaju putih sedang main layang-layang. Macam iklan sabun pencuci.

Menurut laporan Bernama, ini yang disebut Najib Razak; “Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama.” Itu katanya di majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


2012年7月11日星期三

Presiden MCA hina rakyat Sabah & Sarawak



Source:  Roketkini.com

Oleh Adil Mat Selamat

11 July 2012


Dalam ghairah berhujah dalam Debat 2.0 tempoh hari, secara terang-terangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menghina rakyat Malaysia di Sarawak dan Sabah dengan mendakwa bahawa mereka tidak mampu bersaing dengan rakyat di Semenanjung jika tidak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional.

“No way!” katanya sewaktu debat tersebut, menunjukkan keyakinan tegas beliau bahawa memang penduduk di Sabah dan Sarawak tidak mampu mandiri tanpa BN.

Sabah & Sarawak tak mampu saing?

Kenyataan ini dibuat kepada jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti debat beliau dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Ahad lalu melalui siaran tertunda TV malam itu serta liputan youtube yang masih boleh ditonton sehingga saat ini.

Pandangan Chua dibuat selepas soalan dikemukakan oleh panelis dalam sesi debat tersebut, Prof Dr James Chin dari Universiti Monash, berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Yang dijangka jawapannya pastilah mempertahankan DEB dengan memberi hujah manfaatnya kepada rakyat serta contoh-contoh kejayaan BN.

Tetapi yang tidak dijangka sama sekali adalah apabila Chua Soi Lek, dalam mempertahankan DEB, telah mendakwa masyarakat Sabah dan Sarawak tidak boleh bersaing dengan penduduk Semenanjung atau warga Lembah Klang tanpa bantuan BN.

Hujah beliau ini sekali gus menggambarkan bahawa masyarakat Sabah dan Sarawak adalah manusia  yang lemah, tidak mampu bersaing atau dalam bahasa ekonominya ‘tidak anjal’. Dalam bahasa kemanusiaannya, masyarakat Borneo akan ketinggalan buat selama-lamanya tanpa BN.

Kenyataan menghina ini datangnya dari seorang tokoh yang diwarwarkan hebat selepas membuat ‘come back’ dalam arus perdana politik Malaysia selepas skandal pita video seks yang didedahkan oleh musuh-musuh politiknya sendiri dalam MCA. Sangat memalukan.

2012年7月10日星期二

Maki hamun budaya UMNO hari ini?



Source:  Roketkini.com

Oleh Adil Mat Selamat

10 July 2012

L**cau la! Melayu bodoh jadi suruhan DAP*g.
Lim Guan Eng **bi, kah kah kah…
Melayu haram**dah boneka DAP*g
Potong ***cau baru Lim Guan Eng bole jadi PM
DAP*g komunis tak potong lanc**


Ini sebahagian besar (majoriti) komen dari para komentar anti-DAP dan anti-Pakatan Rakyat di Facebook Roketkini yang sempat direkodkan dan telah pun dipadamkan atas sebab undang-undang serta usaha mengekalkan kesopanan. Rata-ratanya menggunakan nama Melayu samaran. Rata-ratanya memaki-hamun DAP, pemimpin DAP, orang Melayu dalam DAP dan Roketkini dengan harapan agar timbul kebencian dan kemarahan di kalangan pembaca Melayu dan akhirnya parti kesayangan mereka, iaitu UMNO, akan beroleh kemenangan dalam pilihan raya.

Rata-ratanya mereka tidak pernah ada sebarang hujah yang munasabah kecuali maki-hamun seperti orang hilang akal sedang mengamuk. Dengar khabarnya ada yang dibayar lumayan untuk membuat kerja terencat akal seperti ini.

Melayu b**gsat saja yang masih dok sokong UMNO...
DAP hebat, pergi m**pos dengan UMNGOK

Ini pula adalah sebahagian kecil (minoriti) komentar di Facebook Roketkini. Kita tidak dapat pastikan adakah ini penyokong tegar DAP dan Pakatan Rakyat atau mereka yang sengaja mahu reverse psychology agar DAP dan PR dilihat sama taraf dengan penyokong UMNO dan BN. Jika benar mereka penyokong DAP atau PR, kita doakan agar mereka insaf dan perbetulkan kelemahan mereka itu. Sebahagiannya menggunakan nama Cina dan Melayu sebagai nama samaran.

Baling batu sembunyi tangan

Kita sedia maklum bahawa fenomena ini adalah hasil inisiatif kerja sabotaj yang hina dari cyber trooperyang dibiayai oleh UMNO dan Barisan Nasional menerusi proksi-proksi kecil mereka.

Namun, kita tidak perlu membuktikannya kerana tidak ada kebenaran yang ingin kita tegakkan menerusi dakwaan ini, sebaliknya kita mahu rakyat Malaysia, baik penyokong BN atau penyokong DAP/PR khususnya sedar bahawa inilah gambaran politik yang sedang diolah agar kita hilang sabar dan akhirnya mengikut rentak irama politik mereka yang ‘membina’ kebencian.

Politik membina kebencian menerusi kata-kata nista, lucah dan jijik ini sedang menyerang dan menyamar sebagai pejuang demokrasi. Tetapi pelik sekali kerana demokrasi yang bersih dikotori dengan bahasa kotor dan hasutan yang memualkan.

Khilaf, fitnah dan politik benci UMNO-BN (Bahagian kedua dan terakhir)



Source:  Roketkini.com

Oleh Hafiz Zainuddin

10 July 2012


Para panelis Wacana “Adakah Dasar DAP Mengancam Islam?” di Shah Alam baru-baru ini, diasak dengan persoalan paling popular, walau pun jarang atau berani ditanya hadirin dalam mana-mana majlis UMNO atau Barisan Nasional, iaitu mengenai hudud, biar pun telah berkali-kali baik PAS mau pun DAP telah menyatakan pendirian mereka.

Hudud

Menjawab kepada persoalan pelaksanaan hudud dalam konteks perundangan Malaysia, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP jelas berpegang pada Perlembagaan Persekutuan di mana tidak ada peruntukan bagi pelaksanaan hukum hudud.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan hal-ehwal agama kepada kuasa negeri di mana Raja-raja menjadi pemegang kuasa dalam perkara berkaitan dengan Islam. Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa menjatuhkan hukuman mati kepada mahkamah di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan.

Bagi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Maszlee Malik pula, beliau mengakui bahawa di dalam jiwa majoriti umat Islam memang mahu hudud dilaksanakan.

Tetapi menurut beliau terdapat banyak lagi isu-isu lain yang lebih utama, yakni tuntutan-tuntutan Islam, tuntutan-tuntutan syarak seperti menegakkan keadilan, menentang kezaliman, menentang rasuah, integriti, amanah belum dilaksanakan lagi yang sebenarnya boleh disepakati oleh DAP dan dengan masyarakat bukan Islam yang lain.

“Umat Islam tidak menghadapi masalah dengan bukan Islam untuk memperjuangkan common groundatau perjuangkan nilai-nilai universal.

“Sebagai contoh paling mudah kita boleh ambil ialah sejarah umat Islam di Andalusia di Sepanyol hari ini yang dulunya pemerintah Islam mengamalkan konsep la convivencia, iaitu kehidupan bersama, saling faham memahami dan saling hormat menghormati atas nilai-nilai universal.

Pandangan bukan-Islam terhadap Islam

Merungkai kepada beberapa persoalan yang menyimpul, Guan Eng menyentuh sedikit mengenai pandangan masyarakat bukan-Islam terhadap Islam.

“Pada suatu ketika, orang bukan-Islam melihat gambaran Islam melalui pemimpin UMNO. Ini bukanlah satu model yang baik. Sama juga bagi orang Melayu Islam. Kalau mereka melihat pemimpin bukan-Islam, mereka akan lihat pemimpin MCA macam Chua Soi lek,” ujar beliau disambut tepukan hadirin.

Beliau juga membawa contoh apabila timbul isu judi bola. “Yang nak perkenalkan bukan DAP tetapi (Timbalan Menteri Kewangan) Awang Adek Husin, seorang Melayu Islam. Bila cadangan itu dikemukakan, Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bahawa kita tak akan biarkan judi bola masuk ke negeri ini. Perkara ini betul-betul mengejutkan UMNO.”

“Kerana sebelum ini mereka cakap ‘kita kena benarkan judi bola kerana ia budaya orang Cina’, ‘kerana kita hormat budaya orang Cina’, itu sebab kita mesti perkenalkan judi bola.’ Selepas tu bila saya kata bahawa kita tak benarkan judi bola, apa dia nak cakap lagi?

“Takkan dia nak bagi tau orang kampung ini bukan Cina baik, ini Lim Guan Eng bukan Cina tulen sebab dia tak sokong budaya dia (judi). Takkan dia nak cakap macam tu, orang kampung bukan bodoh. Takkan dia nak cakap tengok itu muka Chua Soi Lek baru Cina tulen.”

Katanya 50 ribu orang sambut PM, kasihan…



Source:  Roketkini.com

Oleh Daing Yahya

10 July 2012


Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas ‘Janji Ditepati’ dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke 13.

Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana ‘bertenggek’ atas kapasiti giliran dan nasib.

Mudahnya dia naik

Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.

Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.

Kemudian dia naik jadi Ketua Pemuda UMNO kerana Anwar naik pangkat ke Naib Presiden, seterusnya beliau jadi Naib Presiden bila Pak Lah naik jadi Timbalan setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO dan Kabinet. Selepas itu, Najib naik ke takhta no.1 kerana Pak Lah ditendang keluar oleh UMNO sendiri.

Begitulah nasib yang sentiasa menyebelahi Najib Tun Razak. Beliau belum pernah diuji dilapangan sebenar, dan pilihanraya akan datang pastinya akan menjadi medan ujian sebenar sama ada Najib betul-betul dikehendaki oleh rakyat Malaysia atau tidak.

2012年7月9日星期一

Malu saya kalau jadi ahli MCA



Source:  Roketkini.com

Oleh Izmil Amri

9 July 2012


Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melalui cabutan undi, berjaya menjadi pemidato pertama; saya sudah boleh mengagak apa kesudahan debat ronda kedua MCA lawan DAP yang diadakan di Sunway Convention Centre semalam.

Kalaulah saya ini Cina, dan kebetulan menjadi ahli MCA, pastilah saya akan menyorokkan muka saya di dalam guni bawang dan tidak lagi bertemu dengan mana-mana teman penyokong Pakatan Rakyat, kerana begitu berat malu yang ditanggung.

Bahkan saya barangkali sanggup untuk lakukan pembedahan plastik dan menggunakan nama baru supaya orang tidak kenal saya lagi. Dan kemudian senyap-senyap saya isi borang DAP dan tinggalkan MCA selama-lamanya. Begitu besarlah malu yang ditanggung MCA kerana menghantar Chua Soi Lek, presidennya itu untuk berdebat menentang Guan Eng – untuk kali yang kedua.

Seolah-olahnya tidak cukup sekali kena belasah. Maka saya harus hormati keberanian Soi Lek untuk berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu buat kali kedua. Bos beliau, sang Perdana Menteri Najib Tun Razak, masih lagi belum ketemu semangat (barangkali kena mandi bunga) untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meski pun Anwar rela beliau diberi sekadar tiga minit, dan Najib sepuluh minit untuk berbalas hujah.

Ini disebut Guan Eng pada awal debat, mengingatkan kita pada cabaran debat Anwar yang sehingga hari ini dielak oleh Perdana Menteri; sementara presiden MCA ternyata lebih berani untuk menyampaikan hujah-hujahnya – walau pun hujah-hujah beliau itu sekadar diketawakan penonton dan Guan Eng sendiri.

Debat ronda kedua ini mulanya mahu dilakukan dalam bahasa Inggeris, memandangkan ramai benar yang berang kerana ‘tak faham cakap Cina’ apabila debat pertama berlangsung dalam bahasa Mandarin. Namun setelah Guan Eng ditetapkan sebagai pemidato pertama, beliau menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa rasmi DAP. Kedengaranlah dari penjuru sebelah MCA sana pekik lolong mahukan Guan Eng bercakap bahasa orang putih. Seolahnya tidak pernah belajar Bahasa Malaysia di sekolah.

2012年7月8日星期日

Kenapa dengan Mahathirisme?



Source:  Roketkini.com

Oleh Mazir Ibrahim

8 July 2012



Tun Mahathir Mohamad seorang tokoh politik yang sememangnya menarik dalam arena politik perdana di Malaysia. Beliau memimpin politik dan pentadbiran negara lebih 22 tahun. Jika pokok kelapa sawit yang ditanam, pasti sudah berbuah lebih dari dua puluh kali.

Bagi generasi 1980-an, pastinya ia menjadi benih yang masak ranum di kala ini. Sejarah hidup mereka adalah sejarah pemerintahan Mahathir.

Ketika bermulanya tahun 1980-an atau lebih tepat lagi 1981, dasar negara kita adalah satu dasar yang diilhamkan oleh beliau. Baik dasar ekonomi, pendidikan, sosial mahu pun budaya. Kesemua aspek ini adalah warna prima bagi dimensi negara Malaysia. Jika pelukis melukis di kanvas, warna-warna inilah yang akan diambil.

Kelahiran budaya kroni

Sungguh pun Dasar Ekonomi Baru diilhamkan pada sekitar 1970, tetapi di kala pemerintahan Mahathirlah maka munculnya jutawan-jutawan segera. Era 1970-an memberi impak kepada majoriti rakyat miskin khususnya kaum Melayu luar bandar, termasuk peneroka Felda. Era Mahathir menjadikan elit-elit kroni sebagai kumpulan yang didahulukan.

Bagaimana boleh munculnya tauke-tauke besar yang menjadi jutawan segera di zaman Tun M? Selain dari DEB, kemudian dengan Dasar Pandang ke Timur, muncul pula Dasar Penswastaan yang berjaya melahirkan jutawan segera yang menjadi kroni pemerintah.

Dasar Penswastaan ini seakan revolusi di Malaysia hinggakan di kala itu muncul istilah ‘drama swasta’ dalam slot rancangan televisyen. Niatnya mungkin baik tapi amalan dan kesannya buruk sekali.

Konsep penswastaan bagi Mahathir cukup mudah, iaitu dengan menswastakan aset atau milik negera yang sudah pun berjaya kepada pihak syarikat atau individu.

Bermula dengan Lembaga Letrik Negara (LLN), Jabatan Telekom, Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Keretapi Tanah Melayu, Pos Malaysia dan banyak lagi.

Bertolak dari ‘revolusi’ ini, maka secara sistematiknya muncullah budaya rasuah di kalangan kakitangan kerajaan, ahli politik dan ahli perniagaan. Semua ini muncul adalah kerana tumbuhnya peluang perniagaan dan keuntungan ‘mee segera’.

Drama-drama Melayu juga mula terhasil melalui skrip dan cerita yang klise. Karya seni mula dihasilkan dengan ‘template’. Semua kerana ingin cepat mendapat pulangan tanpa peduli pada tanggungjawab moral dan estetikanya.

Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan lebih awal rupanya hanya sebagai motivasi untuk cepat bekerja, bukan teliti bekerja. Ini jalan mudah yang diambil dan difahami oleh Mahathir. Akhirnya kerja memang siap tapi tak bermutu, yang melaksanakannya pula hanya mahu pulangan yang cepat.

Elemen-elemen Dasar Pandang ke Timur dan Dasar Ekonomi Baru dilunakkan lagi dengan gaya politik assabiyah (perkauman) UMNO dan Barisan Nasional. Maka lahirlah sistem kek ekonomi yang berasaskan pecahan kaum yang diutamakan kepada kroni.

2012年7月7日星期六

新书 《威省在地情》 和 《意志论政》 推介礼







意志和温安是威省市政局的2袂召闻发布会,向广大民众传递最新的市政局资讯;拜访选民、巡法等等,也是一起出2人合作无,互补长短的工作系,令市政局官不敢忽的要求,问题都能在很短的时间内,加以解决。

意志和温次推出各自的第1本著作,也是以的形象手出

意志的《意志政》和温安的《威省在地情》记录了他议员的甜酸苦辣经验及的内容广泛,尤其是政治,更是他们关注的焦点。

《意志
政》和《威省在地情》新推介礼恭请槟州行政议员友和大山脚国会议员章瑛合主持,日期是77日(星期六)下午6点,地点在北美嘉广Pacific Megamall) 大

意志和温迎公众人士踊出席当天的新推介礼。

《意志
政》和《威省在地情》本零售价20令吉,在推介礼当天,公众人将惠,只需20令吉,就能2本由意志和温名的新,希望公众人士不要错过机会。


  意志

溫維安和孙意志 出書《威省在地情》+《意志论政》




讓民眾瞭解市議員生活
 - 維安和意志 出書 《威省在地情》《意志政》

 《威省在地情》 和 《意志政》 推介礼

77日(星期六)下午 6点,地点在北美嘉广Pacific Megamall) 大

定你了,朋友!





   










威省市局將辦比賽 - 照顧花樹贏大獎



转载  中国 

(北海 201277

已在威省各區取得不俗成績的
護花計劃,將設獎項供商家參賽,誰的花樹顧得好,誰就能贏大獎!

威省市局在今年 
3月中推展的 護花計劃,已進行 4場,佳比塑膠(GUPPY)廠經理陳德發答應繼續贊助花盆,但希望能舉辦比賽,藉以吸引更多人參與。

威省市議員孫意志指出,有關比賽的細則與獎項尚在討論階段;他透露,獎品會很豐富。

儘管如此,威省市局將在 
9月開始,重回護花計劃的地點進行視察,確保棵花樹都獲照顧。

威省市局秘書羅
里今早在詩布朗再也雙威鎮商業區出席第4階段推展禮后透露,該計劃至今已花費 2100令吉。

,佳比塑膠贊助的個花盆市價為 29令吉,市局的樹苗及有機肥料是 4令吉50仙;換言之,佳比塑料至今已贊助 17400令吉,而威省市局則贊助 2700令吉。

計劃首站于 
324日在北海王裕好路舉行,當時是由地方政府事務委員會主席曹觀友主持、 55日在大山珍珠市、526日在高淵大街,而第 4站則在雙威鎮;站獲贈 200個花盆及樹苗。

代表檳州第一副首長曼梳出席上述推展禮的威省市議員阿米爾呼籲其它發展商能向雙威鎮看齊,一起為國際城市付出一分力。


Source:  http://www.chinapress.com.my/node/333480

2012年7月6日星期五

讓民眾瞭解市議員生活 - 溫維安出書《威省在地情》



转载  光明日 

(大山
 201273)





為了讓民眾更了解市政局操作、市議員的生活及政治課題,前威省市議員
維安即將推出《威省在地情》書本。

維安指出,其作品第一版印刷1500本,並將於本月7日,在北海美嘉廣場舉行推介禮,推介嘉賓為大山國會議員章瑛。

新作集合光明專欄言論


他周二上午接受《光明日報》訪問時披露,其新作是集合他在《光明日報》專欄發表的言論。


,書本容是集合了201035日至20111231日,他在《光明日報》投寫的稿件,容是寫關於市議會以及政治課題。

 “這本書的
容注重在我當市議員的生活、感想。無可避免的,容也及政治課題。

《威省在地情》分為兩個部分,即
市政看一看” 45篇及政治比一比” 39篇,共有 84篇文章。

維安會親自去推銷新書,遲些考慮尋找書店代理。他強調,其作品並不是通過行動黨發行,而是他自己出書,但獲得贊助商的協助。

他非常感謝本報給予他版位投稿,讓他有空間發揮自己的言論。

出書紀
市議員生活

維安,之前身邊朋友建議他出書,但那時候他並沒多想,直到最近有人再提起,經過他和市議員孫意志商討,他們都認為是時候出一本書記當市議員時所看到的一切,所以決定各自推出作品。

他透露,孫意志的新書也將於本月
7日,在同個地點舉行推介禮,而主持推介的嘉賓是州行政議員曹觀友。

他希望其新作品能獲得民眾的支持,讓人民對民主更了解行動黨的斗爭,以及支持成立兩線制。

出書是競選策略

對於行動黨新生代接二連三的出書,也是行動黨大山
聯委會第13屆備戰大選工作委員會主席的維安不否認這是該黨的競選策略之一。

,無可否認的是,行動黨有很多新生代都能寫,也不否認這是該黨的其中一個文宣戰。

 “我希望通過書籍,可讓愛書人士看到行動黨的斗爭,灌輸發展民主生態思維。

他認為,行動黨國、州、市議員應該發揮本身的能力,投稿或出書。


 “隨著時代的轉變,國、州、市議員的意願、黨斗爭的理念,通過文字傳送給下一代,這對我國的民主生態有很重要的發展。” 


Source:  http://www.guangming.com.my/node/139642

威省截至 5月 500間 - 逾 20%非法網座涉賭



转载  中国 

(大山
 201276

截至今年 
5月,威省近 500間有執照及無執照的網座,其中逾 20%的網座及賭博活動,而且大多數是沒持有執照。

威省市議員孫意志受訪時
,沒執照的網座有 331間,比起有執照的 158間網座,還多出一倍。

大多沒招牌

根據威省市政局突擊檢
,或聯合警方的取締行動發現,逾 20%或更多網座及賭博活動。

,調發現,賭的網座多數沒有執照,大部分都沒有招牌。不過,也有一些有執照的網座掛羊頭賣狗肉,暗中及賭博活動。

孫意志
,一般上,取締網座方式有兩種,一是由市政局執法,另一是市政局聯合警方執法。

賭的取締行動通常是聯合警方執法,只有警方才有權對付賭的網座。

賭的無執照網座,警方將發出傳票,充公電腦;至于賭的有執照網座,除了面對警方傳票及充公電腦,也會被市政局吊銷營業執照。

,市政局今年截至 5月,共發出 75張傳票給沒有執照的網座業者。

一般違規的網座,罰款是 500令吉,若一再重犯,則控上法庭。




威省區截至5月網座數據

有執照
無執照
傳票
威北
50
56
20
威中
87
183
45
威南
21
92
10
總數
158
331
75



與新住宅區發展商合作 - 市局擬擴大護花計劃



转载  中国 

(北海 201276

威省市政局或擴大
護花計劃,把原本鎖定商店業者為目標的 護花計劃” 進一擴展至發展商,讓新建竣的住宅區透過該計劃來美化社區。

市政局正接洽數名發展商,探討贈送花樹給甫獲住用證的發展商,協助市局進行城市美化計劃。

市局是基于發現發展商取得住用證后,因發展需要胡亂砍掉一些樹木,決定尋求與發展商合作美化市容的可行性。

3月中推展的 護花計劃,是由威省市政局21地方議程工作隊發動,佳比塑膠(GUPPY)工業有限公司贊助花盆及炫國際(馬)有限公司贊助肥料。


王國慧: 踐踏女性尊嚴 - 馬華及顏天祿應受杯葛



转载  星洲日 

(檳城 201276

掌管檳州婦女與家庭事務委員會的王國慧發表文告,譴責馬華馬六甲州主席拿督顏天祿!

,顏天祿在馬六甲州議會會議上故意製造機會羞辱檳州首長林冠英夫人周玉清一事,顯然是一種消費女性的行為,以達到政治目的。

她呼吁全國女性杯葛這樣的政客及所屬的政黨,因為我國並不需要使用如此下三濫手段的政客。

我強調,尊重女性是必要的,政治人物更必須以身作則,顏天祿此舉可謂是傷害了全馬的女性,踐踏了女性尊嚴。

她挑戰顏天祿在州議會外向周玉清提問,而不是利用州議會的平台及保護,提問這無謂至极的問題。

謠言止於智者,周玉清不回答顏的提問是明智之舉,因為顏明顯存有政治陰謀。州議會是討論國家及州
政策的場合,卻被他如此濫用,實在令人覺得惋惜。

要知道,經過幾代人的努力,現今女性在社會的地位才有相當程度的提高,並且在社會貢獻方面作出本身的努力及貢獻,顏此舉卻踐踏了女性尊嚴,讓所謂的男女平等淪為了笑話,稱顏為全女性公敵
不為過,他使男女平等運動倒退了至少 10年。



2012年7月5日星期四

MCA pula amalkan politik lucah



Source:  Roketkini.com

Oleh Adil Mat Selamat

5 July 2012

Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Khalid Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Teresa Kok, Teo Nie Ching dan ramai lagi telah menjadi sasaran politik kotor Barisan Nasional.

Kesemua tuduhan ke atas pemimpin-pemimpin ini bukan disasarkan hanya kepada batang tubuh tokoh tersebut sebaliknya ia melibatkan kaum keluarga mereka. Ini satu perkembangan yang amat memalukan bagi sebuah negara yang sedang membangun dari aspek politiknya.

Mengapa MCA takut ulangi fitnah di luar Dewan Undangan Negeri?

Terbaru isu yang ditimbulkan oleh salah seorang ADUN MCA dari Melaka yang telah mengambil kesempatan di dalam dewan Undangan Negeri untuk menuduh Lim Guan Eng ‘main kayu tiga’. Kerja ini pastinya direstui oleh pemimpin lucah mereka iaitu Chua Soi Lek.

Apa rasionalnya menimbulkan tuduhan bersifat peribadi ke atas pemimpin lain di dewan Undangan Negeri Melaka? Adakah dewan Undangan Negeri Melaka lebih berminat isu ‘dalam kain’ pemimpin dari negeri lain untuk dibahaskan dalam mesyuarat kerajaan mereka?

Jika benar tuduhan itu, mengapa tidak berani diulangi di luar Dewan supaya perkara itu boleh dibawa dan ditentukan di mahkamah? Apakah MCA begitu bacul sehingga tak berani mempertahankan tuduhan keji semacam itu?

Keghairahan MCA meniru politik lucah sesetengah pemimpin UMNO semakin memalukan ahli-ahli MCA sendiri. Sudahlah mereka dipimpin oleh seorang pelakon video lucah, kini mereka mahu mempalitkan orang lain kerana tuduhan palsu tentang peribadi orang lain. Sampai begitu sekalikah politik MCA sudah tertiarap kerana ditolak oleh majoriti kaum Cina di Malaysia?

Ahli-ahli MCA memilih wakil rakyat mereka untuk membawa suara mereka di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, tetapi sebaliknya isu peribadi yang disibukkan oleh pemimpin mereka. Ahli-ahli MCA harus berfikir kembali adakah mereka telah membuat tindakan yang betul dengan memilih Presiden yang ada.

减市会负担 - 环境添绿意 - 公共地区开放 “领养”



转载  南洋商 

(大山脚 201275

公共地方的美化是地方政府的任,如果任何人在些公共地方种树、美化、建凉亭等,都是法?也不是。威省市会在配合绿化政策下,放一些公共地区供私人界领养

些地区在 领养” 后,可以行美化或绿化工程,这么一来,地方可以增添绿意,境更美,也可以减地方政府的担,是一两得,也是双

可能有人会
,那有没有人这么 ” 会去接下政府应负任?

10 地区
私人界领养

里要,那不是 ,可是在全球暖化的当儿,为环保、下一代的生活境可以更绿化而献出一份力,而且也真的有私人机构,领养了一些公共地方加以美化。

威省市
议员孙意志《南洋商,威省一共有10个地区,已成功私人界领养,在去年采取这项策略以来,有等成已属不俗,因此市会准备开放更多地区私人界 领养

,只要任何机构或体,有意 领养” 一些指定的地方,可向市会 城市划及美化小” 提呈建议书,列明在 领养” 地区后,打算推行什么计划,如植花等。

如果
领养者需要行一些工程,如凉亭、牌楼、小型建筑物等,也要一并呈上图测

,有将会讨论,一旦通就会联络者。的主席也是威省市会主席麦姆娜。

多私人界威省市会的这项计划表示趣,是市会欣然看到的成果,所以另外再放 30多个地区供领养

意志:受好 威省他区民主公园

威北的民主公园落
后受到好,威省市议员孙意志,市会正考配合上述领养计划下,在威省其他地区也似民主公园。

的情况,只要有私人界认为该地区适合立民主公园,同时领养该区,包括建、美化、保,市会会考批准。


Source:  http://www.nanyang.com/node/459709

“利用谣言羞辱周玉淸” - 章瑛斥颜天禄滥权



转载
  南洋商 

(大山脚 201275

民主行
主席章瑛谴责马华马六甲行政议员拿督天禄用州会特,在州会里以毫无根据、捕捉影的民主行党女议员周玉淸行人身攻,除了蓄意羞辱,更大的阴谋是借此人格谋杀后者身为槟州首的丈夫林冠英,借此打击槟州民政府。

这显马华与国阵虽3·08受重挫,但甲州马华与国仍然傲慢霸道。天禄不敢接受周玉淸的挑,在会外重本身在会里,表示他自己也知道理,在会里所毫无根据。

文告天禄会特,借国在州会里人多众,羞辱州会里唯一的女议员

章瑛
,既然马华和国要打的是林冠英,何巫统议员不在会里直接林冠英?

天禄被巫利用认为女人比好欺