民主行动党 => 创建马来西亚人的马来西亚

Democratic Action Party => Striving for a better Malaysia

DAP Mission 行动党宗旨


Matlamat Parti Tindakan Demokratik



Matlamat DAP seperti mana yang digariskan di dalam Perlembagaannya adalah:

  1. Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan dalam menubuhkan satu masyarakat bercorak demokratik sosialis di Malaysia;
  2. Memajukan dan melindungi kekuatan dan kemerdekaan negara Malaysia;
  3. Memelihara negara Malaysia yang demokratik berasaskan hak mengundi dewasa sejagat rakyat Malaysia;
  4. Menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada; menubuhkan satu susunan ekonomi yang memberikan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan pulangan ekonomi setimpal dengan usaha dan kemahiran mereka; memastikan kehidupan yang memuaskan dan keselamatan sosial kepada golongan tua dan kurang upaya.
  5. Menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama; dan
  6. Menyebarkan segala maklumat menerusi kaedah yang sah dan berperlembagaan yang ada termasuk percetakan dan pengedaran jurnal, lidah rasmi Parti dan surat khabar.


Misi DAP:


Misi DAP adalah untuk membawa perubahan yang positif ke atas taraf hidup rakyat Malaysia.
Demi mencapai misi tersebut, pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP perlu bersatu-padu, dan berkongsi matlamat yang tertumpu kepada fahaman dan prinsip parti DAP, berupaya menggembleng tenaga Rakyat Malaysia berbakat yang cekap dari segi ekonomi; dan juga berkebolehan dalam menyampaikan pengurusan pentadbiran am secara efisien.







(一) 以宪制途径在马来西亚建立一个民主社会主义之社会。

(二) 促进及维护马来西亚之完整与独立自由。

(三) 保持马来西亚以马来西亚全体成年公民普选权为基础的民主国家。

(四)消除现有制度的财富和机会不平等的现象;建立一个新的经济次序,好让所有公民均享有工作权利,并能 够享有其劳动和技能所生产之全部经济成果;确保一切凡是因为疾病、衰弱或年老而无法工作者获得合理的生活及社会保障。

(五)向马来西亚人民灌输国民团结、自尊与自力的精神,并激发人民奋发创造一个繁荣、稳定以及公平的社会。

(六) 通过一切合法与宪制预警宣扬上述目标,包括刊物和报纸的印刷之出版和法行。








The vision of the party is to establish a peaceful and prosperous social democracy that can unite its disparate races and diverse religions and cultures based on:

1.  A Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with universal moral values,

2.  Offering equal access and opportunity;

3.  Democractic governance and rule of law;

4.  Creating wealth and distributing wealth equitably; and

5.  Fighting against corruption.



Our mission is to make a difference in the lives of Malaysians by bringing about positive changes. To do that leaders and members must be united, have a vision focused on our ideals and principles, congregate talented people who are - economically competent; and with the ability to deliver efficient management of the civil administration.