26
June 2012
Budaya
politik di Malaysia,
termasuk di Selangor, memang unik, banyak sekali ironis dan tak masuk akalnya.
Dahulu, insan seperti Dr. Khir Toyo yang asalnya seorang doktor gigi tidak
semena-mena menjadi orang yang sangat penting dan amat kaya dalam arena politik
Malaysia
khususnya dalam politik Selangor.
Siapa
Khir Toyo
Manusia
bernama Khir Toyo ini datangnya entah dari mana, kliniknya pun ramai orang tak
tahu. Namun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dengan
beraninya telah melonjakkan ‘budak mentah’ ini ke jawatan paling penting dan
panas sekali. Perlantikan itu sekali gus membuang jauh-jauh nama-nama ahli
politik yang kanan pada ketika itu.
Suka
atau tidak, rasional atau tidak, semua orang UMNO ketika itu terpaksa menelan
bulat-bulat keputusan Tun M. Mereka beranggapan, Tun M lebih tahu apa tentang
yang beliau buat, Tun M boleh ‘nampak’ masa depan. Inilah mitos orang-orang
UMNO ke atas Tun M.
Tetapi
tidak berapa lama kemudian, pemimpin pilihan Tun M inilah yang menjadi punca
utama tersungkurnya kerajaan UMNO-BN di Selangor. Malah, pendedahan demi
pendedahan telah dibuat mengenai kegiatan korupsi Khir Toyo yang selama ini
terselindung di sebalik imej pemimpin Melayu yang bersih.
Kekayaan
luar biasanya yang dikumpulnya sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor dalam
tempoh 8 tahun sahaja membolehkan dia membina mahligai hebat seperti di Hollywood bernilai berpuluh juta ringgit. Tak tahu dari
mana datangnya wang seperti itu kerana gaji asas Menteri Besar lebih kurang
RM15,000 sebulan sahaja.
Kini
Khir Toyo telah menjadi sejarah. Dia dijadikan kambing hitam oleh semua pemimpin
UMNO. Tun M pula hanya melihat dari jauh orang pilihannya itu.
Siapa
Tan Sri Khalid
Sekali
pun Tun M tidak pernah mengaku silap membuat pilihan. Kini Tun M mendakwa pula
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memimpin kerajaan negeri Pakatan
Rakyat akan tersungkur di Selangor, gara-gara tidak tahu berpolitik seperti
mana yang dibayangkannya.
Kita
sedia maklum akan sikap Tun M ini, sungguh pun beliau sudah bersara, dia
menganggap dirinya sahaja yang paling tahu dan paling hebat dari orang lain.
Malah ramai orang tahu Perdana Menteri Najib Razak pun takut dengan Tun M.
Jika
nak dibandingkan antara ketokohan dan kepimpinan antara Khir Toyo dengan Tan
Sri Khalid, ia ibarat bumi dengan langit.
Tan
Sri Khalid ini kita tahu dari mana dia datang, kita tahu reputasi dan
pengalamannya dalam mengurus aset, organisasi dan kewangan, baik syarikat biasa
mahu pun gergasi korporat. Walau pun ini ini semua bukan pengalaman politik
kepartian, ia adalah pengalaman pengurusan, pentadbiran dan kecekapan.