民主行动党 => 创建马来西亚人的马来西亚

Democratic Action Party => Striving for a better Malaysia

2013年4月19日星期五

Derita Raub kerana salah guna kuasa, rasuah




16 April 2013



RAUB, 16 APRIL

"Kenapa pengundi Malaysia perlu berubah? Persoalan itu begitu hangat diperkatakan di seluruh negara dan bagi warga Raub ia adalah persoalan antara hidup atau mati.

Dalam temubual krew Roketkini.com bersama bakal calon kawasan Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tras, Choong Siew Onn, mereka menyatakan bagaimana rakyat Raub khasnya di Bukit Koman menderita teruk di bawah salah guna kuasa dan kerakusan pemerintah.

Menurut Chong, gejala rasuah dan salah guna kuasa secara langsung mengancam nyawa penduduk Raub, khasnya di Bukit Koman. Persepakatan antara kerajaan dan ahli perniagaan yang tidak berhati perut menyebabkan racun sianida digunakan tanpa terkawal untuk melombong emas di lombong Raub Australian Gold Mine (RAGM), Bukit Koman.

Katanya, Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk mengusahakan lombong itu disegerakan tanpa diumumkan secara jelas untuk disoal siasat dan bantahan penduduk Bukit Koman.

“Malahan EIA dikeluarkan pada 1997 dan penduduk Bukit Koman hanya dimaklumkan beberapa tahun kemudiannya. Perkara itu semacam ada rahsia dan bermotif menyembunyikannya sesuatu daripada pengetahuan umum,” kataya.

Mohd Ariff Sabri pula berkata, ramai pihak curiga kenapakah EIA untuk perlombongan itu diperoleh begitu cepat dan melanggar beberapa etika perlombongan.

“Lombong yang terletak hanya beberapa meter dengan kawasan perkampungan yang sudah wujud berpuluh tahun lamanya. Sepatutnya usaha perlombongan itu hanya boleh dijalankan jauh daripada peradaban,” katanya.






Beliau berkata, seperkara lagi ialah racun sianida tidak sepatutnya digunakan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar dengan dahsyatnya jika tidak dikendalikan dengan betul.

“Penduduk Raub tidak menentang perlombongan emas itu, tetapi mereka menentang penggunaan racun sianida dan bahan kimia lain yang membahayakan kesihatan. Ramai penduduk Bukit Koman menderita akibat pelepasan racun sianida ke udara dari lombong itu,” kata Mohd Ariff Sabri.

Mengikut kajian yang dijalankan NGO Ban Cyanide, sebanyak 78 peratus daripada penduduk Bukit Koman dan perkampungan persekitaran mengalami pelbagai kesan dan penyakit seperti sesak nafas, penyakit insomnia, muntah, pening dan penyakit kulit sejak lombong itu beroperasi.

“Tujuh tahun lamanya penduduk Raub melawan penggunaan racun sianida di lombong RAGM tersebut. Dari membuat protes besar-besaran sehingga menfailkan kes di mahkamah, namun pihak berkuasa tetap tidak endah dengan penderitaan rakyat Bukit Koman apabila membiarkan lombong itu terus menggunakan racun sianida,” tambah Choong.

Manakala mengikut Mohd Ariff Sabri, PR berjanji akan memberhentikan penggunaan racun sianida di kilang itu jika memerintah kerajaan Persekutuan. Kami tekad mengembalikan keadilan kepada rakyat di Raub dan seluruh Malaysia. – Roketkini.com







Nilai persahabatan: PAS, KEADILAN sedia benarkan DAP guna logo



18 April 2013





KUALA LUMPUR, 18 APR

Berikutan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, rakan-rakan Pakatan Rakyat bingkas bangun menawarkan calon-calon DAP bertanding dengan menggunakan logo PAS dan KEADILAN.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mungkin DAP menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU kali ini jika ROS yang dipergunakan oleh Barisan Nasional masih tetap mahu menyekat DAP daripada bertanding.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP mengakibatkan wujud kerisauan bahawa logo DAP tidak boleh digunakan oleh calon-calon DAP kerana surat kuasa parti yang harus dikepilkan bersama borang pencalonan mestilah ditandatangani ketua parti yang diiktiraf, seperti yang termaktub dalam peraturan pilihanraya.

“Pada saya, saya tidak nafikan bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata,” kata Mustafa mengulas tindakan ROS. “Jika mereka (calon-calon DAP) bertanding tanpa logo yang diiktiraf, mereka akan jadi calon bebas. Tapi kami rakan dalam pakatan ini dan kami akan tetap bantu-membantu sama lain,” tambah beliau.

Mustafa menegaskan bahawa PAS cukup bersedia untuk membantu rakannya ketika DAP berhadapan dengan ujian sebegini di saat-saat PRU akan bermula.

“Saya telah menghubungi Mursyidul Am (Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang dan mereka berkata kita tak ada masalah, kita akan tolong DAP,” ujarnya.






Sementara itu, Saifuddin pula berkata, tindakan ROS meletakkan DAP dalam situasi yang sukar dalam tempoh 48 jam sebelum penamaan calon adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan kejam.
“DAP adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat, mempunyai pengaruh yang kuat dan merupakan rakan utama.

“Kami juga telah membuat ketetapan sebagai menunjukkan semangat kekitaan dan esprit de corps Pakatan Rakyat. Kami bersetuju untuk bila-bila masa sahaja mengeluarkan watikah untuk calon-calon DAP,” kata beliau.

Semangat setiakawan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa semakin BN menggila untuk menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum, semakin kukuh ikatan persaudaraan di kalangan warga Malaysia.
Ini adalah kerana semakin ramai rakyat sedar tentang kezaliman dan kekejaman UMNO dan BN menggunakan isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa mereka yang semakin rapuh. – Roketkini.com