16 April 2013
RAUB, 16 APRIL
"Kenapa pengundi Malaysia perlu berubah?
Persoalan itu begitu hangat diperkatakan di seluruh negara dan bagi warga Raub
ia adalah persoalan antara hidup atau mati.
Dalam temubual krew Roketkini.com bersama bakal calon
kawasan Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri dan Ahli Dewan Undangan (ADUN)
Tras, Choong Siew Onn, mereka menyatakan bagaimana rakyat Raub khasnya di Bukit
Koman menderita teruk di bawah salah guna kuasa dan kerakusan pemerintah.
Menurut Chong, gejala rasuah dan salah guna kuasa secara
langsung mengancam nyawa penduduk Raub, khasnya di Bukit Koman. Persepakatan
antara kerajaan dan ahli perniagaan yang tidak berhati perut menyebabkan racun
sianida digunakan tanpa terkawal untuk melombong emas di lombong Raub
Australian Gold Mine (RAGM), Bukit Koman.
Katanya, Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) untuk
mengusahakan lombong itu disegerakan tanpa diumumkan secara jelas untuk disoal
siasat dan bantahan penduduk Bukit Koman.
“Malahan EIA dikeluarkan pada 1997 dan penduduk Bukit Koman
hanya dimaklumkan beberapa tahun kemudiannya. Perkara itu semacam ada rahsia
dan bermotif menyembunyikannya sesuatu daripada pengetahuan umum,” kataya.
Mohd Ariff Sabri pula berkata, ramai pihak curiga kenapakah
EIA untuk perlombongan itu diperoleh begitu cepat dan melanggar beberapa etika
perlombongan.
“Lombong yang terletak hanya beberapa meter dengan kawasan
perkampungan yang sudah wujud berpuluh tahun lamanya. Sepatutnya usaha
perlombongan itu hanya boleh dijalankan jauh daripada peradaban,” katanya.
Beliau berkata, seperkara lagi ialah racun sianida tidak
sepatutnya digunakan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar dengan dahsyatnya
jika tidak dikendalikan dengan betul.
“Penduduk Raub tidak menentang perlombongan emas itu,
tetapi mereka menentang penggunaan racun sianida dan bahan kimia lain yang
membahayakan kesihatan. Ramai penduduk Bukit Koman menderita akibat pelepasan
racun sianida ke udara dari lombong itu,” kata Mohd Ariff Sabri.
Mengikut kajian yang dijalankan NGO Ban Cyanide, sebanyak
78 peratus daripada penduduk Bukit Koman dan perkampungan persekitaran
mengalami pelbagai kesan dan penyakit seperti sesak nafas, penyakit insomnia,
muntah, pening dan penyakit kulit sejak lombong itu beroperasi.
“Tujuh tahun lamanya penduduk Raub melawan penggunaan racun
sianida di lombong RAGM tersebut. Dari membuat protes besar-besaran sehingga
menfailkan kes di mahkamah, namun pihak berkuasa tetap tidak endah dengan
penderitaan rakyat Bukit Koman apabila membiarkan lombong itu terus menggunakan
racun sianida,” tambah Choong.
Manakala mengikut Mohd Ariff Sabri, PR berjanji akan
memberhentikan penggunaan racun sianida di kilang itu jika memerintah kerajaan
Persekutuan. Kami tekad mengembalikan keadilan kepada rakyat di Raub dan
seluruh Malaysia. – Roketkini.com


没有评论:
发表评论