Source: Roketkini.com
Oleh
Mazir Ibrahim
2
April 2012
Selepas
pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional di beberapa buah negeri utama
di Malaysia
telah menjadi pembangkang, termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.
Sebelum
2008, kelihatan negeri-negeri ini cukup mustahil untuk ditumbangkan, apatah
lagi ia merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kekuatan UMNO dan
Barisan Nasional. Kini tidak lagi.
Apabila
Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Lim Guan Eng,
maka bertempiklah sorak-sorai fanatik UMNO menuduh Melayu dan Islam Pulau Pinang
telah terbiar di bawah “Cina” DAP. Sangat pelik, kebencian UMNO telah
menghalalkan semua fitnah yang sendirinya menggambarkan sikap Melayu/Islam
UMNO.
Keadaan
ini turut sama berlaku di Selangor, sebuah negeri pusat kekuatan UMNO-BN
selepas negeri Johor. Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu UMNO
dan BN hingga kini tidak pernah menjalankan fungsinya sebagai check and
balance di Selangor.
Segala
isu yang dibangkitkan, sama ada di DUN atau di ceramah, isu yang dibawa kepada
media massa kawalan
BN sendiri, semuanya yang bertolak dari fitnah.
Isu
pasir contohnya, hingga kini pihak UMNO masih beretorik dengan rakyat menerusi
media mereka yang menuduh kerajaan negeri gagal mengurus industri pasir dengan
baik. Mereka ini bercakap tanpa melihat fakta yang telah diaudit dan
dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Dalam
laporan lidah rasmi UMNO, UtusanMalaysia, yang terkenal dengan lebih fitnah
dari fakta, seorang pemimpin pujaan mereka, iaitu Datuk Seri Noh Omar yang juga
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri telah mengungkapkan satu
keluhan yang abstrak meneganai isu perpaduan di Selangor.
Masih
tak sedar diri
Dalam
satu wawancara, 1 April, beliau berkata: “Dulu waktu kita
memerintah (UMNO BN), kita berjaya mewujudkan sebuah keluarga harmoni dan
bersatu padu. Kita juga berjaya memberikan kekayaan kepada keluarga ini, tetapi
apabila dia (pembangkang – yang sudah menjadi kerajaan) memerintah, perpaduan
sudah tidak berapa mantap lagi, harmoni pun tidak ada dan hari ini kerja dia
hanya menjual harta. Harta ini kalau lama jual, ia akan habis”.
Sebagai
pembangkang di negeri Selangor, ada baiknya kita lihat hujah beliau ini dari
segi fakta dan objektif. Yang dimaksudkan oleh beliau sebagai “keluarga yang
harmoni dan bersatu padu, memberikan kekayaan kepada keluarga” – ini semua apa
maknanya? Di manakah keluarga ini tinggal? Harmoni yang bagaimana yang
dinikmati oleh keluarga ini? Kekayaan apakah yang telah diberikan kepada
keluarga (misteri) ini? Keluarga siapakah yang dimaksudkan oleh Noh Omar ini?
Seharusnya
sebagai pembangkang, Noh Omar perlu berikan butiran yang lebih terperinci
dan jelas tentang dakwaan beliau ini supaya semua orang faham. Bagaimana
mungkin semua dakwaan ini hanya bersifat umum (abstrak) tanpa ada data yang
jelas? Adakah begini caranya UMNO-BN menjadi pembangkang?
Kemudian
beliau mendakwa lagi “selepas PR memerintah, perpaduan sudah tidak berapa
mantap dan harmoni juga sudah tidak ada lagi” – ini pula apa maknanya? Adakah
terdapat peperangan atau kebuluran di Selangor? Jika benar wujud, silalah
kemukakan bukti dan data, kerajaan Selangor pastinya ingin tahu jika ‘ketiadaan
harmoni’ yang dimaksudkan oleh Noh Omar itu bermaksud kekacauan telah melanda
bumi Selangor.
PR
lebih cerdik, bermutu sebagai pembangkang Parlimen
Jika
kita perhatikan dengan berhati-hati, mutu kerja pembangkang di negeri-negeri
seperti Selangor dan Pulau Pinang berbanding mutu kerja pembangkang di Parlimen
amat jauh berbeza. UMNO dan BN, sebagai pembangkang di negeri-negeri tersebut
rata-ratanya membawa isu yang tidak ada fakta sebaliknya hanyalah ungkapan
abstrak yang diolah daripada fitnah semata-mata.
Ini
jauh berbeza dengan prestasi pembangkang (PR) di Parlimen yang segala isu yang
dibawa disertakan bukti dan data maklumat yang jelas yang mana semua bukti
dakwaan itu selayaknya disisasat oleh pihak yang bertanggungjawab.
Dahulu,
kes dakwaan UMNO yang kononnya Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu
melakukan rasuah, hingga kini tidak ada satu pun bukti yang bersabit atas
dakwaan itu. Kes Teo Beng Hock hingga menyebabkan kematian mendiang itu, hingga
kini juga tidak ada satu pun bukti yang bersabit atas ‘dakwaaan’ UMNO itu.
Akhirnya,
kita dapati bahawa pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang (UMNO-BN) hanya
tahu memfitnah tanpa sebarang data dan bukti. Inilah mutu para pemimpin UMNO,
ia juga memberi gambaran bahawa jika prestasi sebagai pembangkang pun caca
marba, maka tidak hairan kerajaan UMNO-BN penuh dengan kecurangan dan
kepincangan.
Jadi,
apa yang UMNO boleh pelajari? Jika kemaruk sangat ingin kembali memerintah
Selangor dan Pulau Pinang, belajarlah menjadi pembangkang yang baik.
Teladanilah tekad, semangat dan mutu Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menanti
untuk persekutuan Malaysia .
– Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/04/02/umno-belajarlah-menjadi-pembangkang-yang-baik-oleh-mazir-ibrahim/
没有评论:
发表评论