Source: Roketkini.com
3
April 2012
Sekalung
bunga harus diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana keikhlasan beliau
menyampaikan nasihat yang baik kepada para pengundi Malaysia menjelang pilihan raya
umum akan datang.
Nasihatnya
kepada para pengundi, dengan menjadikan contoh pemandu kenderaan sebagai
kerajaan amatlah baik sekali, iaitu “janganlah kita bereksperimen untuk menukar
pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk
digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya”.
Umum
mengetahui bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO sekarang
memang amat diragui dan bahaya. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, amalan
perkauman, politik membenci agama dan kaum lain serta salah urus ekonomi yang
membebankan semua lapisan rakyat amat membahayakan negara.
Umum
sedar bahawa slogan 1Malaysia ciptaan Perdana Menteri hanyalah omong kosong yang
ditolak sendiri oleh para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang gemar bermain politik perkauman.
Sampaikan
manusia-manusia yang terlibat dalam rampasan kuasa UMNO-BN di Perak pada 2009
yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat melalui rasuah politik sanggup diberi
habuan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) bernilai RM2.2 bilion dan
Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion.
Malah,
umum sedar betapa jijiknya cara kerajaan UMNO-BN menangani skandal NFCorp di
mana amanah menternak lembu untuk membekalkan daging kepada rakyat telah
menjadi wang joli untuk keluarga seorang menteri. Lebih teruk lagi keluarga ini
masih mahu menegakkan benang yang basah dengan angkuh dan bongkak sekali.
Begitu
juga kemaruk kerajaan UMNO-BN yang mahu menyenaraikan gergasi Felda ke bursa
saham tanpa mempedulikan rintihan para peneroka yang telah mengorban masa,
tenaga dan keringat selama beberapa generasi untuk membangunkan tanah-tanah
rancangan yang menjadi kebanggaan negara.
Maka,
jelaslah nasihat Najib kepada pengundi supaya memilih “pemandu yang cekap
supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan
kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat”,
sememangnya merujuk kepada Pakatan Rakyat.
Dengan
hanya diberi mandat kecil memerintah Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan
Kelantan, kehebatan, ketelusan, kejujuran dan kecekapan tanpa rasuah serta
penyelewengan membuktikan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara.
Pakatan
Rakyat – PAS, PKR dan DAP – kini sedang lancar berusaha mendapatkan mandat
rakyat untuk memulihkan negara yang sudah parah dikerjakan oleh UMNO-BN sejak
lebih separuh abad.
Dengan
kata-kata Perdana Menteri bahawa “makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik
oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya”,
para pengundi sudah jelas di hati dan minda bahawa pilihan yang terbaik untuk
PRU ke-13 nanti adalah Pakatan Rakyat. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论