Source: Roketkini.com
3
April 2012
Adalah
salah untuk menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang membela dan
memperjuangkan nasib orang Melayu kerana parti itu sudah tidak lagi berbuat
demikian – paling jelas dalam isu royalti minyak Kelantan di mana majoriti
rakyat negeri Cik Siti Wan Kemabng adalah orang Melayu.
Demikian
intipati hujah blogger Sakmongkol AK47 atau Datuk Ariff Sabri, bekas Ketua
Penerangan UMNO Bahagian Pekan bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak,
apabila ditanya bagaimana caranya untuk meyakinkan orang Melayu supaya tidak
takut mengundi Pakatan Rakyat.
Beliau
berkata demikian dalam ronda siri jelajah “Kenapa Saya Pilih DAP” anjuran
Roketkini yang diadakan di sini pada Ahad lalu dengan kerjasama Adun Subang
Jaya, Hannah Yeoh serta dipengerusikan oleh Penyelaras Roketkini, Mazir
Ibrahim.
Katanya,
DAP jauh lebih baik berbanding UMNO yang mengamalkan politik kronisme dan
rasuah, sebagaimana yang dibuktikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau
Pinang.
Beliau
yang juga bekas ADUN Pulau Manis sewaktu menjadi ahli UMNO memuji DAP yang
bebas daripada gejala rasuah, penyelewengan dan korupsi.
“UMNO
sekarang dan rasuah ibarat aur dengan tebing; saling memerlukan antara satu
sama lain,” tambah beliau lagi yang turut mengakui bahawa 41 tahun daripada
usianya telah dibazirkan di dalam sebuah parti yang selepas tahun-tahun 1980-an
bukannya membela nasib orang Melayu secara keseluruhan, tetapi hanya bertumpu
kepada segolongan kecil kroni sahaja.
Menjawab
soalan hadirin yang memenuhi auditorium Kompleks 3C Subang Jaya, kedua-dua ahli
panel itu mengakui bahawa mereka menyertai DAP kerana kecewa dengan sikap dan
pembawakan UMNO yang ‘sakit’.
Sementara
itu, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari,
menjelaskan sukar untuk dijelaskan jumlah sebenar ahli-ahli Melayu dalam DAP
berikutan penyertaan yang semakin bertambah akhir-akhir ini.
“Berapa
ramai ahli Melayu DAP? Kita tidak tahu. Tidak ada ruang bertanya soal keturunan
atau kaum pada borang keahlian,” ujar beliau berseloroh.
Menurut
beliau lagi, UMNO sudah terlalu lama menakutkan orang Melayu dengan mengatakan
bahawa DAP adalah parti chauvinis Cina, komunis dan anti-raja, sedangkan
perjuangan DAP adalah untuk demokrasi, keadilan dan peluang saksama.
Aspan
dan Ariff menyerahkan borang keahlian mereka kepada Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng pada konvensyen DAP di Shah Alam Januari lalu.
Siri
jelajah “Kenapa Saya Pilih DAP” adalah usaha untuk menerangkan kepada umum
tentang tipu daya para pemimpin UMNO terhadap DAP serta mengapa rakyat perlu
membuat perubahan jika ingin melihat Malaysia bebas dari gejala rasuah,
penindasan, penyelewengan dan politik perkauman. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论