Source: Harakahdaily.net
Oleh
Khalid Samad
3
April 2012
Semasa
menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr.
Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN.
Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP
telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.
Mungkin
dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha
dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Namun dari sudut yang lain ianya
mendedahkan sikap ingin tahu dan keterbukaan DAP yang sering diselar oleh BN
sebagai musuh Islam. Saya diberitahu bahawa ada dari kalangan penceramah UMNO
yang melampau sehingga sanggup mengisytiharkan DAP sebagai ‘kafir harbi’!
Pengistiharan ini sudah pasti dilakukan oleh seorang yang jahil tentang
implikasi dari pengisytiharan yang sebegitu!
Apabila
saya mendengar Dr. Mashitah mendedahkan bahawa DAP telah berhubung dengan IKIM
untuk mendapat penjelasan berhubung Islam, secara spontan saya bertanya, tetapi
malangnya tanpa microphone, MCA tidak berhubung untuk tujuan yang sama ke?
Soalan saya hanya sempat dijawab oleh Ahli Parlimen PR bahawa MCA tidak minat
dan Dr. Mashitah terus duduk, mungkin merasa sedikit kesal bahawa maklumat
tersebut telah didedahkan.
MCA
yang menjelaskan tentang betapa undang-undang hudud tidak boleh digunapakai di Malaysia dan
ahli UMNO yang merupakan penasihat agama kepada MB Terengganu mengiayakannya
dengan menyatakan bahawa undang-undang hudud yang digembar-gemburkan adalah
sebenarnya hudud PAS dan bukan sebahagian dari undang-undang Islam.
Begitu
juga baru-baru ini apabila telah diadakan debat di antara CSL dan LGE. Di
antara serangan CSL terhadap LGE ialah kononnya bagaimana DAP dikudakan PAS.
Dalam ucapan CSL beliau telah menyatakan bagaimana MCA telah berjaya memastikan
UMNO tidak membawa isu perundangan Islam dan hudud! Beliau seterusnya mencabar
LGE samada DAP sanggup membuat perkara yang sama terhadap PAS! Sekiranya tidak,
maka kononnya ianya bukti bahawa DAP tunduk pada PAS.
LGE
menjawab bahawa DAP tidak akan mengganggu ummat Islam dan amalan agama mereka
sepertimana PAS juga tidak mengganggu orang bukan Islam dan amalan agama
mereka.
Sikap
menghormati Islam dan ummat Islam telah kerap dizahirkan oleh DAP kebelakangan
ini. Ini termasuklah dasar-dasar yang dilaksana di Pulau Pinang di mana bajet
untuk pentadbiran agama Islam telah dilonjakkan hampir 5 kali ganda dan bantuan
terhadap sekolah agama Islam dan Maahad Tahfiz jauh melebihi apa yang pernah
diberikan oleh BN sebelum ini. Fakta sebegini tidak ditonjolkan media perdana
yang dikuasai UMNO/BN. Media UMNO/BN ingin terus membohongi rakyat, khususnya
orang Islam.
Apabila
ditanya oleh pemberita akhbar Cina mengapa LGE memberi sumbangan yang begitu
banyak kepada pendidikan agama Islam di Pulau Pinang, termasuk sumbangan wang
kepada golongan murid yang berjaya menghafal Al-Quran, LGE menjawab, “Apabila
ummat Islam berpegang kepada ajaran agama Islam, mereka tidak akan terlibat
dalam rasuah”.
Sikap
ingin ummat Islam menghayati Islam dengan sepenuhnya sehingga mencorakkan
tindak-tanduk mereka dalam semua urusan, termasuk politik, jauh berbeza dengan
sikap yang ditunjukkan seorang MP UMNO baru-baru ini. MP UMNO ini menyatakan
bahawa janji Syurga adalah rasuah politik yang terbesar!.
Kenyataan
sebegini mungkin adalah hasil dari UMNO berguru dengan MCA dalam soal agama
sehingga ganjaran dan hadiah yang Allah sediakan bagi orang-orang yang beriman
yang patuh dan taat pada perintahNya boleh disifatkannya sebagai rasuah
terbesar! Maka adakah ini dengan sendirinya bermakna bahawa Allah adalah
perasuah terbesar dan Rasulullah (SAW) adalah agen perasuah terbesar!?
Astaghfirullah Al-‘Azeem!!
Bagi
PAS, orang Islam perlu diingatkan akan janji Allah dan dididik sehingga
menerima janji ini sebagai perkara yang terpenting dalam hidup mereka. Semua
amalan mereka adalah bertujuan untuk mencapai kereDhaan Allah, samada ianya
‘amalan dunia’ ataupun ‘amalan akhirat’. Pada hakikatnya semua akan mempunyai
kesan kepada kedudukan kita di akhirat kelak.
Sedih
apabila difikirkan, aneh tetapi benar. MP UMNO yang tidak mahu Syurga (ataupun
kereDhaan Allah) dijadikan sebagai matlamat amalan ummat Islam dalam berpolitik
sehingga digelar ‘janji syurga’ sebagai rasuah sambil UMNO dianggap parti yang
memperjuangkan kepentingan Islam. DAP yang ingin ummat Islam berpegang kepada
Islam sehingga memberikan galakan dan sokongan tetapi DAP pula digelar musuh
Islam!
Hakikatnya,
yang merosakkan ummat Islam bukan semestinya orang bukan Islam. Kebiasaannya,
ianya adalah bermula dari para pemimpin yang beragama Islam tetapi ingin ummat
Islam menjauhi ajaran Islam, khususnya dalam soal berpolitik. Mereka lakukan
ini kerana mereka ingin memanfaatkan kekuasaan mereka tanpa dibataskan oleh
syara’.
Rasuah,
penyelewengan, maksiat dan kerosakan menjadi amalan biasa disambil
Masjid-masjid besar dibina disetiap pelusuk. Projek pembinaan Masjid-masjid
indah mendatangkan ‘komisyen’ dan pada masa yang sama rakyat serta ummat Islam
boleh ditipu dengan projek keagamaan seperti ini. Sambil itu, kekayaan Negara
terus dirompak.
Semoga
ummat Islam di Malaysia dapat memahami hakikat yang sebenar dan menyedari
penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Semoga dengan itu akan Malaysia
dibebaskan dari kongkongan jahat para pemimpin yang beragama Islam tetapi
menghalang penghayatannya.
没有评论:
发表评论