Source: Roketkini.com
16
April 2012
“Politik
tidak lagi bosan…” kata Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsan DAP Tan Kok Wai
sewaktu sidang media bau-baru ini untuk mempromosi pelancaran lagu tersebut
esok bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur mulai jam 8 malam.
Lagu
yang berjudul ‘Ubah’ ini telah dicipta oleh seorang artis tempatan Yu Heng
manakala lirik dalam Bahasa Malaysia
ditulis oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Ia akan akan dihidangkan dalam dua
versi iaitu versi Bahasa Malaysia
dan Bahasa Mandarin.
Acara
pelancaran yang bakal diadakan ini dikenali sebagai Malam UBAH yang akan turut
memuatkan pelbagai atur cara menarik, antaranya ialah persembahan langsung
nyanyian beramai-ramai lebih 20 orang pimpinan muda Pakatan Rakyat.
Majlis
akan turut dimeriahkan dengan persembahan live band dan juga pelancaran
pelbagai barangan cenderahati UBAH seperti topi, lencana, anak patung, poster
dan sebagainya.
Menurut
Loke, tujuan lagu Ubah sebagai tema PRU13 adalah untuk memberi semangat dan
harapan baru terutamanya kepada generasi muda lebih-lebih lagi yang telah
mendaftar sebgai pengundi.
Serentak
dengan pelancaran lagu tema Ubah, beliau memberitahu media bahawa sebuah album
turut akan dilancarkan.
“Album
ini akan memuatkan lima buah lagu iaitu lagu
Ubah dalam versi Bahasa Malaysia
dan Mandarin, instrumental Ubah, lagu Ubah nyanyian beberapa orang wakil rakyat
Pakatan dan lagu tema DAP.
“Album
ini akan dijual dengan harga RM20 sahaja sebagai dana persiapan dan kempen
PRU13,” katanya.
Beliau
berharap agar rakyat Malaysia
dapat menyokong usaha ini dalam usaha untuk membawa perubahan yang lebih baik
kepada negara dan masyarakat. – Roketkini.com

没有评论:
发表评论