Source: Roketkini.com
Oleh
Adil Mat Selamat
5
April 2012
Berapa
ramaikah pemimpin UMNO yang sanggup mengikut contoh teladan Syed Sobri Syed
Hashim yang hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas
diisytiharkan muflis oleh mahkamah?
Teladan
yang kita maksudkan bukanlah belajar membuat hutang berjuta-juta ringgit hingga
tak mampu membayar seperti beliau, sebaliknya teladan yang kita maksudkan
adalah sikap beliau yang tidak berselindung dengan kesilapan dan kegagalan
beliau dalam kes tersebut.
Ya,
barangkali Syed Sobri sudah tidak punya pilihan lain untuk menutup masalahnya
dari diketahui umum. Apatah lagi pihak mahkamah telah mengisytiharkan beliau
bankrap. Jadi langkah beliau mengakuinya di khalayak umum wajar diberi sedikit
pujian.
Sekurang-kurangnya
beliau tidak berbohong atau mengambil hak orang lain untuk melepaskan dirinya,
seperti yang pernah dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang lain.
Sungguh
pun sedikit cebisan rasa berani dan rasa pertanggungjawaban beliau ini, kita
sebagai manusia biasa, sewajarnya mengucapkan syabas kepada beliau dan bersabar
menghadapi cabaran. Bagi para pemimpin UMNO yang berdegar-degar nak
memperjuangkan bangsa, nusa dan agama, haruslah sedar dan cuba mengambil
teladan dan sikap sebegini gentleman.
Satu
lagi teladan yang penting untuk kita sedari dan ambil ialah apabila seseorang
itu telah dipilih menjadi wakil rakyat janganlah mengikut jejak langkah
sebegini. Meminjam di sana-sini hingga harta sendiri habis tergadai dan
akhirnya menjadi muflis.
Kita
pelik juga kerana setelah menjadi wakil rakyat, mengapa seseorang itu masih
perlu meminjam wang berjuta-juta ringgit? Mereka bukan ahli perniagaan sepenuh
masa yang mampu memberi komitmen yang jitu demi menjayakan perniagaan mereka.
Sebaliknya,
tugas seseorang wakil rakyat itu adalah dengan memberi khidmat untuk keperluan
rakyat menerusi kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri
mahu pun Dewan Rakyat.
Bukankah
tugas sebagai wakil rakyat itu akan menelan masa yang banyak hingga akan
menghadkan masa untuk seseorang wakil rakyat itu berniaga, jadi kita melihat
kes ini dengan rasa yang agak hairan sekali.
Lainlah
jika seseorang yang pada asalnya memang seorang ahli perniagaan atau usahawan,
barangkali kisahnya sudah jadi cerita lain. Contoh terbaik seperti Tan Sri
Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Jelas sekali bahawa pengalaman dan
hasil perniagaan sebelumnya benar-benar telah membantu kerjaya politik beliau
hari ini.
Ini
boleh menjadi iktibar kepada mereka yang sedang menjadi wakil rakyat termasuk
yang sedang berangan-angan nak menjadi wakil rakyat. Apabila telah menjadi Yang
Berhormat, berikanlah tumpuan kepada tugas utama itu.
Jangan
salah guna amanah rakyat
Sungguhpun
anda tidak dihalang untuk berniaga tetapi beringatlah bahawa kerja sebagai
wakil rakyat, itu bukan satu tugas sambilan. Malah dengan kedudukan sebagai YB,
itu bukanlah lesen untuk mereka mengambil kesempatan dengan meminjam wang
sebanyak-banyaknya.
Janganlah
menyalahgunakan kuasa hingga mengakibatkan diri sendiri tersepit dan kalau
lemah iman, ketika nak mengelak diri dari tersepit itu, mudah saja kita terlupa
hingga sanggup mengambil hak orang lain, iaitu hak rakyat.
Mujurlah
Syeb Sobri, dalam keadaan tersepit itu tidak mengambil langkah seperti Tun
Mahathir Mohamad ketika krisis eknomi 1997 dengan mengambil wang rakyat
untuk bailout syarikat-syarikat kroni demi mengelak dari menjadi
muflis. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论