Source: Roketkini.com
4
April 2012
Malah,
perbuatan yang bersifat kuku besi itu semalam merupakan episod paling memalukan
dalam sejarah Parlimen, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Katanya,
semuanya berpunca daripada kesilapan yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar
Amin yang telah menolak usul pindaan oleh tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
tentang Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan
pilihan raya.
Menurutnya,
Ahli Parlimen DAP Rasah Loke Siew Fook, Azmin Ali (PKR Gombak) dan Dr. Mohd
Hatta Ramli (PAS Kuala Krai) mahu mengusulkan supaya satu laporan minoriti,
iaitu laporan pembangkang, dimasukkan ke dalam laporan akhir PSC bagi menjadikannya
satu laporan yang lengkap untuk dibentangkan di Parlimen.
Pandikar
bagaimana pun menolaknya kerana menganggap laporan minoriti tidak wujud dalam
mana-mana Parlimen di negara-negara Komanwel termasuk di New Zealand dan United Kingdom .
Tidak
lama selepas makan tengah hari, Pandikar membuat satu kemunculan mengejutkan
dalam Dewan dengan terus menggantung tiga wakil rakyat PR, iaitu Azmin, R.
Sivarasa (PKR Subang) dan Dr Dzulkefly
Ahmad (PAS Kuala Selangor) atas alasan
mempertikaikan keputusan Speaker.
Menurut
Kit Siang, Pandikar yang telah hilang kawalan Dewan terus memaksa usul yang
dibawakan oleh Pengerusi PSC tersebut, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, untuk
diundi tanpa perbahasan, yang didakwanya diluluskan dengan majoriti Ahli
Parlimen yang tidak tahu apa yang sedang berlaku.
Kemudian,
Pandikar terus menangguhkan mesyuarat Dewan tanpa memberi peluang kepada
sesiapa untuk berucap lagi.
“Sesungguhnya,
ia merupakan hari yang amat menyedihkan bagi Ahli-Ahli Parlimen yang mahu
membahaskan laporan PSC dan reformasi sistem pilihan raya,” ujar Kit Siang yang
juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Menurutnya,
Pakatan Rakyat bersedia sepenuhnya untuk perbahasan laporan PSC tersebut,
terutamanya fokus kepada kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk
membersihkan senarai pengundi yang merupakan syarat utama untuk sebuah
pilihanraya yang adil dan bersih.
Malah,
katanya, hanya satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 untuk pilihan raya
bersih, bebas dan adil sedang dilaksanakan, iaitu penggunaan dakwat kekal
manakala yang lainnnya ditolak oleh SPR.
“Dalam
keadaan ini, bolehkah rakyat Malaysia mengharapkan PRU13 menjadi bersih, bebas
dan adil selaras dengan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
bahawa Malaysia adalah ‘demokrasi terbaik di dunia’?” tambah beliau. –
Roketkini.com
没有评论:
发表评论