Source: Roketkini.com
Oleh
Daing Yahya
9
April 2012
Katanya, Utusan Malaysia dan juak-juak UMNO, lebih tepat lagi UMNO Pulau Pinang, terkinja-kinja kegembiraan kerana mendapat ‘peluru emas’ untuk menembak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan Lim Guan Eng sendiri.
Halnya
bertolak dari isu tanah di satu kawasan yang telah gagal dibangunkan oleh
kerajaan BN (Koh Tsu Koon). Kemudian, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih,
maka kawasan ini akan dibangunkan, justeru proses pembangunan itu haruslah
melalui proses yang sama sekali lagi, tetapi kali ini menerusi tender terbuka kepada
semua kontraktor pemaju. Ini amalan rasmi kerajaan Pulau Pinang
berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Akhirnya
tender pembangunan di Bayan Mutiara ini telah dimenangi oleh pemaju tempatan.
Isunya timbul apabila salah satu lot tanah dalam kawasan pembangunan Bayan
Mutiara ini ‘dikatakan’ akan hilang. Tanah yang dimaksudkan itu ialah tanah
untuk tapak sebuah masjid.
Jadi,
jika kita membaca dan meneliti sekali lagi maklumat di atas, jelas bahawa
apabila satu-satu pemaju telah mendapat hak untuk membangunkan kawasan
tersebut, pastilah reka bentuk dan susun atur semua prasarana ini akan dipinda
mengikut pelan baru yang dibentangkan oleh pemaju kepada Pihak Berkuasa
Tempatan dan juga kerajaan negeri.
Yang
pasti, pemaju mesti ikut syarat membina masjid, sekolah, rumah ibadat bukan
Islam dan sebagainya mengikut keluasan dan jumlah unit perumahan yang dibina.
Itu undang-undang yang ada.
Justeru,
pastilah ia berpindah, bertukar baik saiz, bentuk dan sebagainya, tetapi bukan
hilang seperti dakwaan UMNO itu.
Berpindah
maksudnya, mungkin akan dibina di kawasan B atau C dari tapak asalnya iaitu
kawasan A. Begitu jugalah halnya dengan prasarana asas yang lain-lain itu.
Bukankah sifir ini sangat mudah difahami olah manusia yang berakal waras?
Lihatlah
bagaimana UMNO memanipulasikan maklumat dan menjadikannya fitnah seolah-olah
tanah masjid itu telah hilang dan lenyap sama sekali. Inilah gaya propaganda UMNO yang semakin hilang
sokongan rakyat, inilah bentuk mentaliti manusia yang meracau mahukan kuasa –
niat menghalalkan cara.
Katanya
… jika Koh Tsu Koon yang membinanya, pastilah projek-projek buat masjid ini
akan diberi kepada kontraktor UMNO Pulau Pinang. Bukankah ini amalan rasmi
UMNO? UMNO memang ramai penagih kontrak, dengan cara itulah mereka gunakan
sebagai alat untuk terus berkuasa dan merembat harta rakyat atas nama Islam
atau Melayu.
Katanya
… kini juak-juak UMNO yang meracau itu hanya mampu melihat sambil meleleh air
liur kerana pemerintahan Pakatan – DAP, PKR dan PAS – di Pulau Pinang tidak
pernah menyalahgunakan wang zakat, wang baitulmal, wang tabung haji, wang
amanah rakyat miskin tegar, malah peruntukan untuk pembangunan Islam di Pulau
Pinang berlipat ganda dari sebelumnya, malah lebih besar dari peruntukan di
negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO sendiri.
Sedarlah
diri, sebelum berkokok, pastikan ekor kamu (UMNO) tak bergelumang dengan tahi.
Malah dosa mempermainkan agama bukannya kecil. – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/04/09/katanya-tanah-untuk-umno-atau-tanah-untuk-masjid-oleh-daing-yahya/

没有评论:
发表评论