Source: Roketkini.com
7 April
2012
DAP
hari ini menyatakan sokongan terhadap Perhimpunan Aman Bersih 3.0 dan Hijau 3.0
di Dataran Merdeka pada 28 April jam 2 petang.
Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng berkata bahawa parti itu menyokong 3 tuntutan penting
Bersih 3.0 iaitu:
1.
SPR harus meletak jawatan.
2.
Proses pilihanraya harus dibersihkan sebelum pilihanraya umum kerana kegagalan
Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk Reformasi Pilihanraya untuk
menyelesaikan isu kritikal seperti audit senarai pengundi yang tidak lengkap,
penyelewengan undi pos, kesalahan pilihanraya, kegagalan menangani politik
wang, tiada akses yang bebas dan penuh oleh media cetak dan penyiaran dan juga
tiada langkah mengatasi politik wang.
3.
Pemerhati antarabangsa harus dibenarkan untuk piliharaya.
Menurut Guan Eng laporan PSC menunjukkan ketiadaan komitmen untuk menangani
isu-isu asas reformasi pilihanraya bagi memastikan pilihanraya ke 13 yang bebas
serta adil, dan laporan akhir PSC itu telah dibentangkan dalam parlimen tanpa
sebarang perbahasan.
Sewaktu
laporan akhir PSC dikemukakan di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat telah menolak
permohonan tiga anggota anggota panel PSC dari Pakatan Rakyat untuk menyertakan
laporan minoriti yang memperincikan pandangan tiga anggota terbabit yang
menolak empat dari 22 poin yang terdapat dalam laporan berkenaan.
Selain
itu, menurut Guan Eng antara kelemahan laporan tersebut adalah keengganan untuk
menangani kelemahan asas dalam senarai pengundi. Kesalahan dan penyelewengan
senarai pengundi ini telah meningkat sejak Mac 2008 dan ia telah didedahkan
oleh pelbagai pihak seperti Merdeka Centre, National Institute for Democracy
and Electoral Integrity dan Bersih.
Antara
yang penyelewengan dikenal pasti adalah peratusan tinggi pengundi yang tidak
dapat dikenal pasti oleh penduduk tempatan; pendaftaran berulangkali oleh
pengundi yang sama dengan lebih daripada 1 nombor kad pengenalan; pengundi
dilahirkan sebelum 1900 yang masih terdapat namanya dalam senarai pemilih,
termasuk Wong Kwan Moy yang tarikh lahirnya adalah 23 Ogos 1853; pengundi
dengan nombor kad pengenalan lelaki tetapi disenaraikan sebagai pengundi wanita
dan sebaliknya; dan 42000 pengundi yang nombor kad pengenalannya tiada dalam
rekod yang dimiliki oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurut
beliau, ini cuma sebahagian kecil daripada penyelewengan yang berlaku. “DAP
membantah sekerasnya kegagalan Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk tidak
membenarkan pengenalan laporan minoriti yang mendokumenkan masalah-masalah
utama yang memberi kesan kepada pendaftaran pemilih.”
“Memandangkan
kekurangan komitmen untuk pilihanraya yang bersih, adil dan bebas, DAP
menyokong sepenuhnya seruan Bersih 3.0 untuk berkumpul di Dataran Merdeka jam 2
petang pada 28 April, 2012, untuk menunjukkan hasrat rakyat untuk mempunyai
pilihan raya yang bersih, bebas dan adil umum ke-13. DAP juga mengulangi
sokongan untuk kesemua tuntunan Bersih 2.0. Daripada 8 permintaan, hanya satu –
penggunaan dakwat kekal – telah ditangani dalam Laporan PSC,” tambah beliau
lagi. - Roketkini.com
没有评论:
发表评论