Oleh
Mazir Ibrahim
Source:
Roketkini.com
8
April 2012
Dan
itulah yang berlaku, sungguh pun ada media massa menggambarkan acara itu sebagai ‘gagal’
menarik majoriti Melayu, hakikat bahawa DAP sudah semakin kuat bertapak di
arena politik tempatan semakin baik.
Mereka yang berfikir (termasuk wartawan) dalam kerangka politik populis, sifirnya sama sahaja dengan ahli politik yang tipikal, baik seperti politikus UMNO-BN mahu pun kalangan dalam Pakatan Rakyat. Bagi mereka, kuantiti dan jenis kulit itu adalah segala-galanya.
Jika
inilah cara kita berfikir dalam membentuk agenda politik (baik menerusi
kewartawanan atau propaganda), maka ianya amat jauh ketinggalan dari politik
matang.
Kita
masih bersetuju bahawa kuantiti dan warna kulit itu memang ada kesan dan
manfaatnya. Tetapi itu tidak bermakna ia adalah isyarat kepada gerakan politik
yang sebenarnya.
Bukankah
kita telah semakin sedar bahawa tidak semestinya kuantiti dan warna kulit itu
belum tentu dapat diterjemahkan kepada undi kepada parti-parti politik?
Maka
kini persoalannya bukanlah semata-mata jumlah sambutan kepada kaum-kaum
tertentu sahaja, sebaliknya kerja politik adalah juga kerja pendidikan. Ia
bukan sekadar pentas ceramah mencari glamor dengan lawak jenaka yang sinis dan
retorik falsafah hebat-hebat.
Program
wacana atau forum sememangnya masih mentah dan kelat di Malaysia . Bukan
sahaja bagi kaum Melayu tetapi semua kaum, khususnya apabila dilibatkan dengn
politik.
Malah,
budaya membeli atau membayar untuk membaca, terutama di alam intrnet,
masih sangat tawar lagi. Lebih buruk keadaannya apabila bahan bacaan itu
dalam Bahasa Kebangsaan.
Contohnya,
media alternatif Malaysiakini dalam ruangan Bahasa Malaysia, tidak berupaya
untuk ‘menjual’ ruangan tersebut kepada ‘subscribers’ berbanding ruangan Bahasa
Inggerisnya. Ini bukanlah salah Malaysiakini, sebaliknya ini sebagai petanda
bahawa warga yang bertutur dalam bahasa Malaysia masih tidak ada budaya
‘membayar untuk membaca’.
Bahasa
sebagai penyambung maklumat
Justeru,
program wacana ‘Kenapa Saya Pilih DAP’ ini secara tidak langsung cuba menjawab
persoalan yang lebih jauh lagi. Bukan sekadar kenapa saya pilih DAP, tetapi apa
yang saya boleh buat menerusi DAP, iaitu meletakan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa demokrasi yang boleh difahami oleh semua kaum di Malaysia.
Mendemokrasikan
pemikiran rakyat adalah satu proses pendidikan, dan proses itu amat panjang.
Salah satunya menerusi forum sebegini; di mana majoriti hadirin dari kawasan
kelas menengah itu dari kalangan bukan Melayu, namun sebagai warga Malaysia , mereka memahami isu forum yang
dibicarakan dalam Bahasa Malaysia
(dan diadunkan sedikit-sebanyak dengan Bahasa Inggeris).
DAP
bukan ingin berpolitik sekadar mahu menang pilihan raya, sebaliknya DAP mahu
membuka wacana mengenai demokrasi dengan lebih luas menerusi komunikasi
berbahasa, khususnya Bahasa Malaysia
yang difahami semua.
Bayangkanlah,
dlam keadaan di mana hari April Fool sering disambut dengan lawak bodoh, kita
turut suakan diri kita untuk menyadap acara-acara yang memberi pencelikan
kepada minda. Pasti kerangka pemikiran lama akan tinggal menjadi mitos dalam
sejarah lampau.
Bahasa
Malaysia
dan wacana politik bukan milik mana-mana kaum. Ia milik kita bersama. Selamat
datang ke dunia pendidikan demokrasi. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论