Source: Roketkini.com
Oleh
Lim Guan Eng
13
March 2012
Kerajaan
Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memilih untuk menjadi telus dan
bertanggungjawab dengan mendapat input dan rundingan awam berhubung cadangan
pembinaan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan
memacu pembangunan ekonomi di negeri ini terutama di Seberang Perai Utara
(SPU).
Tiada
rundingan awam dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini ketika
membina Jambatan Pulau Pinang kedua. Dan lagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
Pulau Pinang dikritik lebih teruk kerana telus dan bertanggungjawab daripada
kerajaan negeri BN sebelumnya yang tidak pernah membuat input dan rundingan
awal ke atas Jambatan Pulau Pinang kedua.
Kerajaan
Negeri PR Pulau Pinang mengakui bahawa ia telah gagal untuk meyakinkan beberapa
NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang kepentingan 4 projek
infrastruktur yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan
memacu pembangunan ekonomi di SPU khususnya dan Pulau Pinang secara amnya.
Projek
yang menjadi persoalan kini adalah pembinaan bawah laut sepanjang 6.5 km dari
Persiaran Gurney-Bagan Ajam (berhampiran Butterworth), 15km jalan yang
menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang,jalan pintasan sejauh 5km dari
Persiaran Gurney-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan jalan pintasan sejauh 5 km
dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam.
CAP
bukanlah satu- satunya organisasi yang menentang 4 projek infrastruktur
tersebut. Bahkan BN dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
menentang pembinaan terowong bawah laut dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam,
pada 17 November 2011.
Walau
bagaimana pun maklum balas awam daripada rakyat Pulau Pinang terutamanya di
Persiaran Gurney dan SPU menunjukkan bahawa majoriti besar orang Melayu , India
dan Cina menyokong dan mahu projek infrastruktur ini diteruskan.
EXCO
Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk melaksanakan projek- projek ini
melalui tender terbuka secara kompetitif pada 19 Oktober 2011 selepas rundingan
awal dijalankan dari 29 April 2011.
Oleh
itu, adalah tidak benar untuk CAP mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak
mengadakan rundingan awam.
Memorandum
Persefahaman (MOU) yang ditandatangani pada 28 April 2011 antara Beijing Urban Construction
Group (BUCG) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah dari segi
undang- undang kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dengan jelas
menyatakan bahawa projek- projek ini mesti dijalankan melalui tender terbuka
secara kompetitif.
Majlis
menandatangani MOU yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Perdana Menteri China Wen Jiabao merupakan penanda aras
yang positif tentang minat negara China dalam melaksanakan projek- projek di
Pulau Pinang.
Berikutan
majlis menandatangani MOU tersebut, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meminta
mengadakan input awam bermula pada 29 April 2011.
Wakil
CAP tidak bantah sewaktu dalam rundingan dengan Kerajaan Negeri
Dua
sesi rundingan telah diadakan oleh saya secara langsung dengan NGO pada 16
Oktober 2011 dan 19 November 2011.
Dalam
kedua- dua sesi ini, CAP telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijaya (Ravi ). Saya tidak ingat Mr Ravi ada menyuarakan bantahan
berhubung 4 projek infrastruktur pada akhir sesi tersebut.
Kerajaan
Negeri PR kini menjalankan latihan pra-kelayakan melalui tender terbuka secara
kompetitif untuk 4 projek infrastruktur dengan menyenarai pendek syarikat yang
layak dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kepakaran teknikal, berpengalaman
dan mempunyai rekod prestasi dalam menyiapkan projek- projek infrastruktur.
Tiada
wang akan dibayar kerana 4 projek tersebut akan dibiayai oleh pertukaran tanah
dari tanah yang akan ditambak oleh Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP).
Semasa
sesi rundingan pada 19 November 2011 dengan NGO, saya telah menerangkan
rasionalnya untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bawah tanah dengan
meminta Tanjung Pinang Development Sdn Bhd (TP) untuk menyerahkan seberapa
banyak tanah yang ditambak kepada Kerajaan Negeri.
Melalui
2 perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan BN sebelum ini pada 1990 dan
1999, TP telah memberikan hak untuk menambak 980 ekar tanah.
Lebih
200 ekar telah pun ditebus guna oleh TP di mana projek Straits Quay
dilaksanakan sekarang. TP mempunyai hak untuk menebus baki 700 ekar tersebut.
Untuk
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau menghalang TP daripada menebusguna tanah
memerlukan sejumlah bayaran wang pampasan yang besar kepada TP.
Satu-satunya
jalan untuk Kerajaan Negeri PR adalah memohon projek-projek infrastruktur bawah
tanah dan jalan raya sebagai pematuhan kepada kemahuan TP untuk menyerahkan
seberapa tanah yang mungkin untuk ditebus guna kepada Kerajaan Negeri.
CAP
juga perlu ingat bahawa TP kini dimiliki oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC), Sime Darby Bhd.
Kuasa
pengangkutan awam dalam tangan Kerajaan Persekutuan
Malangnya
Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pengangkutan awam kerana
ia merupakan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Banyak
yang kita mahu lakukan pembaharuan untuk pengangkutan awam tetapi Kerajaan
Negeri Pulau Pinang tidak dapat membuat apa- apa tindakan kerana ia terletak
sepenuhnya di bahawa Kerajaan Persekutuan.
Semua
perkhidmatan bas, teksi dan tram atau TLRT adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan.
Malah
apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu menyediakan perkhidmatan bas CAT yang
akan melalui seluruh kawasan warisan George
Town secara percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan
Negeri, Kerajaan Persekutuan menolak inisiatif ini pada mulanya.
Kerajaan
Negeri Pulau Pinang bersedia untuk membayar RM720,000 setahun untuk menyediakan
perkhidmatan bas CAT secara percuma di mana sangat popular di kalangan penduduk
tempatan dan pelancong.
Hanya
selepas rayuan oleh Kerajaan Negeri secara langsung kepada Menteri yang
bertanggungjawab selama hampir setahun, barulah kelulusan untuk perkhidmatan
bas CAT percuma yang akan dibayar oleh Kerajaan Negeri diberikan.
Saranan
CAP telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat
Presiden
CAP, SM Mohamed Idris telah berkata bahawa rundingan awam melibatkan penyertaan
rakyat di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang
secukupnya mengenai projek- projek dan memberi pertimbangan yang sewajarnya
kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi-
organisasi masyarakat sivil.
Saya
dengan rasa rendah diri ingin mengingatkan veteran Presiden CAP bahawa
proses yang beliau telah gariskan telah diikut ketika memutuskan sama ada 4
projek infrastruktur ini diteruskan atau tidak.
Hanya
selepas pertimbangan yang sewajarnya, barulah Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang
membuat keputusan meluluskan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan
kesesakan lalu lintas di Batu Feringgi, dari Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke
Persiaran Gurney dan kawasan- kawasan padat penduduk iaitu di Paya Terubong dan
Relau.
Untuk
terowong bawah laut, bukan sahaja ia memudahkan perhubungan antara pulau di
Persiaran Gurney ke tanah besar di Bagan
Ajam , ia juga akan
merangsang pertumbuhan ekonomi di SPU.
Kerajaan
Negeri PR Pulau Pinang mahu membawa pertumbuhan pembangunan di SPU bagi
menghapuskan pembohongan liar bahawa orang Melayu dan penyokong BN di SPU yang
dikuasai oleh BN diabaikan atau dipinggirkan.
Pakatan
Rakyat prihatin alam sekitar, dengar pandangan NGO
Kerajaan
Negeri PR sangat prihatin terhadap kesan alam sekitar di kawasan pembinaan
terowong bawah laut. Kebimbangan alam sekitar ini akan dirunding semasa
pusingan kedua rundingan awam apabila reka bentuk dan laluan dipilih pada akhir
2012.
Walau
pun NGO seperti CAP amat membantah projek- projek infrastruktur ini, Kerajaan
Negeri masih akan menjemput mereka untuk melibatkan diri dalam rundingan awam
selepas reka bentuk dan laluan dipilih.
Sekiranya
Kerajaan Negeri tidak berpuas hati, Kerajaan Negeri masih boleh menolak dan
enggan meneruskan projek- projek infrastruktur tersebut.
Mengikut
jadual untuk pembinaan projek- projek di bawah pelaksanaan pra- Q, tarikh
terawal untuk memulakan kerja ke atas terowong akan dilakukan pada akhir 2015.
Ini adalah untuk membenarkan semua kajian teknikal, reka bentuk dan alam
sekitar dijalankan antara 2012 dan 2015.
Jika
kerajaan tidak berpuas hati, EXCO akan menolak untuk menandatangani perjanjian
pembinaan yang muktamad di mana ia merupakan keperluan akhir yang dijadualkan
pada pertengahan 2015. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论