Source: Roketkini.com
12
March 2012
Apabila
seseorang tidak mempedulikan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan orang lain
dari mati lemas atau mati terbakar, itu namanya pengorbanan.
Apabila
seorang anak membanting tulang empat kerat, bekerja siang malam untuk menjaga
ibu bapa yang sakit atau uzur, itu namanya perngorbanan.
Apabila
seorang ibu atau bapa sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi membolehkan
anak-anak kesayangan mendapat pendidikan untuk menjadi insan yang berguna, itu
namanya pengorbanan.
Apabila
seorang pegawai kerajaan di Taiwan
berhenti kerja semata-mata menjaga sepenuh masa ibunya yang sakit tenat
(gambar), itu namanya pengorbanan.
Apabila
seorang pemimpin pembangkang berketurunan Cina berjuang membela nasib seorang
gadis Melayu yang didakwa dicabul oleh seorang pemimpin kerajaan sehingga
dizalimi dengan disumbat ke dalam penjara, itu namanya pengorbanan.
Setelah
didedahkan oleh kerajaan sendiri serta pendedahan lain yang berkaitan di mana
wang untuk menghasilkan daging lembu itu didakwa digunakan membeli kondo mewah
di Malaysia , Singapura dan Kazakhstan , para pengarah syarikat keluarga
menteri itu bukan sahaja cuba
menafikannya, malah menyalahkan laporan audit kerajaan.
Menteri
itu pula dengan angkuh mempertahankan diri dan keluarganya, di samping
menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak supaya
meletak jawatan sebagai menteri berikutan skandal yang memalukan negara itu.
Perdana
Menteri pula acuh tak acuh, seolah-olah takut dengan menteri yang mencabar
bukan sahaja kerajaan pimpinannya, malah menjatuhkan maruah negara.
Akhirnya,
semalam menteri tersebut mengumumkan beliau akan melepaskan jawatan. Maka
bersorak riuh banyak pihak termasuk media massa
kawalan pemerintah kononnya menteri akur untuk meletak jawatan.
Apakah
benar begitu? Sedangkan menteri itu hanya mengatakan beliau tamat tempoh
sebagai senator pada 8 April depan, yakni secara automatik hilang kelayakan
menjadi menteri. Malah, beliau mahu kekal sebagai ketua pergerakan wanita
partinya.
Jadi
di mana asas beliau meletak jawatan kerana merasa bertanggungjawab atas skandal
ternak lembu untuk beli kondo itu?
Jadi
apa munasabahnya Perdana Menteri menyifatkan kenyataan menterinya sebagai satu
pengorbanan?
Semakin
jelas di mata umum bahawa apabila para pemimpin dan kroni UMNO-BN mengorbankan
wang rakyat dan gagal memegang amanah rakyat, maka itu dianggap pengorbanan.
Inikah
kerajaan yang perlu kita kekalkan buat selama-lamanya? – Roketkini.com
没有评论:
发表评论