Source: Roketkini.com
Oleh
Daing Yahya
18
March 2012
Katanya…
pilihan raya kali umum kali ini akan menjadi pilihan raya ‘money-fiesta’. Apa
tidaknya, kempen Najib dan Muhyidin di sana-sini terus dengan menabur wang atas
nama kebajikan untuk rakyat. Ini memberi gambaran seolah-olah itulah manifesto
kerajaan UMNO-BN – tabur wang di sana-sini tanpa menghiraukan hutang negara
yang semakin hari semakin meningkat.
Dalam
kes kerajaan menabur wang, ada pepatah menyebut, daripada memberikan ikan, ada
lebih baik kita berikan joran dan umpan. Itu lebih bermanfaat dalam jangka masa
panjang dari memberi ikan yang esok lusa akan habis dimakan atau membusuk,
selepas itu rakyat kembali kelaparan.
Jika
itu berlaku (beri duit), adakah kerajaan UMNO-BN akan setiap bulan memberikan
peruntukan atau subsidi untuk membiayai rakyat yang memerlukannya? Adakah ini
akan menjadi amalan dan dasar UMNO-BN? Jika demikianlah duduk ceritanya, ini
adalah satu dasar yang tidak masuk akal.
Tetapi
dalam kes ini, hujan tak ada, guruh tak ada, wang rakyat terus ditabur tanpa
mempedulikan kesan jangka panjang baik kepada negara dan juga rakyat. Sudahlah
begitu, cara pemberian itu juga sangat diragui proses dan kaedahnya.
Jika
kita melihat kemungkinan yang boleh berlaku dari tabiat memberi sogokan wang
ini, sebenarnya macam-macam boleh jadi.
Sudahlah
duit rakyat habis, hutang belum dapat dibayar dan kini terus rugi. Inilah
gambaran bahawa manifesto kerajaan UMNO-BN hanyalah sebuah
money-fiesta – pesta duit untuk kroni UMNO-BN. Ianya jauh menyimpang
dengan manifesto setiap kerajaan yang mahu membangunkan negara ke arah
kemakmuran ekonomi dan kestabilan sosial.
Katanya…
Tun Daim Zainudin pun dah mula buat bising apabila satu lagi aset rakyat Felda
mahu di‘money-fiesta’kan oleh UMNO dengan menyenaraikan FGVH ke bursa saham. Daim
tahu ini strategi licik UMNO untuk tujuan bailout kuasanya yang
semakin terhakis di hati rakyat. Untuk bailout kuasa UMNO mudah
sahaja, iaitu dengan wang, bukan kredibiliti dan akauntabiliti!
Katanya
lagi…berdasarkan prestasi ekonomi semasa dan reputasi kerajaan Najib, rakyat di
negeri Malaysia Timur sudah mula cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat,
barangkali tsunami dari timur itu boleh menyumbang kepada keruntuhan hegemoni
kuasa politik UMNO-BN.
Malah
katanya lagi…Najib dan para propagandisnya terus menyerang Anwar Ibrahim dan
melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan memutarbelitkan isu Yahudi yang
dicampuradukkan dengan isu Israel dan Zionisme melalui media kawalan UMNO-BN,
sedangkan menikus apabila diajak bersemuka dalam debat perdana bersama dengan
Anwar Ibrahim. – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/03/18/manifesto-atau-%E2%80%98money-fiesta%E2%80%99-oleh-daing-yahya/
没有评论:
发表评论