Source: Roketkini.com
Oleh
Adil Mat Selamat
13
March 2012
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar baru-baru ini diberitakan mahu
semua Ahli Parlimen UMNO-BN untuk segera mengagihkan peruntukan RM10 juta di
bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan peruntukan skim
perumahan bagi nelayan bernilai RM300 juta di kawasan masing-masing sebelum
pilihanraya umum ke-13.
Menurut
laporan Malaysiakini, Noh Omar turut berkata “Ini titik sentuh yang kita nak
buat cepat. Duit belum turun, tapi saya minta KSU (ketua setiausaha) untuk guna
duit kementerian dulu,” katanya pada taklimat bagi Majlis Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BNBBC) di Kuala Lumpur
malam tadi.
Jika
juak-juak UMNO masih bisul mindanya dengan menganggap ini bukan salah guna
kuasa juga, maka kita serahkan pada rakyatlah untuk menilai kerja politik orang
yang gila kuasa ini.
Duit
kementerian sumbernya adalah cukai yang dikutip daripada rakyat. Bagaimana
mungkin seorang menteri berkuasa mutlak untuk memutuskan bagaimana duit itu
diagih-agihkan?
Yang
disebut sebagai ‘duit belum turun’ itu apa pula maknanya? Adakah duit
dari langit belum turun atau duit dari tauke-tauke besar (kroni) UMNO belum
diterima? Hingga begitu mudah mereka menggunakan dana awam untuk kepentingan
politik mereka.
Jika
seorang menteri melaksanakan kerja dan membuat keputusan secara ‘sembarangan’
begini, apakah Malaysia
juga ditadbir sedemikian rupa?
Jika
inilah modus operandinya, maka tidak hairanlah Najib Razak sewenang-wenang
boleh memberikan pelbagai peruntukan untuk rakyat dengan jumlah yang sangat
besar. Kita tak pasti apakah kabinet tahu tentang peruntukan ini sebelum ia
diumumkan.
Malah
contoh ini juga membolehkan kita membayangkan bagaimana menteri-menteri kabinet
menipu dan ditipu.
Contoh
paling mudah adalah skandal NFC, bagaimana kabinet yang meluluskan projek ini
tidak tahu bahawa pengerusi NFC adalah suami Sharizat? Malah mereka tidak tahu
bagaimana dana awam telah disalahgunakan dan menyimpang dari tujuan asal.
Apakah mereka tidak tahu atau buat-buat tak tahu?
Kita
juga masih ingat Ling Liong Sik, bekas menteri pengangkutan, dituduh di
mahkamah telah menipu menteri kabinet dalam urusan PKFZ yang melibatkan
kerugian berbilion-bilion duit rakyat. Adakah kes ini juga sama dengan kes NFC?
Bagaimana
pula dengan kes kerugian syarikat MAS, adakah menteri kabinet tidak pernah tahu
apa-apa tentang prestasi perniagaan MAS dan reputasi Tajudin Ramli?
Semua
peristiwa ini melibatkan integriti kabinet kerajaan Malaysia . Mereka memutuskan untuk
memberi wang rakyat kepada syarikat atau individu yang mungin mereka sendiri
tahu akan gagal.
Kerajaan
caca-marba
Dalam
semua kes-kes ini, yang ditipu adalah menteri-menteri kabinet, dan yang menipu
adalah menteri kabinet dan juak-juaknya juga, bukan orang lain atau anasir
asing. Inilah namanya kerajaan caca-marba.
Mereka sama-sama menipu antara satu
sama lain dan akhirnya, pihak yang benar-benar ditipu adalah rakyat.
Menteri-menteri
kabinet ini harus juga didakwa kerana kecuaian memberi dan memantau projek atau
dana awam yang telah diberikan. Kecuaian itu ada hukumannya, hukuman terbaik
dan terpantas adalah menerusi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beginilah
antara bentuk penipuan dalam pemerintahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Malah kerana permainan tipu-menipu inilah maka lembaga-lembaga penting seperti
Polis, SPR, Kastam dan SPRM juga telah disalahguna atau dipergunakan hingga
akhirnya agensi ini gagal melaksanakan tugas dengan betul untuk rakyat.
Contoh
yang ditunjukkan oleh menteri seperti Noh Omar amat bertentangan dengan contoh
yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Islam terdahulu, termasuk Khalifah Umar
Abdul Aziz yang begitu cermat dengan wang rakyat sampaikan sanggup tidak menjamah
makanan mewah selagi masih ada rakyatnya hidup melarat.
Kita
menyeru seluruh rakyat Malaysia
untuk bersama-sama memecahkan penguasaan politik UMNO dengan meyokong
perjuangan Pakatan Rakyat demi survival Malaysia yang tercinta.
Memecahkan
tembok hegemoni kuasa politik UMNO bermakna rakyat Malaysia mahukan sebuah negara yang
adil dan telus. – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/03/13/lagi-lagi-salah-guna-kuasa-terang-terangan-oleh-adil-mat-selamat/
没有评论:
发表评论