Source: Roketkini.com
21
March 2012
Selagi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan badan bebas dan tidak diletakkan secara
langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu pilihan raya Malaysia tidak
bebas.
Selagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan badan bebas dan tidak
diletakkan secara langsung di bawah kuasa Parlimen, selagi itu usaha mencegah
dan membasmi rasuah, khususnya di peringkat tinggi kerajaan, akan gagal.
Selagi
Radio Televisyen Malaysia
(RTM) bukan badan bebas yang diletakkan secara langsung di bawah kuasa
Parlimen, selagi itu media massa Malaysia tidak
bebas.
Selagi
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tidak dimansuhkan sama sekali, selagi
itu media massa Malaysia tidak bebas.
Selagi
Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi tidak dihapuskan, atau dilonggarkan untuk
menggalakkan kebebasan maklumat, selagi itu media massa
Malaysia
tidak bebas.
Selagi
Akta Kebebasan Maklumat tidak dilaksanakan, selagi itu media massa
Malaysia
tidak bebas untuk melaporkan dengan berani dan benar.
Selagi
lesen dan kebenaran stesen TV dan radio swasta dikawal oleh kerajaan, selagi
itu tidak wujud media bebas di negara ini.
Selagi
sistem kehakiman takut dan tunduk kepada eksekutif (pembuat keputusan = parti
pemerintah = kerajaan), selagi itu keadilan tidak wujud; yang salah boleh bebas
dengan wang, yang benar dizalimi kerana tiada wang.
Selagi
sistem tender terbuka tidak diamalkan dengan telus dan mengikut undang-undang
yang adil, selagi itu diskriminasi, pilih kasih, salah guna kuasa,
penyelewengan dan rasuah serta kronisme akan terus berleluasa.
Selagi
warna kulit sahaja menjadi asas penentu dalam apa-apa bidang, selagi itu rakyat
sentiasa curiga dan was-was antara satu sama lain, sama seperti yang telah
berlaku sejak lebih 50 tahun lalu.
Selagi
sistem politik Barisan Nasional yang berasaskan politik perkauman dan dominasi
satu parti, selagi itu rakyat akan terbelenggu dan takut sehingga mencacatkan
kreativiti minda, menjadi mandom, lembap dan ‘lebih kurang’ (mediocre).
Ini
semua hanya sebahagian kecil daripada masalah yang rakyat hadapi sejak berpuluh
tahun lalu. Tak nampak sebarang tanda pemulihan.
Jadi
apakah yang Datuk Seri Najib Razak maksudkan dengan reformasi dan transformasi
itu? – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/03/21/apa-dia-reformasi-transformasi-najib/
没有评论:
发表评论