Source: Roketkini.com
Oleh
Daing Yahya
21
March 2012
Katanya
jumlah pengikut Perdana Menteri Najib Razak sudah mencecah 1 juta di facebook
dan 500 ribu di twitter. Tahniah kawan ucapkan buat PM, nyata sekali beliau
begitu popular di mata rakyat Malaysia .
Ini
juga mengesahkan lagi kejayaan perunding imej Najib termasuk APCO dulu. Tidak
sia-sia Najib membelanjakan wang rakyat untuk menggilap imejnya di mata dunia
dan rakyat. Jika pelajar-pelajar Akademi Fantasi mempunyai peluang seperti
Najib, pasti artis-artis baru ini akan lebih terkenal seantero dunia.
Syarikat
APCO itu yang ada kaitan secara langsung dengan Israel (menurut bukti yang ditunjukkan
oleh Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah disiasat oleh Parlimen) memang pakar
dalam menterjemah imej luaran mana-mana pemimpin dunia yang ada masalah dengan
rakyatnya.
APCO
dan para perunding imej hanya membantu menggilap imej Najib, bukan imej kerajaan
atau partinya. Tak mengapalah, asalkan Najib bahagia, juak-juak UMNO hanya diam
dan melopong.
Justeru,
strategi ‘perang’ politik Najib hanya akan menfokus kepada imej dirinya,
barangkali sifirnya mudah. Jika imej PM melonjak, itu akan disamakan dengan populariti
partinya.
Malah
baru-baru ini juga, semasa lawatan beliau ke Selangor, Najib mendakwa sudah
cukup kuat untuk menawan semula Selangor dan negeri-negeri yang dipimpin oleh
kerajaan PR.
Jika
benar demikian, pasti pilihan raya sudah amat dekat dan Najib sendiri tidak
perlu menangguh-nangguh lagi, ayuh kita ke lapangan pilihan raya.
Malah
lebih menarik lagi, jika benarlah jumlah pengikut Najib ini begitu besar,
bukankah baik selepas pilihan raya ke-13 ini, kita reformasikan sistem
perlantikan Perdana Menteri dengan membuka pentas pemilihan Perdana Menteri
secara langsung. Kita buka kepada rakyat untuk memilih Perdana Menteri.
Kita
yakin Najib akan dipilih oleh rakyat Malaysia berdasarkan populariti
semasa. Pada ketika itulah baru Najib Tun Razak boleh mendakwa dan berbangga
bahawa beliau adalah Perdana Menteri rakyat Malaysia .
Katanya…berita
dan gembar-gembur populariti Najib ini hanya propaganda saja. Kerana apa?
Kalaulah betul, mengapa Najib hingga hari ini masih belum yakin akan
kekuatannya untuk buat lebih baik dari Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang
digulingkan oleh partinya sendiri? – Roketkini.com
没有评论:
发表评论