Source: Roketkini.com
29
March 2012 (Wawancara)
Penyelaras
Roketkini menemubual Ahli Parlimen Seremban yang juga merupakan antara ahli
pengasas DAP, saudara John Fernandez, tentang DAP, dasar-dasar dan masa
depannya.
Sejak
bila saudara berkecimpung dalam politik?
Secara
ringkasnya saya terlibat sejak tahun 1964 lagi. Pada masa itu Singapura masih
bersama Malaysia .
Masa itu Parti Tindakan Demokratik Singapura bertanding 9 kerusi parlimen pada
pilihanraya. Masa itu saya bersama saudara Devan Nair dan Lee Kuan Yew.
Selepas
tahun 1965, Singapura ditendang keluar dari Malaysia . Saya, Lim Kit Siang, Dr.
Chan Man Hin dan Dr. Sivaratnam, bersama-sama menubuhkan satu parti baru. Masa
itu kami daftarkan dengan nama Peoples Action Party of Malaysia (PAP Malaysia ),
tetapi telah ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Jadi kita tukar kepada
Democratic Action Party (DAP). Dan ia diluluskan oleh pendaftar pertubuhan.
Ketika
itu saya masih seorang guru, selepas itu saya ke England untuk melanjutkan pengajian
undang-undang.
Saya
antara beberapa orang yang menubuhkan DAP. Nombor keahlian saya 00028. Selepas
tahun 1974, masa itu saya bertanding di DUN Rasah di Negeri Sembilan (tetapi
kini DUN Rasah sudah menjadi Parlimen), dan saya telah menang. Saya telah
berkhidmat selama 1 penggal. Kemudian pada 2004 saya bertanding lagi di Port
Dickson, tetapi saya tewas. Ini secara ringkas penglibatan saya dalam politik DAP.
Pada
saya, parti-parti sosialis di seluruh dunia sekalipun, dari segi dasarnya tidak
banyak perbezaan. Sebab itu sudah memang ideologinya, itu asasnya. Prinsip
parti yang berideologikan social democracy ini jelas: semua rakyat
dan bangsa berhak mendapat hak yang sama-rata dan adil.
Namun,
UMNO menggambarkan DAP sebagai anti Melayu, komunis dan pelbagai lagi. Ini
tidak benar. Allahyarham Ahmad Nor sebagai contoh, dia salah seorang Melayu
yang menjadi ahli DAP dan bertanding kerusi parlimen di Penang .
Perlembagaan
DAP sangat jelas, kita hormati dan junjung Perlembagaan Persekutuan. Malah Buku
Jingga juga sudah kita tandatangani sebagai persetujuan bersama untuk
menjunjung segala perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.
Tentang
PAP dan DAP pula, kita sangat jelas. Pemerintah Singapura yang ditunjangi oleh
parti PAP jelas meneruskan ISA sama seperti UMNO di Malaysia. DAP dengan terang
menolak ISA ini. Ia undang-undang yang salah, malah saya sebagai peguam memang
tidak boleh menerima penahanan tanpa bicara seperti ini.
Itu
garis pemisah antara DAP dan PAP. Jadi tidak timbul kami ini disamakan dengan
dasar PAP di Singapura, jika ada persamaan itu jelas kerana ada dasar yang baik
yang dikongsi oleh semua bangsa di dunia. Malah saya nak tegaskan disini, jika
Pakatan Rakyat memerintah Malaysia ,
ISA kita hapuskan, bukan pinda-pinda.
Bagaimana
saudara melihat masa depan politik DAP yang semakin mencabar ini?
Saya
boleh katakan bahawa kita ada masa depan yang sangat cerah. Sebelum era 2008
tiada siapa peduli DAP. Lebih 40 tahun kita jadi pembangkang, kini keadaannya
berbeza.
Dahulu
kita tidak ada gabungan pembangkang yang sebegini utuh dan kemas. Dulu cuma
ada electoral pack, iaitu kita tak bersekutu tetapi kita ada persefahaman.
Contohnya, untuk pilihanraya, jika PAS bertanding di kawasan sekian, maka kita
tidak bertanding. Begitu juga dengan kawasan yang DAP bertanding, maka PAS
tidak akan bertanding, ini persefahaman yang bersifat umum.
Tetapi
kini tidak lagi. Kita semakin yakin dan telah berkongsi perjuangan. Dulu kita
tidak pernah dapat peluang untuk buktikan kemampuan kita mentadbir. Kini
Selangor dan Pulau Pinang boleh menjadi bukti kebolehan kita untuk memimpin dan
mentadbir – malah lebih baik dari pemerintahan BN. Ini juga memberi gambaran
bahawa DAP bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk
memerintah Malaysia .
Kami
Pakatan Rakyat sudah sepakat untuk betulkan dan ubah dasar-dasar kerajaan demi
kepentingan masa depan rakyat.
Kalau
kita lihat, Mesir , Libya ,
dan Tunisia
telah membuktikan bahawa kerajaan boleh ditukar dan pemerintahan boleh diubah
untuk jadi lebih baik.
Masa
depan kita sangat baik. Malah satu hal lagi, selepas muncul Pakatan Rakyat , ia telah
melorongkan politik Malaysia
ke arah sistem dua parti. Ini baik untuk perubahan politik dan masa depan Malaysia .
Bagaimana
dengan pelapis pemimpin masa depan DAP?
Jika
kita lihat dalam Jawatankuasa Pusat, Central Executive
Committee (CEC), iaitu di peringkat kebangsaan, purata umur kebanyakan
anggotanya sekitar 30 hingga 40 tahun. Mereka semua muda, bertenaga dan banyak
idea. Ini menjanjikan sesutau untuk masa depan DAP.
Sebelum
2008, cawangan DAP sekitar 200 lebih, kini selepas 2008 kita ada lebih dari 400
cawangan. Ahli-ahli pula, khususnya dari kaum Melayu, sudah semakin bertambah.
Malah bakat-bakat muda Melayu yang profesional juga sudah semakin mendekati
DAP. Malah kita sudah ada bekas ahli UMNO yang sertai DAP, seperti di Pahang
dan Negeri Sembilan. Ini sesuatu yang sangat positif untuk mereka yang terlibat
dan DAP sendiri. Kini semakin ramai sedar bahawa DAP bukan anti-Melayu.
Bagaimana
peluang DAP di negeri Sabah dan Sarawak ?
Di peringkat
parlimen, kita yakin di pihak DAP sahaja kita boleh menambah beberapa kerusi
parlimen lagi. Sebagai sumbangan untuk kerusi Pakatan Rakyat di peringkat pusat
nanti, mungkin kita boleh harapkan untuk tambah 6 kerusi lagi. Ia memang sukar
tetapi kita cuba .
Ini hanya angaran saja, saya tidak pasti.
Tetapi
di negeri Sabah , buat masa ini kita ada
sedikit masalah. Setakat ini belum ada persefahaman politik yang mantap dalam
gabungan Pakatan Rakyat dan parti-parti negeri.
Namun
kita yakin ia sedang diperkemaskan dan akan terbentuk menjelang pilihanraya
yang akan datang. Jika gabungan ini mantap, pasti BN akan berdepan masalah
besar. Malah begitu juga dengan isu di negeri Kedah, kita yakin hal ini akan
dapat diselesaikan menjelang pilihanraya nanti.
Ini
perkara biasa dalam setiap edisi pilihanraya. Kita tidak ada masalah tentang
hal itu. Semangat Pakatan Rakyat akan tetap kita bawa bersama.
没有评论:
发表评论