Oleh
Zairil Khir Johari
Source: Roketkini.com
29
JANUARI 2012 – Fenomena penyertaan orang Melayu dari pelbagai kelompok termasuk
aktivis kesatuan sekerja, veteran UMNO dan graduan UiTM kepada DAP baru-baru
ini mungkin boleh difahami dalam kerangka menegakkan kebenaran dan menentang
kemungkaran.
Tidak
menghairankan bahawa isu ini sedang hangat dibicarakan, terutama sekali di
kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang seolah-olah teruja dengan sesuatu perkara
yang sebenarnya tidaklah luar biasa sangat.
Timbalan
Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menyindir bahawa DAP tidak
pernah membela kepentingan orang Melayu manakala Ketua Puteri UMNO pula menuduh
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana .
Saya
merasa kesian ke atas pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya mampu melihat dunia
melalui lensa perkauman. Akibatnya, mereka sudah rabun dengan kebenaran di
depan mata.
Lebih
sedekad lalu Setiausaha Agung DAP yang kini merangkap Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk membela seorang anak gadis Melayu
yang tercabul, sehingga beliau sendiri terpaksa meringkuk dalam penjara akibat
dimangsakan oleh undang-undang yang berat sebelah.
Mungkin
pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya yang bertaraf Puteri atau Putera, malah
Pemuda, tidak tahu atau tidak mengingati akan insiden ini. Atau pun
pemimpin-pemimpin UMNO sengaja tidak mahu ingat kerana yang terlibat itu adalah
seorang pemimpin daripada kalangan parti mereka.
Walau
bagaimanapun, perjuangan dan pengorbanan Lim Guan Eng serta para pemimpin DAP
sejak lebih 45 tahun lalu membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela
sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama.
Program
kebajikan DAP dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang
Di
negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah mengambil macam-macam
langkah untuk membantu semua lapisan masyarakat.
Program-program
kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan seperti warga emas,
ibu tunggal, orang kelainan upaya, keluarga-keluarga muda serta pelajar-pelajar
sekolah dan universiti adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan
masyarakat yang paling memerlukannya.
Dasar
ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling
banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan
dan disia-siakan oleh Kerajaan UMNO yang kononnya memperjuangkan kepentingan
mereka.
Pembangunan
Islam di Pulau Pinang
Tambahan
pula, sebagai langkah untuk memartabatkan agama Islam sebagai agama
Persekutuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah menggandakan peruntukan
untuk hal-ehwal agama Islam berkali-kali ganda.
Di
bawah pemerintahan UMNO-BN, peruntukan untuk hal-ehwal Islam hanya RM12 juta
setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat pula, jumlah ini telah dinaikkan
setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta,
iaitu lima kali ganda lebih.
Peruntukan
besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak
perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat, elaun-elaun untuk pegawai
masjid, guru KAFA, para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam
(yang mengikut UMNO tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang). Tidakkah ini
membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?
Tender
terbuka untungkan Melayu berkelayakan
Dalam
hal ekonomi pula, sistem tender terbuka yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri
PR Pulau Pinang telah menampakkan kejayaan kontraktor-kontraktor Melayu yang
selama empat tahun sejak perlangsungannya telah memenangi lebih 70 peratus
daripada semua tender Kerajaan Negeri.
Lebih
penting sekali, mereka telah berjaya secara sah dan tanpa bantuan atau pengaruh
politik. Dalam erti kata lain, bukan sahaja usahawan-usahawan Melayu telah
berjaya dalam suasana persaingan, mereka juga dimartabatkan kerana berjaya atas
daya usaha mereka sendiri.
Sekiranya
pemimpin-pemimpin UMNO merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam
keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah
memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?
Masalah
Melayu berpunca dari pemimpin UMNO
Kini,
Kerajaan Pakatan Rakyat sedang giat berusaha untuk menyongsangkan kemelut yang
dihadapi masyarakat Melayu, namun hakikatnya kemunduran akibat pemerintahan
yang rakus dan tamak selama 50 tahun tidak boleh dibaiki dalam tempoh yang
terlalu singkat.
UMNO
sudah tidak layak untuk membela nasib orang Melayu. Ini kerana mereka hanya
tahu satu jalan penyelesaian, iaitu dalam bentuk skim cepat kaya yakni
Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga
elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan
syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot
Corporation yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda
Global Ventures yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.
Jika
pemimpin-pemimpin UMNO menuduh kononnya masyarakat Melayu di Pulau Pinang
seolah-olah dianaktirikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, maka rakyat Melayu di
seluruh Malaysia sudah semakin sedar tentang Kerajaan UMNO-Barisan Nasional
yang mengambil kesempatan ke atas mereka untuk kepentingan dan keuntungan diri
sendiri.
Kenapa
Melayu menyertai DAP?
Kerajaan
Pakatan Rakyat tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun. Yang melemahkan orang
Melayu adalah pucuk pimpinan UMNO yang mahu mengekalkan kuasa melalui
kebergantungan orang Melayu kepada UMNO. Dalam erti kata lain, kuasa UMNO
adalah kemudaratan orang Melayu.
Kerana
itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan
kemungkaran UMNO tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan
rakyat Malaysia
dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang
saksama.
Di
antara kemungkaran dan kebenaran, pilihannya senang. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论