民主行动党 => 创建马来西亚人的马来西亚

Democratic Action Party => Striving for a better Malaysia

2012年5月4日星期五

Lagi Melayu sertai DAP



Source:  Roketkini.com

4 May 2012


Seramai 54 orang penduduk Taman Sri Damansara telah menyertai DAP dalam sebuah majlis bertempat di Dewan Serbaguna Blok B Flat Damansara Bestari  dekat sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Penaja Cawangan Taman Sri Damansara Shari Othman,  walau pun disifatkan sesetengah orang sebagai “perlakuan melawan arus”, penyertaan beramai-ramai ini adalah kerana memperlihatkan komitmen DAP sendiri terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat tanpa mengira kaum.

“Semua rintihan dan masalah kami didengar dan cuba diselesaikan sebaik mungkin,” katanya.

Menurutnya lagi, UMNO sebenarnya tidak lagi membela masyarakat kerana cuma menjaga kroni-kroni mereka serta ‘cakap pun tak serupa bikin’.

“Kemunduran orang Melayu hari ini adalah kesilapan UMNO sendiri, mana istimewanya Melayu sedangkan bangsa sendiri merempat?” ujarnya.

Majlis penubuhan dan penyertaan keahlian DAP ini telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Adun Kampung Tunku Lau Weng San. Kedua-duanya adalah pemimpin DAP Selangor. – Roketkini.com


Source:  http://roketkini.com/2012/05/04/lagi-melayu-sertai-dap/ 

没有评论:

发表评论