Source: Roketkini.com
Oleh
V. Sivakumar
2
May 2012
Perdana
Menteri Najib Razak telah mengumumkan gaji minima sebanyak RM900 di Semenanjung
Malaysia dan RM800 di Sabah
dan Sarawak . Walau pun jumlah ini tidak
seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, sekurang-kurangnya ada satu
pendirian baru dalam isu gaji minima ini.
Kerajaan Barisan Nasional yang berdegil selama ini, akhirnya terpaksa tunduk kepada tuntutan Pakatan Rakyat memperkenalkan gaji minima untuk rakyat
Barisan Nasional telah mengabaikan warga pekerja selama lebih 50 tahun. Ramai daripada warga negara kita mendapat gaji bulanan yang terlalu rendah.
Mereka tidak dapat menyara diri dan keluarga mereka dengan pendapatan yang kecil itu. Tambahan pula dalam keadaan inflasi yang semakin melonjak, golongan berpendapatan rendah ini akan tertekan dan menjadi fakir miskin.
Walau pun kerajaan sedar tentang masalah yang dibangkitkan, tetapi tidak pernah mempedulikan nasib pekerja-pekerja yang
Barisan Nasional lebih mementingkan majikan-majikan kaya raya yang sebahagian besar daripadanya merupakan kroni mereka. Barisan Nasional tidak pernah memikirkan kebajikan dan keselamatan pekerja-pekerja yang bergaji rendah. Pekerja-pekerja juga telah bosan dengan kerajaan Barisan Nasional yang angkuh dan tidak bertimbang rasa.
Pihak Pakatan Rakyat pula dari dulu lagi mendesak kerajaan supaya mewujudkan dasar gaji minima. Ini merupakan tuntutan dan perjuangan Pakatan Rakyat untuk warga pekerja yang berpendapatan rendah.
Sebelum wujud Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR sudah pun memperjuangkan gaji minima dalam kapasiti parti masing-masing. Setelah Pakatan Rakyat diwujudkan, perkara ini telah dijadikan isu bersama dan terus diperjuangkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat menuntut supaya gaji minima sebanyak RM1,100 di Semenanjung Malaysia dan RM 900 untuk Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat mengumumkan dasar gaji minima yang akan dilaksanakan apabila memegang Putrajaya.
Perkara ini tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Ini adalah ugutan untuk menakutkan rakyat
Oleh kerana desakan Pakatan Rakyat, Barisan Nasional terpaksa mengumumkan dasar gaji minima pada Hari Pekerja.
Pada pandangan saya , ini adalah satu lagi projek Najib Razak di bawah program ‘I help you, You help me’. Walau bagaimana pun, Pakatan Rakyat telah mencapai separuh kejayaan apabila Perdana Menteri terpaksa tunduk kepada permintaannya melaksanakan dasar gaji minima.
Kekuatan Pakatan Rakyat selepas PRU12 menyebabkan kerajaan Barisan Nasional terdesak untuk menetapkan gaji minima untuk warga
没有评论:
发表评论