Source: Roketkini.com
23
March 2012 (Wanwancara)
Wartawan Roketkini Fairuz Azhan menemu bual
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke membincangkan tentang proses reformasi sistem
pilihan raya di Malaysia .
Apa
isu-isu utama dalam sistem dan proses pilihan raya di Malaysia ?
Sememangnya
terdapat banyak isu kritikal seperti isu pendaftaran pemilih, konsep
persempadanan semula kawasan pilihan raya, akses pada media yang dilihat tidak
begitu telus dan tidak adil kepada pihak-pihak yang menyertai pilihan raya.
Baru-baru
ini ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai penambaikan pilihan
raya telah melawat ke United Kingdon. Kami dapati di UK mereka mempunyai sebuah
jawatankuasa khas dalam persempadanan. Ini merupakan sesuatu yang kita tiada di
sini, di mana persempadanan sebagai kawasan dibuat berdasarkan beberapa prinsip
tertentu. Bilangan pengundinya harus seimbang antara semua kawasan. Saya
fikir bahawa PSC ini aktif dan saya berpuas hati terhadap pengurusan
jawatankuasa ini. Dari segi komitmen, kami telah membuat 6 ‘public hearings’,
mesyuarat setiap 2 minggu, jadi saya berpendapat bahawa komiti ini sangat
aktif.
Adakah
ini menunjukkan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional ke arah pilihan raya yang
bebas dan adil?
Dari
segi PSC ini, saya fikir kita telah melakukannya dengan sempurna. Tetapi
keikhlasan itu bukan hanya tertakluk pada jawatankuasa ini. Keikhlasan itu
harus dilihat pada pelaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jika
jawatankuasa ini membuat syor-syor yang baik tetapi tidak diikuti oleh SPR, ia
tidak menunjukkan keikhlasan. Bagi saya, yang penting adalah di peringkat
pelaksanaan.
Tugas
kita adalah untuk mendapat pandangan awam, dan mendapat syor-syor bagi
memastikan ketelusan proses pilihan raya. Apa yang penting adalah pelaksanaan
daripada SPR iaitu sebagai peneraju. Jika tiada susulan daripada syor yang kita
buat, maka ia tidak akan mencapai apa yang diingini. Kita di PSC memang telah
sepakat atas banyak perkara.
Saya
rasa memang kelapan-lapan tuntutan itu masih belum ditunaikan. Tetapi memang
kelapan-lapan isu itu mendapat perhatian daripada PSC. Laporan akhir akan
keluar April ini dan kita akan memainkan peranan agar syor-syor semua pihak
dapat ditonjolkan dalam laporan akhir kita.
Itu
terpulang kepada Bersih, saya fikir mereka ada hak untuk mengambil tindakan
seterusnya. Kita lihat bahawa ini semua merupakan perkembangan sebuah
masyarakat sivil dan mereka memainkan peranan yang penting. Ini semua terpulang
pada Bersih. Jika mereka rasa mereka perlu perhimpunan yang lebih besar untuk
menekan kerajaan, itu terpulang kepada mereka.
Dari
segi PSC, sememangnya kita tidak boleh mencapai semua yang kita nak sebab ini
sebuah jawatankuasa semua pihak atau bipartisan dan kita (Pakatan
Rakyat) masih dalam minoriti. Dari 9 ahli, PR ada 3 ahli sahaja, jadi kita
tidak akan mencapai segala apa yang kita mahukan.
Sebagai
Ketua Pemuda DAP, apakah saranan saudara terhadap anak-anak muda untuk
menyampaikan mesej perubahan?
Yang
pertama sekali, ia adalah amat penting untuk mereka terlibat dalam proses
pilihan raya. Itu adalah yang minimum. Jika anda tak terlibat, apa-apa yang
diperkatakan tidak akan membuat perubahan. Perubahan itu hanya boleh dibuat
melalui peti undi. Keputusan nak undi siapa, itu hak mereka, tapi yang penting
sekali ialah mereka harus terlibat dalam proses tersebut.
Hingga
kini, kerana sistemnya adalah kita kena daftar sendiri, maka kita hendaklah
mendaftar sebagai pengundi. Terdapat berjuta-juta orang yang berumur atas 21
tahun tapi masih lagi tidak mendaftar. Di PSC kita sedang mengesyor pendaftar
automatik. Tetapi sebelum itu terlaksana, anak muda harus proaktif. Kalau kita
cakap macam-macam, komplen itu ini, tapi kita tidak menunaikan kewajipan kita
sebagai rakyat, maka perubahan tidak akan berlaku. – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/03/23/sepuluh-minit-bersama-anthony-loke-%E2%80%93-reformasi-pilihan-raya/
没有评论:
发表评论