Source: Roketkini.com (Wawancara)
10
April 2012
Ada yang mengkritik Buku Jingga sebagai
retorik Pakatan Rakyat semata-mata. Adakah bernas kritikan itu?
Pertama
sekali, Buku Jingga dikritik oleh pihak Barisan Nasional oleh sebab mereka
tidak mengambil tahu secara terperinci mengenai buku ini samada ia retorik
semata-mata atau sebagai sebuah syor kepada seluruh rakyat Malaysia untuk
masa hadapan yang adil.
Apa
yang saya lihat, tawaran dari Buku Jingga berlainan dari amalan yang dilakukan
oleh Barisan Nasional. Sebab itulah mereka tidak selesa terhadap Buku
Jingga kerana tawaran Buku Jingga melangkaui batas kaum.
Dalam
Buku Jingga, seluruh rakyat Malaysia
boleh menikmati satu suasana yang adil, sebuah peluang yang saksama untuk
mereka yang bekerja dan mengambil bahagian dalam arus pembangunan negara.
Itulah kelainan Buku Jingga dengan polisi-polisi Barisan Nasional yang banyak
menjurus kepada perkauman.
Buku
Jingga lebih menjurus kepada kehendak rakyat. Jika seseorang rakyat
berkelayakan… miskin… tidak kira bangsa… mereka akan menikmati bantuan dan
akan bersama dalam arus pembangunan negara kita. Bukan melalui pilih kasih
seperti amalan Barisan Nasional.
Rakyat
mesti faham, Buku Jingga ini bukan satu retorik, ia boleh dilaksanakan secara
praktikal jika (Pakatan Rakyat) diberi peluang memerintah; boleh dibawa ke
pentadbiran untuk ubah polisi-polisi yang ada sekarang; lebih meresap
kepada rakyat yang miskin yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
Jadi,
untuk persoalan masa depan, lebih baik kita pergi jauh dari konsep perkauman
ini. Ia tidak bagus untuk negara kita. Lebih baik kita menjuruskan kepada
keperluan. Jika ada masyarat Melayu, Cina ,
India , Iban
atau Orang Asli perlukan pertolongan, kita harus bantu. Sekiranya begini, lebih
ramai msyarakat Melayu juga akan menikmati pembangunan atau bantuan. Kita tidak
mahu lihat isu perkauman ini dimainkan.
Saya
yakin Buku Jingga ada jawapannya untuk seluruh rakyat, sama ada isu mikro atau
makro, dari sudut hak-hak manusia, dari sudut demokrasi, dari sudut
perundangan…
Macam
baru-baru ini kes Imam Hoslan yang membaling kasut kepada hakim sebab beliau
tidak dapat keadilan sewajarnya. Memanglah saya setuju baling kasut
terhadap hakim tidak dapat diterima. Tetapi mengapa beliau berbuat begitu?
Mengapa beliau terlalu kecewa sehingga membaling kasut terhadap hakim? Sudah tentu beliau tahu ia adalah satu kesalahan dan telah mengaku
bersalah. Sebagai imam beliau sedar dirinya bersalah (kerana membaling kasut).
Tetapi, apa boleh dibuat lagi jika sistem keadilan ini tidak membawa keadilan
kepada beliau. Kisah beliau ini menimbulkan persoalan kepada rakyat Malaysia :
bolehkah kita mendapat keadilan di mahkamah-mahkamah kita?
Bagaimana
harapan Pakatan Rakyat, malah DAP sendiri, selepas rampasan kuasa Perak oleh BN
pda 2009?
Saya
rasa rakyat Malaysia
akan menyebelahi Pakatan Rakyat sebab rakyat mahu perubahan. Di mana
sahaja saya pergi – bukan semata-mata di Teluk Intan – saya dapat melihat
rakyat mahukan satu perubahan. Apabila saya bertanya kenapa mereka mahukan
perubahan? Mereka menjawab, “Sudahlah…55 tahun… kita mahu beri kepada
Pakatan Rakyat satu peluang untuk melaksanakan Buku Jingga [dan lihat]
apakah ia benar-benar telus dan adil.” Itulah yang rakyat mahu. Rakyat dahagakan
keadilan!
Bagaimana
pula saudara melihat keinginan perubahan rakyat di Sabah dan Sarawak .
Bagaimana isu ini dapat dikembangkan di
Di
Sabah dan Sarawak kita boleh, jika
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turun dan menyampaikan polisi-polisi yang
telah kita laksanakan di Selangor dan Pulau Pinang. Sekarang mereka
mungkin tidak tahu.
Sumber
maklumat tidak ada. Di Johor, semasa saya pergi ke Tenang; kawasan estet India , mereka
tidak tahu mengenai air percuma di Selangor. Apabila maklumat ini
sampai kepada mereka, mereka terkejut dan mempersoalkan pula mengapa di
Johor air tidak percuma? – Roketkini.com

没有评论:
发表评论