Source: Roketkini.com
27
March 2012
Apakah merupakan masalah-masalah yang
melanda rakyat negeri Sabah ketika ini?
Di Sabah
masalah memang banyak. Yang pertama ialah masalah ekonomi. Di Sabah kita
mengalami masalah pendatang tanpa izin (PATI) lebih 700,000 orang di Sabah . Yang mereka ini memang bawa banyak masalah seperti
ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka ini semua juga mendapat MyKad dengan
cara yang tidak betul. Mungkin ada dalang yang membantu mereka.
Anak-anak
muda juga tidak mahu balik ke Sabah . Mereka
keluar pergi Kuala Lumpur ,
Johor Baru dan bandar-bandar Semenanjung. Ini menyebabkan ‘brain-drain’ dan ini
semua ada sebabnya. Di Sabah pembangunan tiada, duit pun tiada, pelabur juga
tak mahu datang ke Sabah . Ini semua berpunca
daripada pengurusan negeri Sabah yang teruk.
Pemerintah tak ambil kisah apa yang sedang berlaku kerana mereka menganggap Sabah ini sebuah negeri ‘deposit’. Oleh itu, mereka hanya
mengambil sahaja, tapi tak mahu memberi.
Kalau
kita susun satu-satu, kita boleh nampak mengapa ini berlaku di Sabah . Kerajaan Persekutuan hanya cakap saja, tindakan
tiada. Orang Sabah semakin lama membuka mata
dan mereka berasa amat marah. Mereka asyik ditipu semenjak penubuhan Malaysia .
Mereka ditipu dan diekspoitasi. Bila tiba pilihan raya, mereka bom rakyat
dengan pelbagai gula-gula untuk menyokong Barisan Nasional. Oleh itu,
persepsinya adalah kita Pakatan Rakyat adalah lemah di Sabah .
Tugas
kita adalah untuk membina kepercayaan rakyat dan memberitahu rakyat apa yang
benar, apa yang salah demi masa depan kita dan anak-anak kita. Dari situlah
kita boleh mengubah ‘pengurus’nya kerana pengurusan yang kini ada di Sabah adalah pengurusan yang tak berguna. Bukan sahaja
tak guna, mereka merampas harta milik rakyat Sabah .
Memang cari nahas kalau kita masih percaya dengan orang-orang seperti ini.
Apa
yang boleh dilakukan oleh DAP dan Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah ini
demi kemaslahatan rakyat Sabah ?
Apa
sebenarnya tujuan pilihan raya? Kita mahu pilih orang yang baik, bersih, kerja
kuat dan telus. Banyak ‘Yang Berhormat’ tidak berkerja. Ramai yang tak pernah
turun padang .
Malah BN kali ini sudah memberikan arahan supaya turun padang . Ini membuktikan jika sekiranya mereka
selama in mereka turun padang , arahan tak perlu
diberi dan setiap kali mereka turun padang ,
ia tak perlu di’highlight’ kerana itu perkara semula jadi.
Pekara
pokoknya adalah pangkah pengundian kita harus diberikan kepada orang yang
sepatutnya. Kita tak kisah sama ada beliau seorang nama besar ataupun tidak.
Yang penting hati beliau bersih, bukannya hati kotor. Ini sangat penting. Di
Sabah, kali ini kali yang terakhir. Kali ini kalau kita tak dapat tukar, habis
wayang. Ini peluang terakhir. Peluang terakhir kerana kerana negeri ini dah
merundum jauh ke dalam longkang.
Yang
kedua, dengan pertambahan ‘bumiputera baru’ (asalnya PATI), adakah warga
bumiputera asal Sabah dapat mengembalikan apa
yang telah hilang selama ini? Mereka dah kuasai segala-galanya dan kita rakyat Sabah tidak akan mempunyai kuasa untuk mengubah semua
ini. Lihatlah kadar pertambahan penduduk di Sabah .
Mengapa ia 5 kali ganda lebih pantas dari mana-mana negeri di Malaysia ? Ini
semua tak logik dan tak masuk akal.
Angin
perubahan dilihat lebih kencang di Semenanjung berbanding di Sabah dan
dikatakan bahawa PR susah untuk menembusi negeri Sabah .
Mengapa ini berlaku?
Saya
lihat ada 3 sebab yang utama. Yang pertama, untuk PR Sabah, DAP boleh dikatakan
maju tapi PAS dan PKR ada masalah sendiri di Sabah .
PKR pemimpinnya bertukar-tukar dan ini sebenarnya melemahkan jentera dan
mekanisme mereka untuk bergerak. PAS pula masih belum diterima sepenuhnya
kerana kepelbagaian agama di Sabah sudah
menjadi budaya. Satu lagi adalah kekurangan pendedahan media.
Kita
dalam DAP Sabah kena masuk kampung dan kita
memang buat itu. Bila kita masuk kampung, kita bagi akhbar Roket Bahasa Melayu
dan itu sangat bagus. Kita bagi dan mereka baca dan mereka boleh faham kita.
Oleh itu di Sabah DAP semakin diterima orang Bumiputera dan banyak
cawangan-cawangan Bumiputera kita. Siapa kita DAP ini parti Cina? Kita parti
rakyat Malaysia .
Bukan Kadazan Dusun, bukan Cina, bukan Melanau.
Isu
yang sedang hangat diperkatakan di Sabah kini
adalah isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), boleh saudara jelaskan apa
sebenarnya isu tersebut?
Isu
ini banyak ‘grey area’. Apa yang boleh dibuat, tak boleh buat. Apa kuasa
mereka, dan sebagainya dan masalah ini merupakan masalah sejak zaman British
lagi. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan Sabah
ketika ini. Dah lama dah. Sepatutnya sekarang, pindaan-pindaan ataupun
undang-undang patut dah lama dibuat tapi mereka tak buat apa. Mereka asyik
berdalih dan memberikan alasan sahaja. Kerana apa? Rampas tanah! Mereka asyik
mencari ‘loopholes’ dalam undang-undang lepas itu ekploitasikannya.
Jadi
yang jadi mangsa penduduk kampung yang dah duduk situ berapa generasi pun kita
tak tahu, dihalau. Tanah sudah kena angkat dengan syarikat-syarikat kroni.
Macam mana semua ini? Mengapa kita tak boleh bagi geran hak milik? Saya berani
berjanji bahawa sekiranya PR mentadbir Sabah maka kita akan memperbetulkan
semua ini dan menjuarai rakyat negeri Sabah .
Beratus ribu ekar tanah dirampas daripada rakyat Sabah
dan semua ini harus dihentikan. Beribu-ribu orang berjumpa saya tentang isu
ini. Rumah kena robohlah, kena halaulah, tak tau apa nak buat, menangislah, tak
boleh tanam sayurlah, semua masalah ini.
Bagaimana
peluang PR di Sabah dalam PRU ke-13?
Lim
Kit Siang mengatakan bahawa beliau mahu menjadikan Sabah, Sarawak
dan Johor sebagai negeri barisan hadapan. Ini kerana negeri-negeri ini diakui
sukar nak tembus. Oleh itu kita kena berusaha bersungguh-sungguh supaya
maltamat kita tercapai. BN tidak akan benar kita ‘have a good time’ untuk
merebut pertandingan kerusi. Mereka akan menggunakan semua cara untuk
memusnahkan kita. Hantar parti-parti kecil dan calon mereka supaya undi itu
pecah. Andai kata satu parti mengumumkan mereka mahu bertanding 40 kerusi. BN
akan tanya satu kerusi berapa (ringgit)? 40 kerusi darab RM500,000 hanyalah
RM20 juta. RM20 juta untuk menawan satu negeri amat murah! Jadi hantar lagi
satu parti, hantar lagi satu parti, jadilah pertandingan 5 penjuru. Kalau kita
tidak jaga semua ini, habis wayang.
Mereka
asyik nak memfitnah DAP. Mereka akan berkata, DAP parti Semenanjung, DAP itu
parti Cina, adakah rakyat akan percaya? Memang ada yang akan percaya, tambahan
pula ada gula-gula. Pemberian RM500 baru-baru ada kesannya. Tapi kita kasi tahu
rakyat, BN kasi anda RM500 sekali sahaja menjelang pilihan raya, kita akan bagi
RM1,000 setiap tahun. Selama 55 tahun, mereka hanya berikan RM500 sekali ini,
tapi kita nak kasi mereka RM1,000 untuk setiap tahun. Bagaimana kita boleh
janji ini semua? Kerana kita tidak mengamalkan rasuah. Kita nak bina semula
kerajaan negeri Sabah , kasi ekonomi bangun
semula barulah kita hidup lebih baik.
Peluang
untuk menang pilihan raya bukannya tiada, tapi DAP, PAS dan PKR harus merunding
kerusi dengan baik. Dulu DAP bertanding sendiri, PKR bertanding sendiri, PAS
bertanding sendiri, tapi kini kita berkerjasama. Untuk kawasan-kawasan
tertentu, kita tahu siapa dia calon PR yang terbaik. Kita tak kisah dari parti
mana asalkan dia merupakan calon terbaik PR. Jika calon anda lagi baik dari
calon saya, saya akan berundur. Kita kena pakai format dan formula ini, baru
kita boleh menang. Kerjasama ini sangat penting dan kita harus sepakat dan
utuh.
Kit Siang
bilang sama saya, berikan saya 9 kerusi dari Sabah .
Sarawak 9 atau pun 10, Johor 9 ataupun 10,
lepas itu kita boleh berjaya menumbangkan BN sekali dan selamanya. Jika kita
berkerja keras, kita akan meretakkan Barisan Nasional.
Apakah
mesej saudara tentang pentingnya “ubah” kepada seluruh rakyat Sabah ?
Sepertimana
yang saya sebut tadi, rakyat Sabah menderita, rakyat Sabah
kecewa. Infrastruktur teramatlah teruk dan ini ditambahkan pula dengan
bermacam-macam masalah yang lain. Anak muda sudah lari tak mahu duduk Sabah . Belajar tinggi-tinggi, tak mahu balik.
Lama-kelamaan Sabah semakin tertinggal di
belakang. Ini yang kita tak mahu. Jika pengurus Sabah
itu baik, Ketua Menteri dan Menteri-Menteri, jika mereka baik, tak ada masalah.
Tapi lihatlah situasinya sekarang.
Jadi
kita kena tukar pengurus. Dulu di Sabah kalau pilihan raya kita lihat baju kena
tukar, tapi orangnya tidak bertukar. Pairin berapa kali? Yong Teck Lee ke, Musa
Aman ke, masih duduk sana !
Ini bukannya perubahan! Baju sudah tukar, parti sudah tukar, tapi orangnya
masih duduk atas sana .
Orang Sabah bukannya orang bodoh dan mereka
dapat melihat semua ini. Orang Sabah mahukan
perubahan. Kalau kita tak ubah, kita hanya menunggu kematian. Itulah situasinya
sekarang.
Oleh
itu kita kena sentiasa berkerja keras dan kita beruntung kerana kita mempunyai
barisan pimpinan di Sabah yang sememangnya
berkerja keras. Tapi saya ingin berkata pada rakyat, bahawa bukan sahaja PAS,
DAP dan PKR yang kena kerja kuat. Kamu semua juga kena berkerja dan berkempen
kuat-kuat. Ini bukan untuk DAP, PAS dan PKR. Kita hanyalah sebagai pencetus,
yang lainnya terletak pada anda kerana ini semua berkaitan masa depan kita
semua.
Saya
boleh pergi, pembantu-pembantu saya boleh pergi, tapi mana anda semua mahu
pergi? Jika kita tak mahu berkerja keras untuk masa depan kita, ambil RM500
dari BN dan puas hati, itu hak anda, tetapi anda harus menjawab pada diri
sendiri. Apabila kita memangkah seseorang (undi) maka dengan ini kita
menyerahkan hak kita dan tanggungjawab kepada beliau yang anda percaya itu.
Oleh itu pastikanlah anda meletakkan pangkah anda dalam kotak yang tepat.
Pilihlah orang yang anda percaya dan orang yang tidak akan mencuri dari anda. –
Roketkini.com
没有评论:
发表评论