Source: Roketkini.com
Oleh
Fairuz Azhan
31
March 2012
Saya
merasa terpanggil untuk menulis kerana setiap hari ada-ada sahaja fitnah
terhadap DAP dan para pemimpinnya. Meski pun dijelaskan berulang, meski pun
saman di mahkamah dimenangi, modal-modal fitnah yang sama diulang-ulang hingga
menjadi jelik dan bosan.
Dan
lebih memeranjatkan lagi adalah fitnah-fitnah ini didukungi oleh mereka yang
kononnya mengangkat diri mereka sebagai agamawan dalam UMNO. Sebagai contoh, Dr
Mashitah Ibrahim dalam artikelnya yang disiarkan oleh Sinar Harian bertarikh 30
Mac jelas melakukan beberapa fitnah terhadap DAP yang berniat jahat dan bermotifkan
politik.
Antaranya,
beliau mendakwa bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP menghentikan
sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, menghina Islam dan menjual
tapak masjid. Tak cukup dengan itu, beliau terus memfitnah DAP sebagai menolak
kedudukan istimewa orang Melayu.
Berpuluh-puluh
kali kesemua pekara tersebut telah dijelaskan berulang kali, namun
fitnah-fitnah yang sama dimainkan sehingga ia menjadi kebenaran yang
menyebarnya. Adakan fitnah menjadi akidah para pemimpin UMNO sekarang ini?
DAP
dengan jelas, sejak penubuhannya, telah mempertahankan Perlembagaan
Persekutuan. Berulang-ulang kali para pemimpin DAP menjelaskan bahawa tujuan
DAP ditubuhkan adalah untuk mempertahankan Perlembagaan dan semua yang termaktub
di dalamnya termasuk kedudukan istemewa orang Melayu, kedudukan raja-raja
Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu/Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Namun
demikian, demi politik, segalanya halal buat UMNO dan agamawan mereka.
Saya
fikir bahawa artikel-artikel yang terkandung dalam Roketkini telah menjelaskan
pendirian DAP tersebut banyak kali yang terbit dari mulut para pemimpin DAP.
Namun demikian, jika seorang agamawan boleh melakukan dan menghalalkan fitnah,
apakah contoh yang diberikan pada ahli-ahli UMNO yang lain?
Atau
pun sebenarnya manusia seperti Mashitah sudah tidak tahu yang mana hak dan yang
mana batil kerana jentera fitnah UMNO telah melakukan terlalu banyak fitnah
sehingga mereka tidak tahu yang mana fakta, yang mana auta?
Bagi
akhbar nasioanl seperti Sinar Harian, ruang yang adil perlu diberikan kepada
DAP dan Pakatan Rakyat untuk menjelaskan kebenaran. Jika tidak, akhbar itu akan
menjadi serpihan kepada lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia , yang
hanya berbekalkan kebencian kaum dan berasaskan fitnah semata-mata.
Agamawan
UMNO dan budaya fitnah
Tapi
kita mahu bertanya kepada golongan agamawan UMNO, bagi mereka apakah hukum
memfitnah orang lain? Kalau bagi umat biasa, ia adalah antara dosa yang paling
besar dalam agama, tapi bagi pemimpin UMNO, mungkin tafsiran mereka berlainan.
Di
mana suara agamawan UMNO ketika anak Lim Guan Eng yang tidak berdosa telah
difitnah dengan tuduhan yang amat keji oleh para pemimpin dan blogger pecacai
UMNO? Di mana agamawan UMNO tatkala wang baitulmal dan zakat diselewengkan oleh
pemimpin mereka? Di mana agamawan UMNO tatkala keluarga seorang menteri
menyeleweng RM250 juta wang amanah untuk ternak lembu bagi membekalkan daging
ekapda rakyat? Mereka hanya diam seribu bahasa.
Saya
melihat bahawa budaya fitnah ini hanya mekar di dalam satu kem politik sahaja
dan kem tersebut menghalalkannya. Fitnah itu merupakan satu-satunya
peluru buat UMNO-BN kerana tiada benda lain untuk dipromosikan kepada rakyat.
Mungkin
juga ia adalah satu taktik peralihan untuk mengaburi mata rakyat tentang
pelbagai masalah pentadbiran negara yang dicetuskan oleh mereka. Namun apakah
Islam menghalalkan fitnah untuk mengekalkan kuasa?
Pemimpin
UMNO ajar Melayu martabatkan fitnah?
Di
sebalik propaganda yang kononnya mengagungkan agama, para pemimpin UMNO dan
juak-juak mereka telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang
peliwat, kemudian dituduh Ketua Umum PKR itu sebagai penzina. Untuk menutup
pembohong, didakwa pula biseksual. Dan tidak menghairankan sekiranya esok lusa
beliau akan dituduh triseksual.
Sampai
bilakah kerajaan UMNO-BN akan menganggap rakyat Malaysia ini merupakan manusia yang
bodoh dan mudah diperbodohkan? Tidakkah mereka sedar bahawa tsunami politik
2008 adalah petanda rakyat sudah meluat dengan politik kotor, keji dan jijik?
Rakyat
dengan jelas sudah muak diperlakukan sedemikian dan inginkan keikhlasan dan
kejujuran tetapi yang jelasnya bahawa itu tidak mungkin sama sekali dengan
kerajaan yang sedia ada yang masih mahu mengawal kebenaran dan sejarah mengikut
acuan mereka.
Bagi
mereka yang benar-benar beriman, nyatakanlah kebenaran tanpa memilih bulu dan
hentikan memfitnah orang lain. Bagi mereka yang dianggap dan menganggap diri
sebagai agamawan UMNO, kembalilah kepada jalan agama yang sebenar.
Sila
jua beri pendapat ikhlas dan berjuang menentang penyelewengan, rasuah,
kronisme, penindasan dan kezaliman. Bukankah itu tuntutan agama? –
Roketkini.com
没有评论:
发表评论