Source: Roketkini.com
20
April 2012
Kerajaan dirayu untuk menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi Graduan Kelas Pertama antara tahun 2005 hingga 2009.
Ini
adalah kerana dasar pengecualian bayaran balik PTPTN yang dilaksanakan oleh
kerajaan disifatkan tidak berlaku adil terhadap graduan-graduan yang telah
berusaha gigih sehingga berjaya mendapat Kelas Pertama.
Rayuan
berkenaan dikemukakan menerusi sebuah memorandum yang ditandatangani oleh 214
orang mahasiswa dan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada hari ini oleh
beberapa orang graduan pemegang Ijazah Kelas Pertama.
Mereka
mengunjungi pejabat tersebut bersama dengan Setiausaha Kerja DAP Selangor Lau
Weng San.
Isu
ini timbul berikutan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi sendiri yang
mengatakan pernah membuat pengumuman bahawa mulai 2010, semua mahasiswa
yang berjaya peroleh Ijazah Kelas Pertama akan dikecualikan bayaran PTPTN
dimana pinjaman akan dianugerahkan menjadi biasiswa.
Dalam
memorandum yang dihantar, kumpulan graduan berkenaan berpandangan bahawa
Kementerian Pengajian Tinggi tidak bersikap adil terhadap mereka dan bersikap
sambil lewa melayani tuntutan mahasiswa dan mahasiswi yang mendapat Ijazah
Kelas Pertama untuk menukar pinjaman pelajaran mereka kepada biasiswa.
Merujuk
kepada memorandum tersebut, kumpulan pelajar ini juga pernah mengusulkan
perkara ini kepada pihak kementerian yang telah diajukan terus kepada Menteri
Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin pada 10 Januari 2012
beserta sebuah memorandum pada Februari 2012.
Malangnya,
sehingga hari ini kementerian tidak memberi apa-apa respons yang wajar dan kami
menemui jalan buntu. Mereka juga merayu kepada Perdana Menteri agar
memberi maklum balas segera dan jelas sama ada kerajaan akan menukar pinjaman
pelajaran mereka ini kepada biasiswa atau tidak.
Memorandum
yang ditandatangani oleh 214 orang mahasiswa ini berharap agar Kementerian
Pengajian Tinggi mengambil inisiatif segera untuk menyelesaikan masalah yang
tertangguh lama tersebut.
Isu
penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa masih belum selesai sehingga kini. Ia
termasuklah isu faedah 3% yang dikenakan terhadap pelajar.
Rekod
menunjukkan terdapat sekitar 8000 graduan ijazah kelas pertama dari IPTA dan
IPTS yang diiktiraf seluruh negara tidak menikmati pengecualian tersebut. –
Roketkini.com

没有评论:
发表评论