Source: Roketkini.com
10
April 2012
Biasanya
dalam mengejar gambaran umum atau the big picture, kita sering terlupa
perkara-perkara asas walau pun jelas ia tidak adil dan zalim.
Di
alam maya serta forum kedai kopi, umum sibuk melayan pandangan Datuk Seri Najib
Razak mengenai undi kaum Cina yang disiarkan secara langsung oleh NTV7 malam
tadi. Sudah tentu banyak pro dan kontra pendapat dalam membahaskan wawancara
Perdana Menteri tersebut.
Yang
sudah dilupakan ialah, walau apa pun janji Najib serta para pemimpin UMNO dan
Barisan Nasional untuk melakukan transformasi kononnya, media massa terus
berada dalam cengkaman parti pemerintah.
Najib
kempen untuk UMNO-BN melalui TV
Dalam
wawancara malam tadi, Najib bercakap lebih jauh daripada sekadar seorang
Perdana Menteri. Beliau jelas berkempen untuk UMNO-BN. Belum pun Parlimen
dibubarkan, Najib sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN telah mula berkempen
politik.
Bukan
sahaja malam tadi, malah, siri jelajah kempen UMNO-BN yang dilakukannya
mendapat liputan luas semua media massa, yang memberi gambaran jelas bahawa
sejak Merdeka hingga hari ini, media massa adalah milik parti pemerintah.
Tidak
akan ada wawancara TV yang sama untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr
Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Nik Aziz
Nik Mat, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Tidak
ada radio atau akhbar yang akan memberi ruang yang sama luas dan sama adil
kepada para pemimpin Pakatan. Malah, para pemimpin NGO seperti Bersih, gerakan
anti-Lynas dan Suaram tidak akan mendapat liputan yang adil, selain daripada
kutukan dan cacian pimpinan UMNO-BN serta para pecacai mereka.
Tidak
ada ruang sama sekali untuk Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP. Jika mana-mana
satu parti Pakatan disebut dalam media massa ,
ia hanya untuk mengutuk, mengecam dan memfitnah. Dan ia bukan sekadar Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO yang
berpura-pura sebagai media massa tetapi
diamalkan oleh semua media massa
yang ada di negara ini.
Budaya
ini hanya berlaku pada negara diktator komunis dan fasis. Bagaimana ia masih
boleh berlaku di negara yang kononnya demokratik seperti Malaysia ?
Walau
apa pun janji transformasi Najib, jelas media massa akan kekal di dalam tangan UMNO-BN buat
selama-lamanya jika gabungan pemerintah itu dipilih sekali lagi sebagai
kerajaan pusat.
Rakyat
akan terus disajikan dengan propaganda UMNO-BN tanpa mendapat penjelasan dan
penerangan daripada Pakatan Rakyat dan kumpulan-kumpulan masyarakat madani.
Segala korupsi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan fitnah akan terus
berleluasa jika UMNO-BN kekal sebagai kerajaan.
Jika
ada yang kurang cerdik yang menganggap penerbitan Harakah, Suara Keadilan dan
The Rocket sebagai tanda kebebasan media, mereka perlu dicerahkan bahawa semua
itu adalah lidah rasmi parti, dan bukannya media massa. Malah, kerajaan UMNO-BN
mengenakan syarat-syarat yang amat ketat terhadap mereka.
Jika
mahu keadilan dilaksanakan (walau pun secara negatif), maka semua media massa
perlu terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Harakah, Suara
Keadilan dan The Rocket, iaitu hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja
dan hanya boleh dijual kepada ahli-ahli parti sahaja. Oleh itu, kata orang
sekarang, jangan dibandingkan epal dengan oren.
Malah,
yang dikatakan transformasi Najib itu sendiri adalah satu bentuk propaganda
yang tidak boleh dibedah, diulas dan dikritik kerana, seperti mana yang
diamalkan oleh regim komunis dan fasis, media massa kini dan akan selamanya berada dalam
kawalan UMNO-BN.
Dilema
rakyat ialah menentukan sama ada mahu terus rela dibohongi pemerintah yang mahu
menutup segala kesalahan dan dosa terhadap rakyat, atau melakukan sesuatu yang
sepatutnya telah lama dilaksanakan – Ubah! – Roketkini.com
没有评论:
发表评论