Source: Roketkini.com
Oleh
Lim Guan Eng
16
April 2012
Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) maka berakhirlah satu era penindasan rakyat oleh Kerajaan BN. Berakhirlah
satu sejarah hitam buat negara kita, di mana sepanjang 52 tahun pelaksanaan ISA
dijangka lebih 10,000 orang mangsa telah ditahan tanpa bicara di bawah akta
tersebut.
Tetapi
adakah kita rakyat harus rasa gembira?
Saya
rasa ini bukannya masa untuk diraikan kegembiraan dengan membaca Al-Fatihah
kepada ISA kerana ia masih belum benar-benar meninggalkan tanah air Malaysia .
Di
samping itu keengganan kerajaan BN mengambil tanggungjawab ke atas kezaliman
yang diperlakukan ke atas mangsa-mangsa ISA dengan meminta maaf secara terbuka
atas tahanan tanpa bicara yang melanggari segala asas perikemanusiaan serta
lunas undang-undang hak asasi manusia dan due proses.
Sesetengah
mangsa yang tidak bersalah mahu pun berdosa terdiri daripada Timbalan Perdana
Menteri, Menteri-menteri, ketua pembangkang aktivis sosial dan rakyat biasa.
Apakah
kesalahan sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara selain daripada
menentang pemimpin BN yang rasuah dan menggugat monopoli kuasa rakus BN
daripada terus menindas rakyat?
Apakah
kesalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu
yang selalu ini menegakkan kedaulatan undang-undang dan sistem perlembagaan
beraja sehingga perlu merengkok dalam tahanan di bawah ISA tanpa bicara dan
dituduh melakukan kesalahan dengan sewenang-wenangnya tanpa bukti langsung?
Malah
mereka yang buat tuduhan palsu bukan sahaja tidak dikenakan tindakan sebaliknya
dinaik pangkat dan diangkat ke jawatan yang tinggi.
Sebagai
seorang bekas orang tahanan ISA, saya tahu secara peribadi daripada pengalaman
pahit macam mana ISA ini boleh disalahgunakan.
Bila
saya ditahan dalam 1987 di bawah Operasi Lallang, saya hanya berumur 26 tahun
dan baru dipilih sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka.
Dalam
umur yang begitu mentah ini, saya dituduh mengancam keselamatan negara sehingga
boleh mencetuskan negara menjadi huru-hara sekiranya saya masih bebas. Kalau
begitu dengan umur saya sekarang menjangkau 52 tahun, bukankah saya lagi
mengancam?
Proses
60 hari “solitary confinement” (dikurung berseorangan) sukar dilalui kerana
nyawa kita terletak di bawah tangan seorang dua pegawai polis yang boleh buat
apa-apa pun secara suka hati ke atas saya. Saya dipersoalkan mengapa menentang
Perdana Menteri Malaysia ,
adakah saya mahu dibebaskan dengan syarat saya mengaku atau bertaubat di depan
kaca mata televisyen bahawa saya terlibat dalam kegiatan subversif dan
dianiayai secara mental.
Saya
diletakkan di dalam sebuah bilik berwarna biru habis tanpa cermin dengan sebuah
kipas tidak bergerak dengan 4 cangkuk besar. Saya tidak dibenarkan tidur lebih
24 jam dengan dipaksa duduk di atas bangku dengan pegawai polis berteriak ke
dalam telinga saya setiap kali saya nak mengantuk untuk memaksa saya
“bertaubat”.
Saya
sudah dikira bernasib baik kerana tidak dipukul dan dibelasah dengan ganas
macam berlaku ke atas YB Ketua Pembangkang dan ramai rakan-rakan lagi.
Sebagai
peneraju dan pewaris ISA, adakah BN bersedia meminta maaf secara terbuka ke
atas semua mangsa-mangsa kezaliman. Selagi BN enggan berbuat demikian susah
untuk menemui penutupan atau “closure” dan menimbulkan keraguan bahawa
pemansuhan ISA hanya permainan silap mata untuk menyembunyikan muslihat jahat
BN nak meneruskan ISA dalam bentuk dan rupa lain (in in different guise and
form).
Untuk
siapa ISA diperkenalkan?
Hakikatnya,
kita harus mengingati bahawa ISA ini sebenarnya telah diwujudkan sebagai
langkah pencegahan komunis di Malaya dan kemudiannya Malaysia pada zaman darurat.
Perdana
Menteri Malaysia
yang pertama, Tunku Abdul Rahman sendiri telah berkata bahawa:
“ISA
yang telah diperkenalkan pada tahun1960 telah dirancang untuk digunakan
semata-mata untuk melawan komunis…Sayadan para jemaah menteri saya telah
berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa besar yang diberi
kepada kerajaan di bawah ISA tidak akan digunakan untuk menyekat pembangkang
yang sah.”
Sekiranya
apa yang dikatakan Bapa Kemerdekaan kita ini benar, maka ISA sepatutnya
dimansuhkan selepas tamatnya pemberontakan senjata komunis secara rasmi pada
tahun 1989 dengan perjanjian damai di antara Parti Komunis Malaya ditandantangani
dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor di Haadyai pada 2 Disember 1989.
Ini
kerana tujuan utama undang-undang ini diperkenalkan sudah tidak lagi relevan.
Tanpa ada lagi ancaman komunis, ISA seharusnya tidak diperlukan lagi. Namun,
ISA diteruskan sebagai senjata ke atas musuh politik BN yang menentang BN
secara aman dan berlandaskan Perlembagaan.
Sejarah
hitam ISA harus dikuburkan buat selama-lamanya, dan ini tidak akan berlaku
selagi Kerajaan tidak mengambil langkah untuk meminta maaf dan memberi jaminan
bahawa undang-undang kuku besi seperti ISA tidak akan diulangi lagi, mahu pun
secara tidak langsung.
Selagi
Kerajaan tidak meminta maaf, selagi itulah hantu ISA akan membayangi legasi
mereka. Ini jelas tertera secara langsung atau tidak dalam tiga rang
undang-undang (RUU) yang dibentangkan untuk menggantikan ISA, iaitu RUU
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah
(Pindaan) 2012 dan RUU Kanun Keseksaan(Pindaan) 2012
ISA
sudah mati, hidup semangat ISA?
Hakikat
ini dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri dua hari lepas bahawa “The new law
replacing the Internal Security Act (ISA) will not hamper the abilities of the
Royal Malaysia Police (PDRM) to protect the safety of the public”.
Dengan
kata lain, pihak polis masih mempunyai kuasa sama ada adanya atau tidaknya ISA
seperti mana yang termaktub dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang
membolehkan sesiapa ditahan untuk apa tujuan pun.
RUU
ini pada permulaannya menyebut bahawa “tindakan telah diambil dan tindakan
lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia ”,
sebagaimana yang disenaraikan.
Siapakah
kumpulan besar itu, dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil dan yang
diancam? Saya rasa bahawa hendaklah diberitahu terhadap kumpulan manakah RUU
ini ditujukan, kerana hanya selepas itu bolehlah Dewan yang Mulia ini
(Parlimen) meneliti dengan baik RUU ini.
Pada
mukadimah RUU ini adalah disebut bahawa, dengan izin: “action has been taken
and further action is threatened… to procure the alteration, otherwise than by
lawful means, of anything by law established”.
Inilah
satu contoh penggubalan undang-undang secara “cut-and-paste”. Sepatutnya, “anything”
(apa-apa sahaja) itu hendaklah merujuk kepada “something” (sesuatu) atau “certain
things” (perkara-perkara khusus) yang sudah diketahui. Ancaman yang dirujuk,
adakah ia benar-benar wujud atau hanya dalam khayalan kerajaan sahaja?
RUU
ini dicadangkan untuk digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan,
yang membenarkan undang-undang khas diperbuat bagi tujuan menentang tindakan
subversif walau pun undang-undang itu bertentangan dengan hak-hak asasi yang
dijamin oleh Perlembagaan.
Kita
semua tahu bagaimana lagi satu Akta yang digubal di bawah Perkara 149, yakni
ISA yang sepatutnya bertujuan untuk menentang kempen keganasan Parti Komunis
Malaya, tetapi telah disalahgunakan oleh kerajaan BN untuk menzalimi dan
menganiayai rakyat Malaysia yang tidak bersalah walau pun kempen komunis itu
telah tamat lebih daripada 23 tahun lalu, pada tahun 1989.
Hak
asasi rakyat terus dicabul oleh kerajaan BN
Sebenarnya,
Perkara 149 pada asalnya hanya membenarkan undang-undang khas diperbuat untuk
setahun sahaja. Jika ia tidak dilanjutkan setiap tahun, maka undang-undang khas
itu seharusnya luput.
Demikianlah
perlindungan yang wujud di bawah Perlembagaan zaman Merdeka, tetapi kerajaan
Perikatan dan BN telah meminda Perlembagaan kita untuk menghapuskan
perlindungan hak-hak rakyat. Jika Kerajaan benar-benar patuh kepada semangat
Perlembagaan dan hak-hak rakyat, RUU ini harus dipinda supaya ia luput jika
tidak diperbaharui setiap tahun oleh Parlimen.
Fasal
4 RUU ini membenarkan pihak polis untuk menahan seseorang bagi tempoh selama 28
hari tanpa bicara dan tanpa dibawa ke hadapan majistret. Fasal ini amat bahaya.
Perkara
5(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa: “Jika seseorang ditangkap
dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak
munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh 24 jam…dibawa ke hadapan
majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa
kebenaran majistret itu.”
Dengan
Fasal 4 ini, hak asasi yang dijamin oleh Perkara 5(4) Perlembagaan Persekutuan
adalah dirampas dan dicabuli. Jika mana-mana orang boleh ditahan selama 28 hari
tanpa dibawa kehadapan majistret, manakah jaminan bahawa orang itu tidak akan
dibelasah dan diseksa polis selama tempoh itu?
Siapakah
yang boleh tahan diseksa selama 28 hari? Dalam masa satu bulan orang tahanan
boleh dibelasah sampai lebam, dan selepas itu ditahan sehingga lebam itu pudar.
Sekurang-kurangnya,
seseorang yang ditahan patut dibawa ke hadapan majistret selepas 24 jam
pertama, dan selanjutnya selepas setiap 7 hari yang berlalu.
Mengapakah
kerajaan dan pihak polis begitu takut membawa orang tahanan ke hadapan
majistret? Bagaimanakah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan boleh
diketepikan dengan begitu senang?
Bagi
orang tahanan yang mampu mendapat perwakilan peguam dan mampu menyaman pihak
polis, memang tindakan mahkamah boleh diambil terhadap polis sekiranya kuasa
tahanan disalahgunakan.
Namun
realitinya, lokap dan penjara-penjara di seluruh negara kita penuh dengan orang
tahanan, termasuklah pemuda-pemuda bawah umur, yang tidak mampu mendapat
perwakilan undang-undang.
Oleh
sebab itu, penyeliaan badan kehakiman adalah mustahak. Sekali lagi, saya ingin
tanya, mengapakah kerajaan dan pihak polis begitu takut membawa orang tahanan
ke hadapan majistret?
Tanpa
penyeliaan badan kehakiman, kami rasa bahawa pihak polis boleh melanjutkan
tempoh tahanan orang tahanan selepas akhir 28 hari, dengan membebaskan dan
menahan semula orang tahanan itu selepas setiap 28 hari, seperti yang sering
dilakukan di bawah ISA.
Dengan
ini, tempoh tahanan itu boleh dilanjutkan bertahun-tahun tanpa had. Bolehkah
Menteri memberi jaminan bahawa tempoh tahanan 28 hari itu tidak boleh
dilanjutkan secara membebaskan dan menahan semula orang tahanan?
Hanya
untuk lindungi kerajaan BN
Bahagian
IV RUU ini memberi kuasa kepadaPendakwa Raya berkenaan dengan kes-kes yang
melibatkan “maklumat sensitif”.Pentakrifan “maklumat sensitif” ini amat luas,
dan merangkumi apa-apa dokumen,maklumat dan bahan yang berkaitan dengan Jemaah
Menteri dan jawatankuasanya atau yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara,
pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa, sama ada bahan itu
dikelaskan sebagai rahsia atau tidak.
Pentakrifan
ini adalah terlalu luas, dan nampaknya adalah bertujuan melindungi kepentingan
kerajaan dan bukan kepentingan awam atau kepentingan negara. Keperluan menjamin
keadilan perbicaraan tidak disebut sama sekali dalam Bahagian ini.
Menteri
patut menjelaskan sama ada mahkamah mempunyai budibicara untuk menolak
permohonan Pendakwa Raya di bawah fasal 8 jika perlu untuk menjamin keadilan
perbicaraan. Ini hanyalah satu contoh peruntukan dalam RUU ini yang tidak adil
dan tidak wajar.
Kalau
dilihat secara keseluruhan, semua peruntukan-peruntukan RUU ini jelas bertujuan
untuk membolehkan kerajaan menyabit dan memenjarakan sesiapa sahaja atas
kesalahan keselamatan dengan bukti yang direka-reka.
Bukti-bukti
BN cengkam hak asasi
Fasal
8 RUU ini membolehkan Pendakwa Raya menyembunyikan fakta-fakta yang menunjukkan
bahawa orang dituduh itu tidak bersalah atasalasan maklumat itu sensitif.
Fasal
14 membolehkan bukti diterima daripada saksi yang menyembunyikan identitinya
daripada pihak tertuduh. Fasal 18 membolehkan penyata yang kononnya
dibuat oleh orang yang mati, hilang atau tidak dapat hadir ke mahkamah diterima
sebagai bukti.
Fasal
19 membolehkan orang dituduh disabitkan kesalahan atas testimoni kanak-kanak
yang tidak disokong.
Fasal
20 membolehkan apa jua dokumen yang kononnya disita oleh polis, walaupun secara
menyalahi undang-undang,diterima sebagai bukti.
Fasal
22 membolehkan senarai dokumen atau benda yang kononnya disita oleh polis
diterima sebagai bukti kewujudan dokumen atau benda itu walau pun dokumen atau
benda itu tidak boleh dikemukakan di mahkamah.
Fasal
23 membolehkan eksibit yang dikatakan sensitif tidak dikemukakan di mahkamah
tanpa menjejaskan kes pendakwaan.
Fasal
25 membolehkan apa jua dokumen yang dibuat dengan komputer diterima sebagai
bukti.
Fasal
26 membolehkan testimoni rakan sejenayah dan polis yang memprovokasi tindakan
kesalahan itu diterima sebagai bukti.
Fasal-fasal
13 dan 30 pula membolehkan orang dituduh ditahan bertahun-tahun walaupun ia
belum disabitkan kesalahan atau didapati tidak bersalah oleh mahkamah, sehingga
habis rayuan terakhir.
Sungguh
pun hak orang yang ditahan boleh menuntut perbicaraan selepas 28 hari tetapi
berkemungkinan tidak dapat menikmati kebebasan kerana Fasal 30(1) menyatakan
boleh terus direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan
terhadap pembebasan tertuduh itu oleh Pendakwa Raya dan semua proses
undang-undang ditamatkan.
Mengapa
BN mahu terus mangsakan rakyat
Menteri
perlu menjelaskan, apakah kaitan khas antara kesalahan keselamatan dan
testimoni kanak-kanak?
Apakah
saksi yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan lebih sering mati atau hilang
(mungkin kerana diletup dengan C4), kalau berbanding dengan kes-kes yang lain?
Apakah
cetakan dari komputer lebih boleh dipercayai dalam kes kesalahan keselamatan? Mengapakah
kes kesalahan keselamatan harus lebih senang dibuktikan jika dibandingkan
dengan kes bunuh atau kes rogol?
Ini
semua menunjukkan bahawa undang-undang di negara kita tidak digunakan untuk
melindungi rakyat, malah untuk melindungi kerajaan.
Badan
Peguam Malaysia juga telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap RUU ini,
termasuk sama ada RUU ini patut digubal di bawah Artikel 149 jika syarat-syarat
perlindungan memadai, definisi “kesalahan keselamatan” yang terlalu luas,
kekurangan pengawasan kehakiman atas penahanan serta penyekatan atas
komunikasi, kekurangan perlindungan atas komunikasi peguam-pelanggan, dan yang
paling penting sekali keberlainan dengan peraturan-peraturan biasa berkaitan
perbicaraan jenayah.
Selagi
bayang-bayang, sisa dan saki-baki ISA masih wujud dalam RUU Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)
2012 dan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012, maka ia akan mengujudkan ketakutan
di kalangan orang ramai terhadap kerajaan yang bersedia menggunakannya untuk
niat dan hasrat politik mereka.
Ingatlah
kata-kata tokoh Amerika, Thomas Jefferson:
Apabila
rakyat takut kepada kerajaan, wujud pemerintahan kuku besi
Apabila
kerajaan takut kepada rakyat, wujud kebebasan.
Pemansuhan
ISA tidak bermakna kerana kuasa tahanan luasnya digantikan dengan tiga RUU. Oleh
itu DAP menyokong pemansuhan ISA tetapi menentang kesemua tiga RUU yang
dibentangkan bersama ini. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论