Source: Roketkini.com (Wawancara)
16
April 2012
Boleh
saudara ceritakan serba sedikit latar belakang saudara sebelum menceburi bidang
politik?
Saya
merupakan graduan ijazah dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dalam
bidang Sains tahun 2008. Selepas itu saya bekerja sebagai wartawan untuk dua
bulan kemudian sebagai pembantu penyelidik bagi Unimas. Selepas tiga tahun,
kontrak saya tamat dan saya mengikuti program Guru Sandaran Tidak Terlatih
(GSTT) selama enam bulan.
Setelah
itu saya sempat bekerja sambilan sebelum diperkenalkan kepada saudara Chong
Chieng Jen. Apabila ditemuduga, YB Chong melantik saya sebagai Pembantu Khas
beliau.
Boleh
saudara ceritakan serba sedikit mengapa saudara memilih DAP sebagai wadah
perjuangan saudara?
Ini
adalah kerana saya percaya kepada dasar DAP sendiri yang memperjuangkan hak
setiap warga Malaysia .
Sebab kita melihat bahawa Malaysia
ada banyak bangsa tetapi tidak semua bangsa yang ada di Malaysia ini
diberi layanan sama rata. Jadi itu adalah salah satu keypoint yang menarik
perhatian saya.
Sebab
jika kita dalam sebuah keluarga pun, kita boleh berkahwin lain-lain
(kaum)…realitinya, dalam politik kita tidak dilayan sama rata. Itu yang tidak
memuaskan hati saya…betul-betul tidak puas hati.
Apakah
aspirasi dan harapan peribadi saudara yang boleh dicapai apabila menyertai DAP?
Saya
berharap walau pun tidak menjadi calon (pilihan raya), saya dapat meneruskan
perjuangan saya bersama DAP untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia , termasuk untuk kaum Bidayuh di Mas
Gading yang terlalu ketinggalan dalam konteks pembangunan di Malaysia .
Sebagai anak Malaysia
berketurunan Bidayuh, saya mahu sampaikan hasrat ini untuk mereka.
Apakah
bidang tugas dan peranan saudara dalam DAP Sarawak ?
Peranan
saya buat masa sekarang adalah Pembantu Khas untuk YB Chong, saya ditugaskan
untuk mengendalikan pusat khidmat rakyat Kota Sentosa. Setiap hari, selesai
saja tugas di Kota Sentosa mendengar aduan masyarakat dan lain-lain, dalam jam
3 petang saya akan bergerak ke kampung-kampung.
Apakah
perkara yang saudara lakukan ketika melawat kampung-kampung ini?
Di
kawasan Mas Gding tidak banyak rumah panjang. Jadi saya pergi terus ke rumah,
dari pintu ke pintu. Banyak cabarannya…ada yang tak mahu buka, ada yang duduk
di hadapan pintu…bila nampak kami mereka lari masuk ke dalam rumah.. macam mana
pun, saya … kami cuba untuk
dekati setiapindividu dalam kampong tersebut… bagi risalah, yang berkaitan
kampong tersebut, bagi akhbar Rocket… cuba untuk menjelaskan apakah yang
diperjuangkan DAP.
Apa
pesanan saudara khususnya untuk warga Sarawak sama ada yang berada di sana mahu pun yang di
perantauan?
Untuk
warga Sarawak yang tinggal di Sarawak , saya
harap kali ini mereka boleh membuat perubahan besar dengan mengundi DAP…
Pakatan Rakyat… sebab kali ini kita punya peluang sangat besar untuk
melakukan perubahan.
Untuk
warga Sarawak yang berada di perantauan, saya
harap mereka boleh balik untuk mengundi atau jika tidak dapat balik sekali pun
sekurang-kurangnya mereka boleh menyampaikan pesanan ini kepada kaum keluarga
mereka di kampung. Pesanan penting dari anak-anak kepada ibu bapa mereka
dikampung supaya tukar undi mereka kepada Pakatan Rakyat.
Saya
juga harap seluruh warga Malaysia
akan bersatu hati kali ini, tanpa mengira dari negeri mana. Kita semua adalah
satu bangsa yang perlu berubah. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论