Source: Roketkini.com
Oleh
Hafiz Zainuddin
11 April 2012
Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mula menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan?
Pemansuhan PTPTN dan kutipan tol lebuh raya serta memperkenalkan gaji minima adalah sebahagian daripada tawaran Pakatan Rakyat jika menerajui kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Banyak lagi tawaran yang akan membahagiakan hidup kita.
Sebagai rakyat, kita akan lebih selesa, mewah dan sangat bersyukur sekiranya ia dilaksanakan. Malah bukan tawaran ganjaran ekonomi sahaja, malah pembersihan sistem dan nilai yang semakin pupus di bawah pemerintahan UMNO-BN yang selama ini semakin terpisah daripada rakyat.
Apakah kita sudah lupa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala yang meramalkan
Ia secara langsung membuktikan segala dakwaan Pakatan Rakyat selama ini adalah tepat. Lihat sahajalah Laporan Ketua Audit Negara yang berkaitan salah tadbir urus wang negara hingga menyebabkan kerugian akibat boros dan rasuah. Pendedahan laporan ini membuatkan pimpinan UMNO-BN tidak keruan.
Jaminan kehidupan lebih baik
Benar.
Ini belum lagi ditambah dengan pembongkaran ketirisan wang keluar negara yang berjumlah sekitar USD291 bilion (bersamaan dengan sekitar RM1 trilion!) Pengembalian aset ini kepada negara sudah cukup untuk melaksanakan bukan sahaja tiga tuntutan seperti mana di atas malah lebih banyak dari itu.
Kenapa ini berlaku? Mana ketelusan dan integriti kerajaan UMNO-BN di sebalik kempen propaganda 1Malaysia yang melenyapkan jutaan ringgit wang rakyat? Sepatutnya hasil negara dan cukai-cukai yang dikenakan sejak puluhan tahun akan menambahkan pendapatan negara tetapi ia berlaku sebaliknya.
Nampaknya, kerajaan UMNO-BN merasakan tawaran Buku Jingga mengancam kedudukan mereka. Ini kerana tawaran bernas Buku Jingga bersandarkan dengan fakta yang kukuh: negara sebenarnya mampu.
Negara miskin dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat seperti
Semakin para pemimpn UMNO-BN menempelak tawaran Buku Jingga, semakin pekung mereka terbongkar. Rakyat sudah semakin muak dengan mainan politik mereka. Perubahan harus berlaku. – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/04/11/buku-jingga-ancam-keselesaan-kuasa-umno-bn-oleh-hafiz-zainuddin/

没有评论:
发表评论