Source: Roketkini.com
Oleh
Hafiz Zainuddin
24
April 2012
Sejak
sekian lama pilihan raya, rakyat memilih Perikatan dan kemudiannya Barisan
Nasional. Pilihan itu biasanya atas sebab ‘dah biasa’ atau ‘selesa’ atau
‘keturunan’, atau agak ramai juga melakukannya kerana ‘keyakinan’.
Persoalannya, apakah keyakinan tersebut berpandukan kepada nilai-nilai yang benar atau kita istilahkan sebagai kebenaran? Atau mungkin kita tidak memilih kebenaran kerana kebenaran itu pahit? Mungkin juga kerana alah bisa, tegal biasa?
Persoalannya, apakah keyakinan tersebut berpandukan kepada nilai-nilai yang benar atau kita istilahkan sebagai kebenaran? Atau mungkin kita tidak memilih kebenaran kerana kebenaran itu pahit? Mungkin juga kerana alah bisa, tegal biasa?
Jika
kita mengundi BN, mungkin pada mulanya kita boleh berbangga dengan projek Port
Klang Free Trade Zone (PKFZ) yang sepatutnya mampu memajukan ekonomi negara
dalam satu jangka masa tertentu.
Tetapi
sebagai penyokong BN, apakah kita ambil pusing terhadap penyelewengan yang
berlaku sehingga RM12 billion ringgit wang kita? Yakni wang hasil cukai yang
kita bayar setiap hari seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan apabila
makan burger di restoran makanan segera, cukai atau caj membeli kereta, membeli
rokok dan sebagainya.
Sebagaimana
firaun di zaman Mesir purba yang membina istana dan piramid sebagai simbol
kekuatan dan kekuasaan, ia juga banyak dilakukan oleh kerajaan-kerajaan moden
termasuk Malaysia
untuk menunjukkan keangkuhan kepada rakyat tentang siapa yang memegang tampuk
kuasa.
Mana-mana
negara fasis dan yang menganggap diri sebagai kuasa besar, cuba
menggambarkan diri sendiri sebagai yang terbaik dan terhebat dengan pembinaan
loji nuklear, bangunan tertinggi, menara berkembar tertinggi, monumen-monumen
pemimpin dan sebagainya.
Semuanya
tidak lain adalah untuk meyakinkan rakyat, menunjukkan bahawa negara dalam
keadaan stabil dan kuat, menggamit pelabur asing mahu pun menggerunkan musuh.
Mekanisme yang serupa juga digunakan oleh BN bagi menggambarkan sesuatu dengan
harapan mendapat simpati dan keyakinan rakyat.
Membina
keyakinan tanpa material
Kejayaan
Pakatan Rakyat menang besar pada pilihan raya umum 2008 merupakan satu kejutan.
Simbol kepada perubahan. Dari itu kita tahu bahwa rakyat boleh saja memilih
selain dari parti turun temurun Barisan Nasional untuk meneraju kerajaan.
Apa
pun, perubahan berlaku. Pertukaran keyakinan boleh dan telah pun berlaku. Hasil
kejayaaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan,
rakyat di negeri-negeri ini menikmati kemakmuran yang lebih di samping urus
tadbir negeri dan wang negeri yang telus dan memberangsangkan.
Tidak
boleh dinafikan. Urus tadbir yang telus tidak dapat dibuktikan dengan pembinaan
banyak bangunan atau kejayaan projek ternakan udang mahu pun lembu. Ia amat
bersangkutan dengan komitmen, polisi dan nilai yang dipegang oleh sesebuah
kerajaan.
Salah
satu contoh terbaik adalah kejayaan Pulau Pinang dengan dasar C.A.T
(cekap, akauntabel dan telus) yang diamalkan. Sebab itu ‘nilai’ sangat
penting. Dengan nilai, keyakinan baru akan terbentuk diluar kerangka material
dan sudah pasti ianya jauh lebih menjimatkan wang!
Soal
keyakinan ini perlu jelas. Tidak semestinya BN yang kita yakini selama ini
mampu melakukan yang terbaik. Dan tidak semestinya Pakatan Rakyat yang
dimomokkan dengan tuduhan negatif melalui media massa yang dikawal sepenuhnya oleh BN, tidak
boleh menjadi sebuah kerajaan yang jauh lebih baik.
Ketelusan
dan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri telah terbukti biar pun diganggu
gugat oleh ejen-ejen BN dari luar mahu pun dalam.
Sekiranya
prinsip keadilan dan tanggungjawab ditekankan, maka, tidak timbul soal
diskriminasi dan penindasan. Itulah asas paling mendasar dalam perjuangan
Pakatan Rakyat yang amat dicemburui Barisan Nasional.
Bagaimana
nilai dan keyakinan baru terbentuk?
Persoalan
paling asas adalah, apakah dengan adanya Jabatan Audit Negara, maka wang negara
milik rakyat tidak akan bocor? Apakah dengan adanya subjek Pendidikan Moral
atau Pengajian Agama di sekolah maka pelajar-pelajar sekolah akan menjadi ‘bermoral’
dan ‘berakhlak’ serta baik? Apakah dengan adanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) maka rasuah tidak akan berlaku?
Jawapannya
sama sekali tidak. Ia merujuk kepada komitmen sesebuah kerajaan dan berbalik
kepada bagaimana sesebuah masyarakat merubah pandangan mereka terhadap sesuatu
perlakuan misalnya.
Jadi,
kalau dulu kita meyakini BN untuk membangunkan negara, mungkin jawapannya
adalah “ya”. Mungkin secara tipikal kita menjawab, “Mana-mana kerajaan sekali
pun seperti kerajaan negara China
yang berfahaman komunis, mereka lebih membangun dan maju dari kita…”. Malah di
China, perasuah boleh dihukum mati dan telah pun ada yang dihukum mati.
Jadi
bagaimana dengan amalan rasuah yang menjadi budaya kepimpinan Barisan Nasional
selama ini? Bagaimana amalan itu menjadi mainan para pemimpin UMNO yang menjadi
tulang belakang BN? Bagaimana mereka yang mengaku wira agama menjadi pemain
besar rasuah dan penyelewengan? Itu yang menjadi persoalan. Bagaimana besar pun
bangkai gajah ditutup, ia akan tetap berbau.
Berubah
dengan keyakinan matang
Keyakinan
mengatasi segalanya, perubahan boleh berlaku tanpa atau dengan nilai yang baik.
Jadi, kita punya pilihan. Percayalah, perubahan akan datang dengan nilai yang
baru.
Siapa
sangka Anwar Ibrahim disungkurkan secara dramatik oleh Mahathir Mohamad. Oleh
kerana beliau disingkirkan, maka ia membuka mata dan ruang baru bagi seluruh
rakyat Malaysia untuk berfikir.
Lebih-lebih
lagi tercetusnya era reformasi di mana kita dibongkarkan dengan pelbagai
penyelewengn dan salah guna kuasa yang wujud dalam kerajaan yang selama ini
didiamkan. Siapa yang menyangka pemecatan Anwar akan membuka dimensi baru?
Sebab
itu, kita perlu akur bahwa keyakinan baru akan wujud setelah berlaku perubahan.
Malah, perubahan yang jauh lebih indah daripada apa yang ada hari ini. Mungkin
ada antara kita masih belum melihat kejijikan yang ada dalam UMNO dan BN
sekarang kerana semua TV, radio dan akhbar hanya menonjolkan yang indah dan
cantik sahaja.
Namun,
seperti yang dicatat di atas, bangkai gajah tetap akan berbau juga walau
ditudung indah dengan berita dan laporan media yang amat berat sebelah dan
tidak adil. Apabila terdedah bau bangkai, mungkin ramai yang terkejut besar
dengan kemungkaran penyelewengan dan salah guna kuasa yang selama ini cuba diselindung
di sebalik nyiru yang bernama media massa.
Paling
tidak pun, buat permulaan hari ini, ramai antara kita perlu mencuci pinggan
mangkuk kita sendiri selepas makan. Kalau dibiarkan, ia akan membusuk dan lalat
akan menghurung. Maknanya kuasa perubahan ada di tangan kita. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论