Source: Roketkini.com
Oleh
Hafiz Zainuddin
27
April 2012
UMNO-BN
cipta masalah, kita yang tanggung sendiri
Esok
adalah hari kita berkumpul beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang adil,
bersih dan bebas. Berhimpun secara aman adalah hak demokratik rakyat Malaysia yang
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Malangnya
kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang masih menyangka ia adalah tuan besar kepada
semua rakyat enggan membenarkan perhimpunan aman BERSIH 3.0 diadakan secara
aman.
Selama
ini kita adalah rakyat yang sentiasa “terpaksa”. Terpaksa berhadapan dengan apa
sahaja dasar kerajaan UMNO-BN sama ada ia menguntungkan atau merugikan rakyat.
Untuk
itu berhadapanlah kita sendirian dengan kenaikan harga barang, jenayah,
kebanjiran warga asing tanpa izin, gaji yang tidak naik-naik, pengangkutan awam
yang semakin buruk, lambakan graduan menganggur dan sebagainya.
Ini
semua kita kena tanggung sendiri. Malah, ramai antara kita tidak sedar masalah
ini berpunca daripada pemerintahan yang korup dan zalim – korup kerana penuh
dengan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan; zalim kerana
segala kebobrokan ini tidak disiarkan dalam media massa – kerana dikawal oleh
kerajaan UMNO-BN – dan disembunyikan daripada kita yang sedang sengsara dengan
kesan tekanan ekonomi hasil kegagalan dasar dan pelaksanaan pemerintah.
Sebab
itu dasar kerajaan penting untuk kita ketahui. Ia sama pentingnya dengan
ketelusan kerajaan melaksanakan dasar tersebut. UMNO-BN terbukti tidak
melaksanakan dasar mereka – walau pun ada dua, tiga dasar yang baik – dengan
adil dan baik.
Apabila
datang pilihan raya, ramai antara kita yang lupa dengan kegagalan dasar-dasar
serta pelaksanaannya oleh kerajaan UMNO-BN. Kita lebih mudah digamit dengan
isu-isu warna kulit, isu-isu sentimen tertentu.
Dan
kita terus terjebak untuk memilih kerajaan yang sama berulang-ulang kali kerana
kita mudah menelan fitnah dan propaganda UMNO-BN yang disiarkan saban waktu di
kaca TV, di ruang udara radio dan di muka-muka akhbar yang semuanya mereka
kuasai sepenuhnya.
Telah
lama nenek moyang dan ibu bapa kita memberi peluang kepada UMNO-BN untuk
memerintah dan menyalahgunakan kuasa. Yang perit menanggung adalah kita.
Namun,
kita masih baik hati. Kita rayu UMNO-BN untuk berubah. Ada beberapa kerat pemimpin mereka berjanji
untuk berbuat demikian. Tetapi hingga saat ini, bukan sahaja janji dimungkiri,
malah mereka menjadi semakin zalim dan angkuh dengan kemabukan kuasa. Dan
mereka lakukan itu semua atas nama kaum dan agama.
Kasihan
kita
Kini
semakin ramai antara kita sudah sedar. Kita mahu buat perubahan. Kita sudah
tidak percaya lagi dengan janji-janji UMNO-BN.
Malah,
pimpinan UMNO-BN juga sedar hasrat murni kita sebagai rakyat. Maka itu mereka
memilih jalan yang lebih kotor. Selain menguasai media dan jentera kerajaan,
mere bertindak melakukan pelbagai penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihan
raya seperti penipuan undi pos, pengundi hantu, projek IC, mengubah pengundi,
dan sebagainya. Semua ini punya bukti yang kukuh.
Telah
lama kita idamkan sebuah negara yang adil, demokratik dan bebas.
Mungkin
ada yang berkata, apa yang tidak adilnya kerajaan? Negara ini aman dan kaya.
Tidak ada perang saudara, tidak hidup melarat penuh dengan pengemis
merata-rata, kata mereka.
Dari
satu sudut, ada logiknya hujah sedemikian walau teramat rapuh alasannya. Jika
benar kerajaan UMNO-BN itu baik, adil dan saksama, mengapa kita sendiri
merungut dengan kenaikan harga barang, marah dengan gaji yang tidak naik, sakit
hati apabila dikenakan cukai perkhidmatan, meluar bila kena bayar hutang PTPTN,
hutang kereta, hutang rumah, dan kecewa apabila tdiak mampu mendapat rawatan
perubatan yang sempurna?
Dalam
siksaan hidup sebegini, apakah ada antara kita yang tumpang gembira apabila ada
keluarga menteri boleh hidup mewah dengan menyalahgunakan wang rakyat yang
sepatutnya digunakan untuk menternak lembu? Daging lembu entah ke mana, rakyat
tak dapat cukup bekalan daging tapi keluarga menteri tersebut senang-lenang
dengan kondominium mewah, pasararaya di luar negara dan dapat pula tanah.
Begitu
juga dengan kononnya cerita cincin bernilai berjuta ringgit milik isteri
seorang pemimpin besar. Apakah kita seronok dan bangga dalam keadaan hidup kita
yang dihimpit tekanan hutang, pinjaman bank, wang saku anak-anak sekolah yang
semakin meningkat dan sebagainya?
Kita
selayaknya mendapat jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang. Segala
penderitaan dan masalah yang kita hadapi semua ini adalah akibat salah urus dan
penyelewengan kerajaan UMNO-BN. Kita sebagai rakyat kita perlu betulkan dasar
dan pelaksanaan ini.
Kita
perlu betulkan kerajaan. Kita kena bertegas kerana Malaysia adalah milik kita bersama.
Sebab itu kita kena cuci segala sampah-sarap yang ada dalam negara ini.
Tuntutan
BERSIH adlah tuntutan rakyat, bukan parti politik
Dengan
memenuhi segala tuntutan BERSIH, maka kita sebagai rakyat akan sedar bahawa
hanya kita sendiri yang mampu membuka ‘pintu’ untuk era baru tanpa perlu
mengharapkan janji-janji politik yang amat jarang ditunaikan.
Tuntutan
BERSIH:
1. Bersihkan senarai undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media yang bebas & adil
5. Tempoh berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Pilihan
raya yang bersih, adil dan bebas memang tidak mampu menjanjikan kehidupan yang
mewah dan makmur. Tetapi ia dapat menjanjikan titik permulaan ke arah keadilan,
ketelusan dan hak rakyat yang sebenar untuk menentukan hala tuju negara.
Demokrasi
bererti kuasa di tangan rakyat. Jika kuasa ini dibiarkan jatuh ke tangan orang
lain – segelintir elit pemerintah – selama itulah nasib kita seperti kerbau
dicucuk hidung.
Masa
telah sampai untuk kita melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan dahulu. Kita
sebagai rakyat telah lama bersabar. Dan selama itu juga kita hanya ditabur
janji-janji palsu dan fitnah.
Oleh
itu, demi Malaysia
yang demokratik dan sejahtera, kita harus raikan iltizam ini. Esok jam 2 di
Dataran Merdeka dan di mana-mana sahaja di bumi bertuah ini serta di seantero
dunia, ayuh! kita bersihkan Malaysia !
– Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/04/27/bersih-3-0-hak-milik-rakyat-malaysia-100-oleh-hafiz-zainuddin/

没有评论:
发表评论