Source: Roketkini.com
Oleh
Muhammad Ismail
23
April 2012
Warung
Kak Ana adalah warung yang menjual makanan tradisi seperti nasi lemak,
kuih-muih, lempeng kelapa dan lauk-pauk yang sangat enak dan boleh dinikmati
oleh seisi keluarga di Bangi.
McD
pula merupakan ‘kedai makan’ yang mempunyai cawangan di merata tempat. Sama ada
di highway, pusat membeli-belah, kawasan taman perumahan, kawasan
kampung, lapangan terbang dan di mana-mana sahaja yang menjadi tumpuan utama
masyarakat Malaysia
yang pemurah ini.
Kesimpulan
awal, McD menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia
berbanding Warung Kak Ana yang sentiasa terpinggir lagi dipinggirkan oleh
masyarakat Malaysia
yang terlalu asyik dengan kemajuan.
Warung
Kak Ana
Lokasinya
terletak di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Menjadi pilihan bagi anak muda yang
kool dan yang cenderung menjadi gagalist. Warung ini menjadi pilihan bagi
diskusi kecil-kecilan dan port anak muda di Bangi, untuk membincangkan isu-isu
semasa, membawakan artikel-artikel baru (khususnya tokoh-tokoh yang jarang
dikenali seperti Carl Smitt), diskusi cadangan PhD, juga strategi bermain bola,
strategi mengayat awek dan strategi mendedahkan kepincangan rejim yang
berkuasa.
Warung
Kak Ana adalah milik penuh Kak Ana, seorang Puteri UMNO dan ibu tunggal yang
mana dahulunya membuka warung di kawasan rumah pangsa kediamannya, tetapi
dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), kerajaan tempatan di bawah
pentadbiran negeri Selangor, berikutan desakan Ketua Blok Flat PKNS (yang juga
ahli UMNO cawangan Seksyen 2) disebabkan berlakunya pertelingkahan kepentingan
antara Ketua Blok dan Kak Ana.
UMNO
sesama UMNO bergaduh, kerajaan tempatan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat
yang merobohkan warung manakala anak muda dan penduduk setempat menjadi mangsa
ekoran kedai makan yang paling sedap, murah dan dekat telah dirobohkan atas
sebab-sebab teknikal.
McD
McD
atau nama berdaftarnya McDonald’s adalah sebuah perusahaan kapitalis berjaya
yang diuruskan oleh warga tempatan yang terdesak dengan pekerjaan, yang perlu
menyuapkan sesuap nasi untuk anak, isteri mahu pun suami yang menjadi suri
rumah sepenuh masa. Kewujudan McD di negara-negara terpilih merupakan suatu
mitos yang kononnya apabila adanya McD maka negara berkenaan maju jaya.
Justeru,
bagi meneruskan legitimasi menjadi pilihan populis dalam kalangan warganegara,
McD telah memberikan hak untuk penggunaan perkataan “Mc” ini apabila kalah di
mahkamah bagi penggunaan perkatan tersebut. Akhirnya “McCurry” dibenarkan
beroperasi dan kemunculan beberapa jenama tempatan yang turut sama menggunakan
perkataan seperti KFC (Kelantan Fried Chicken) dan (Kedah Fried Chicklen) yang
cukup sinonim di provinsi Bangi.
Tawaran
makan tengah hari McD serendah RM5.95 telah menyebabkan selera masyarakat di Malaysia
terhadap nasi mengalami penurunan manakala yang mengalami peningkatan pula
ialah cita rasa makanan segera yang dikatakan menyumbang kepada obesiti dan
penyakit-penyakit berkaitan seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit
jantung. (Memanglah nasi berlauk-pauk juga mampu menyumbang demikian jika
diambil berkali-kali sehari)
Sebagai
contoh, kos untuk makan tengah hari boleh mencecah melebihi RM10 sekali makan
(nasi = RM2, lauk ayam atau ikan atau daging = RM4 tidak termasuk udang mahu
pun sotong, sayur = RM2, minuman = RM2 dan keatas).
Sajian
McLunch McD (burger/ayam/bubur + kentang goring + air berkarbonat = RM5.95
tidak termasuk cukai). Justeru, hal ini telah menyebabkan permintaan dan
kemurahan harga yang diberikan menjadi pilihan bagi masyarakat warganegaranya.
Siapa
mendapat apa, bila dan bagaimana?
Pertembungan
Warung Kak Ana dan McD seharusnya menjadi teladan bagi semua lapisan
masyarakat. Hal ini berlaku disebabkan 3 sebab yang boleh difikir oleh
mahasiswa tahun 1 di IPTA.
Pertamanya,
Kerajaan Yang Tidak Ambil Peduli.
Dalam,
hal ini kerajaan terlepas pandang terhadap peniaga-peniaga kecil seperti Kak
Ana dalam membantu merealisasikan hasrat, punca rezeki dan cita-cita mereka
untuk menjadi seorang peniaga. Seperti contoh, pihak berkuasa tempatan (sama
ada kerajaan Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional) seharusnya tidak mengambil
tindakan terburu-buru seperti mendenda dan merobohkan warung yang diusahakan
oleh Kak Ana yang menjadi sumber utama beliau menyara kehidupan keluarga yang
dihimpit dengan pelbagai masalah yang kita sendiri tidak tahu dan ambil peduli.
Lantaran
itu, pihak-pihak berkenaan seharusnya mencontohi apa yang berlaku di Indonesia
(tidak pasti provinsinya) apabila Hakim Marzuki menjatuhkan hukuman kepada
seorang nenek tua di atas kesalahan mencuri ubi kayu.[1] Apa yang pasti
undang-undang masih dipelihara dengan baik namun secara alaminya, undang-undang
itu bersifat mengawal dan bukan mengongkong.
Kes
ini seharusnya menjadi contoh teladan buat kerajaan dan masyarakat semua agar
nasib sebegini tidak terlepas pandang oleh semua pihak dan keadilan sosial
untuk semua juga haruslah ditegakkan. Masyarakat marhaen juga adalah
masyarakat. Tiada upaya untuk kita sisihkan apatah lagi tidak ambil peduli akan
nasib yang menimpa mereka.
Keduanya,
Pasaran Kapitalis Mencantas Peniaga Kecil Sederhana.
Berikutan
itu, ekonomi secara pasaran bebas secara tidak langsung telah menekan daya
saing dan upaya peniaga-peniaga kecil sederhana ini untuk mencari sesuap
rezeki. Seperti juga kelab bolasepak terkaya di dunia mahu pun di rantaunya,
Real Madrid dan Manchester City telah melumpuhkan hasrat kelab-kelab proletar
seperti West Ham United, Portsmouth,
Arsenal, Felda United, Shahzan Muda mahu pun Diskopi FC dan lain-lain yang
punyai cita-cita menjuarai liga, mendapatkan segulung sijil penghargaan dan
mendapatkan pemain yang berkualiti agar boleh bersaing secara sihat.
Namun
apa yang pasti, dominasi dan monopoli pasaran harga telah menyebabkan
golongan-golongan atau pasukan seperti ini terkesima bagaikan melukut di tepi
gantang. Apabila berlakunya dominasi dan monopoli di dalam pasaran, maka
persaingan di dalam pasaran menjadi tidak sihat dan pada pengakhirannya membawa
peniaga-peniaga kecil seperti Kak Ana gulung tikar.
Ketiganya, Permintaan
dan Penawaran.
Tawaran
McD serendah RM5.95 telah menyebabkan peniaga warung seperti Kak Ana dipinggirkan
masyarakat khususnya golongan-golongan berpendapatan tinggi dan golongan elit. Berdasarkan
hal ini, peniaga kecil seperti Kak Ana tidak dapat bersaing dengan sihat dengan
peniaga-peniaga lain disebabkan berlakunya permintaan dan penawaran di dalam ruang
pasaran pada hari ini.
Hal
ini baru sahaja melibatkan faktor permintaan dan penawaran dan belum lagi
diukur dengan faktor-faktor lain seperti iri hati pesaing, campurtangan oleh
tangan-tangan ghaib yang mungkin tidak diketahui, ketirisan parti politik yang
memegang kuasa mahupun keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan.
Permintaan
yang tinggi terhadap tawaran yang diberikan seperti McD bukan sahaja memberikan
impak terhadap pasaran ekonomi tetapi juga melibatkan peningkatan kadar
penyakit yang berisiko seperti obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan
keguguran rambut.
Mencari
penyelesaian yang tak selesai
Penulis
melihat bagaimana permulaan yang sesuai untuk memerihalkan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat marhaen seperti Kak Ana dalam meneruskan kehidupan
mencari rezeki, dan bagaimana pula nasib bagi seorang anak muda seperti
mahasiswa yang melaungkan slogan “Mansuhkan PTPTN”, “Berkhemah di Dataran
Merdeka” dan “Pendidikan Percuma” serta “Kerajaan Zalim” untuk meneruskan
kehidupan yang semakin kompleks ini.
Jadi
dalam hal ini, penulis menemukan kebuntuan dengan kisah Antara Warung Kak Ana
dan McD untuk memulakan dan mengakhirkan cerita di samping dapat memikirkan
apakah cara yang terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan ini.
Justeru,
penulisan ini memerlukan kritikan dan jalan keluar yang sewajarnya yang boleh
membimbing dan memberikan cahaya kepada Kak Ana dan mereka yang sebaris dengan
Kak Ana untuk mendapatkan ruang dan peluang sekaligus memberikan keadilan
sosial kepada mereka. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论