Source:
Roketkini.com
Oleh Lim Kit Siang
22 March 2012
Kebelakangan ini, wujudnya
petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat
pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini
akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara
kita ini.
Saya mencabar Najib Razak supaya memberikan
petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan
memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa
di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen
dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan
kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman.
Ini bermakna UMNO-BN tidak akan membuat
sebarang ugutan Mei 13, laungan perang “walau berkecai tulang dan juga badan,
walau bercerai jasad dari nyawa”, dan sebaliknya menjadikan PRU ke-13 “paling
bersih, bebas dan adil” setara dengan sebuah “demokrasi paling baik di dunia”.
Baru-baru ini, politik di Malaysia
menjadi semakin kasar dan kesat, termasuk di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini,
di mana dusta dan fitnah disebarkan tanpa sebarang sekatan atau rasa sesal.
Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang
lepas, fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah
dilontarkan terhadap saya, menuduh saya sebagai menghasut dan mencetuskan
rusuhan Mei 13 43 tahun yang lepas pada 1969.
Selama empat dekad ini, pihak polis,
pasukan keselamatan dan kerajaan tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang
mencetuskan rusuhan Mei 13 dalam tahun 1969, tetapi tiba-tiba saja, ada orang
tahu siapa yang mencetuskan rusuhan Mei 13 – dan saya telah didusta di Dewan
ini sebagai orang yang menghasut dan mencetus Mei 13, menerusi slogan-slogan
paling rasis di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
Hasilnya, semua dusta dan fitnah bahawa
saya telah menghasut dan mencetuskan rusuhan Mei 13, khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12
dan 13hb Mei 1969, telah disiarkan secara berleluasa di blog-blog kumpulan
cybertroopers UMNO.
Saya berada di luar Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Mei 1969
Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12
dan 13hb Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di
pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu
keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei
(hari Ahad).
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb
Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada
para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan
menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam.
Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.
Saya mungkin merupakan satu-satunya
wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan
rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihan raya kerana saya
telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb
Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ,
kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu
selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
Semasa saya berucap di rapat umum di
Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara
Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur .
Saya menjadi mangsa tahanan tanpa bicara
ISA
Menuduh saya sebagai menghasut rusuhan
13 Mei menerusi ungkapan-ungkapan perkauman dan kesat di jalan-jalan di Kuala
Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah yang paling tidak bertanggungjawab
dan keji sekali.
Dalam ucapan pertama saya di Parlimen
pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan daripada tahana ISA pertama saya,
serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan
Perlembagaan 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
Saya meminta suruhanjaya ini yang
keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam
bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, “mengenal pasti punca rusuhan
Mei 13” dan “membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum
Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia.”
Berikut adalah apa yang telah saya
katakan dalam bulan Julai 1969 semasa membalas penahanan saya di bawah ISA, dan
saya pasti rekod ini masih disimpan dalam arkib Kementerian Dalam Negeri:
“My every public statement and stand was
motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia . I
have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia . I
fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for,
without such a society, all Malaysians will suffer.
“I believe that the policy followed by
the Alliance is
not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity
transcending all racial language and cultural differences. I believe that the
only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless
of his race, language or culture, a stake in the political economic social and
cultural development of the country, where no group feels that ti is being
discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is
this philosophy which guided all my public actions and utterances.
“I also believe that the Malaysian
nation is going through a trauma with the tragic May, 13th disturbances and
that a special effort must be made to end the great damage inflicted by the
disturbances. Although the wounds of May, 13th may close, it may not heal. If
this the case then May 13th disturbances is only a prelude to worse
disturbances.
“In this task of reconciliation of the
races it will be a great mistake if the ruling part shoulders singly, or only
with superficial co-operation with opposition leaders and parties who have won
the confidence of the people.”
Saya adalah patriot Malaysia
Ini merupakan kenyataan sayang, setia,
komitmen, nasionalisme dan patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun.
Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini, khasnya
perisytiharan saya:
“My every public statement and stand was
motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia . I
have no other land as my home. I have children who are growing up in Malaysia and who are going to live in Malaysia . I
fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for,
without such a society, all Malaysians will suffer.”
Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia , menyumbang kepada pembangunan sebuah Malaysia yang
moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.
Pilihan raya umum yang seterusnya akan
merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia, menguji samasa kita berdaya
menjadi sebuah negara demokratik yang biasa, di mana semua rakyat Malaysia
menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan
menerusi peti undi.
Saya menjemput Perdana Metneri serta
semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk
membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriot Malaysia yang berupaya
bekerjasam dengan menubuhkan sebuah Suruhajaya Bersama untuk memastikan bahwa
PRU ke-13 ini akan merupakan pilihanraya yang paling bersih, bebas dan adil di
sejarah negara ini, sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri
kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik biasa. –
Roketkini.com
没有评论:
发表评论