Source: Roketkini.com
Oleh
Kasthuri Patto
27
March 2012
Gajinya
cuma RM800 sebulan. Ibunya menghidap katarak, isterinya pula mempunyai jantung
berlubang, beliau mempunyai 3 anak kecil dan yang paling bongsu merupakan anak
kurang upaya. Dengan hanya RM800, beliau kena buat segala-galanya.
Rumah
yang didiami dibayar secara silih ganti. Maksudnya, sebulan dia bayar rumah,
bulan kedua dia bayar bil. Beliau cuba untuk memusingkan wang
tersebut sebaik yang mungkin.
Saya
mendapat tahu bahawa terdapat seseorang di Pejabat Tanah Hulu Selangor yang
inginkan tanah dan rumah yang didiami beliau sekeluarga. Oleh kerana rekod
kurang baik pembayaran dan sebagainya, maka bank sememangnya mempunyai kuasa
untuk melelongkan rumah tersebut.
Beliau
bersusah payah mencari bantuan di sana
sini dan akhirnya datang kepada pejabat kami kerana tiada lagi tempat yang mahu
mengadu. Masa itu saya bekerja di pejabat Ronnie Liu yang merupakan Exco
Kerajaan Tempatan dan Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor.
Kita
telah pergi ke bank untuk membantu orang yang susah itu. Kita telah bertanya
kepada bank berapa yang perlu dibayar dahulu untuk mengelak rumah tersebut
daripada ditarik.
Tetapi
mereka enggan mendengar. Bank berkata bahawa Pejabat Tanah telah mengarahkan
kami menarik rumah tersebut dan kami hanya membuat dan menyediakan kertas
kerja.
Apabila
saya menyemak dengan Pejabat Tanah, mereka berkata kepada kita, “tiada sesiapa
boleh mengatasi undang-undang. Jika beliau tak bayar, maka bank akan memberikan
surat ”. Jadi
siapa yang berkata benar?
Saya
tidak datang dari latar belakang perbankan jadi saya tak tahu nak percaya pada
siapa. Tiada sesiapa pun yang mahu berkerjasama dengan saya untuk melihat hitam
putih bagi menjelaskan perkara sebenar.
Siapa yang memberi arahan pada siapa?
Perkara
ini berlanjutan sehingga sebuah surat
diterima mengatakan tarikh rumah tersebut akan dilelong.
Orang yang kita
mahu bantu itu amat sedih dan hampir berputus harapan. Namun kita tetap juga
berusaha membantu beliau. Lagi pun semangat wajanya memberi inspirasi kepada
saya.
Kita
kena faham bahawa mereka enggan berkerjasama dengan kita dari awal sehingga
akhir – apabila Exco Kerajaan Selangor minta pun tak mahu bagi ke nombor-nombor
telefon orang yang patut dihubungi.
Tidak
putus asa
Pada
saat akhir kita dapat juga nombor pegawai yang bertanggungjawab. Kita telah
meminta beliau untuk menghentikan lelongan tersebut. Kita telah mengumpulkan
duit untuk beliau, tapi bank tidak mahu mendengar. Ada duit nak bayar pun bank tak mahu dengar.
Apabila
tanya kepada bank, bank berkata, Pejabat Tanah mengarahkan kami supaya tidak
menerimanya. Banyak sungguh permainan kotor dan politik. Kita kena faham,
Pejabat Tanah dan Pegawai Daerah hanya melapor terus kepada bos besar mereka,
iaitu Kerajaan Pusat. Semua tahu kerajaan pusat dikuasai oleh BN.
Saya
tidak pernah berdoa begitu banyak untuk membantu beliau, mengharapkan suatu
keajaiban berlaku.
Saya amat marah ketika itu. Namun kita tidak patut putus
asa. Mereka berkuasa untuk buat dan hentikan lelongan itu berlaku tapi mereka
tetap tidak mahu. Duit ada nak bayar pun mereka tak mahu terima.
Kita
lawan mati-matian untuk orang yang susah itu. Kita tahu dia enggan mengalah
kerana itulah satu-satunya tempat berteduh untuk beliau dan keluarganya. Sehari
sebelum lelongan, saya melawat ibu saya di hospital yang selesai menjalani
pembedahan. Sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku.
Saya
terima SMS daripada lelaki tersebut yang berbunyi, “Alhamdulillah, kita berjaya
mengeluarkan nama rumah saya dari senarai lelongan, dan rumah saya selamat. Ibu
saya akan tidur aman malam ini dan saya tidak akan lupa jasa anda.” –
Roketkini.com
没有评论:
发表评论