Source: Roketkini.com
Oleh
: Muhammad Nazreen
29
March 2012
Jimi
Hendrix diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama mendengar secara
‘live’ album Sgt. Pepper Lonely Heart Club – album ke-8 The Beatles. Malah, Majalah
Rolling Stone mengisytiharkan album yang diterbitkan pada 1 Jun 1967 itu
merupakan album terbaik di kalangan 500 album sepanjang zaman.
Album
ini ditanggapi sebagai cetusan baru dalam dunia muzik Psychedelic Rock yang
paling unik pernah tercipta.
Mahu
dijadikan cerita, Jimi Hendrix tidak senang untuk melihat Sgt Pepper Lonely
Heart Club terus berjaya dengan dominasi muzik British pada era yang dikenali
sebagai ‘Brits Invasion’. Terus, Jimi mengambil keputusan mengejut dengan
memainkan lagu Sgt Pepper Lonely Heart Club secara live di Saville Theatre
hanya selepas tiga hari album itu dilancarkan.
Tindakan
Jimi Hendrix dianggap kurang ajar oleh penerbit album terbabit, Brian Epstein,
kerana merasakan seolah-olah peluang gemilang ‘The Beatles’ ini dicuri Jimi
yang sememangnya memukau hadirin pada malam itu. Jadi, kontroversi terbit,
seperti ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’.
Jika
kita bandingkan hal ini dengan gejolak persaingan parti-parti politik di Malaysia ,
adakah kita mendapati perkara yang sama sedang beralun di lanskap politik
tanahair? Ya, dengan pasti, kita terus hanyut dihiburkan dengan parti-parti
politik yang bertarung bukan tentang soal dasar dan idea yang berguna untuk
rakyat, tetapi tentang siapa menciplak idea siapa.
Ironi
bukan? Hal seperti ini tidak asing dalam sejarah politik dunia.
Semasa
kempen pilihanraya presiden Barack Obama, beliau meniru bulat-bulat dasar yang
dikembangkan oleh Gabenor Massachusett, Deval Patrick, tanpa pula memberi
penghormatan kepada pencadang dasar asal.
Kembali
ke Malaysia ,
kita selalu didendangkan dengan drama sebuah parti politik yang menciplak
beberapa keping dasar daripada lawannya. Parti ini kemudian mengatakan dengan
megah bahawa ia adalah parti mesra-rakyat. Ini biasa buat parti politik yang
sudah kering idea dan kontang idealisme.
Seharusnya,
ada dasar-dasar yang baik yang perlu disokong tanpa mengira siapa yang
memperkenalkan dasar itu dan ia milik siapa. Sebagai contoh, dasar C.A.T
(Competency, Accountability, Transparency).
Bagi
saya selaku orang yang bukan milik kepada sesuatu parti, seharusnya tidak
timbul hal-hal remeh untuk dibicarakan di Dewan Rakyat. Kita harus sedar bahawa
Dewan Rakyat perlu menjalankan fungsinya secara berkesan dalam proses ke arah
kerajaan kelas pertama.
Bayangkan
kita hadir di Dewan Rakyat, apa yang berlaku adalah ahli-ahli dewan rakyat
sibuk bertengkar samada Parti A ‘mencilok’ idea Parti B dan sebaliknya.
Saya
kira sebagai wakil rakyat, mereka perlu lebih fokus kepada perbincangan yang
berkait rapat dalam soal kemaslahatan rakyat, selain fokus terhadap peranan
asalnya untuk membincangkan soal budaya, ekonomi dan sosial masyarakat untuk
merangka perlembagaan dan akta-akta yang dapat diterapkan dengan baik untuk
kesejahteraan rakyat di masa hadapan.
Berbalek
kepada kontroversi Jimi Hendrix dan The Beatles tadi, saya kira kedua-dua artis
ini terus mencipta nama besar di dalam perkembangan industri muzik dunia. Walaupun
Jimi terlebih dahulu memperbaiki beberapa susunan lagu ‘Sgt Pepper Lonely Heart
Club’ dengan lebih baik, The Beatles terus mencipta fenomena dengan album
terbabit sekalipun tanpa bantuan dan publisiti Jimi Hendrix.
Jadi,
tinggalkan sahaja debat tentang siapa yang menciplak idea siapa. Saya kira
banyak hal lain yang lebih penting, termasuk untuk mempersiapkan rakyat Malaysia dengan
budaya demokrasi matang kelas pertama demi menjana keharmonian bangsa
Malaysia. - Roketkini.com
没有评论:
发表评论