Source: Roketkini.com
Oleh
V. Sivakumar
21
March 2012
Najib
Razak telah hilang kepercayaan terhadap orang-orang Cina. Perdana Menteri
juga risau dengan pengundi-pengundi Melayu terutamanya golongan muda dan
warga bandar. Satu-satunya harapan Najib ialah undi masyarakat India .
Najib
sedar bahawa Barisan Nasional telah hilang sokongan masyarakat India dalam
pilihan raya umum ke-12. Ini adalah kerana dasar BN yang menindas golongan
minoriti ini dalam segala aspek.
Pemimpin-pemimpin
MIC juga tidak berani memperjuangkan hak masyarakat India semata-mata untuk
menyelamatkan kedudukan politik mereka. Masyarakat India yang tidak terbela itu telah
menunjukkan kuasa politik mereka melalui peti undi.
Kini
Najib cuba untuk mendapatkan
kembali sokongan masyarakat India
yang telah hilang. Beliau mahu berbaik-baik dengan masyarakat India dengan
memberi perhatian khusus kepada kaum ini.
Pelbagai
program dirancang dan dilaksanakan untuk mengambil hati orang-orang India di negara
ini. Perayaan-perayaan masyarakat India diberi tumpuan utama.
Pemberian hamper dan hadiah telah berlambak dan berlipat ganda pada perayaan
Deepavali tahun lalu.
Sambutan
Pesta Ponggal berlanjutan selama 2 bulan sejak 15 Januari 2012. Juga
mempamerkan wajah gergasi Najib di perkarangan kuil Batu Caves
semasa sambutan Hari Thaipusam. Semua ini membuktikan bahawa Najib amat
terdesak untuk mendapat sokongan orang-orang India .
Najib
merasakan bahawa pemberian seperti ini dan menyambut perayaan masyarakat India secara besar-besaran akan mempengaruhi
masyarakat India .
Beliau mengandaikan bahawa masyarakat India mudah ditipu dengan
adegan-adegan seperti ini.
Beliau
juga membuat banyak program mesra rakyat khususnya untuk bertemu dengan
masyarakat India
seperti di Kapar dan Buntong baru-baru ini. Najib juga cuba memperdayakan masyarakat India dengan mengadakan program-program kesenian
dan kebudayaan seperti konsert dengan membawa artis-artis dari India dan
tempatan yang popular.
Adakah
kaum India
akan percaya Najib?
Persoalannya,
adakah masyarakat India
di negara kita akan mempercayai gimik politik Najib ini? Masyarakat India sedar
bahawa mereka menjadi fokus Najib ketika ini. Peluang seperti ini tidak
pernah dinikmati oleh masyarakat India sejak kemerdekaan.
Inilah
pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara ini BN memberi perhatian utama
kepada masyarakat India .
Masyarakat India
mahu mengambil peluang ini sebanyak yang mungkin. Mereka akan mengambil semua
yang diberikan oleh BN yang tidak pernah mereka perolehi selama ini.
Tetapi,
masyarakat India
akan membuat keputusan yang bijak dalam pilihan raya umum ke-13. Mereka tahu
bahawa segala apa yang diberikan dan dijanjikan oleh BN hari ini adalah kerana
kebijaksanaan mereka memangkah DAP, PAS dan PKR dalam pilihan raya umum yang
lalu.
Masyarakat
India
sedar bahawa kekuatan Pakatan Rakyat akan memberi nafas baru kepada mereka
dalam pola sosio-ekonomi negara ini. – Roketkini.com
Source: http://roketkini.com/2012/03/21/pakatan-rakyat-nafas-baru-masyarakat-india-oleh-v-sivakumar/
没有评论:
发表评论