Source: Roketkini.com
3 March 2012
Setelah gagal dalam konspirasi
politik liwat dan video seks untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, para
pemimpin UMNO dan pecacai mereka, termasuk Utusan Malaysia, mencipta fitnah
baru kononnya Ketua Umum PKR itu menyokong Israel.
Sebenarnya Anwar tidak menyokong Israel . Apa
yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini hanyalah kenyataan Anwar yang
mengulangi pendirian Malaysia
yang mahukan keamanan di Timur Tengah.
Cadangan penyelesaian dua
negara – wujudnya Palestin dan Israel
sebagai negara jiran -diterima oleh Malaysia sejak zaman pemerintahan
Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bererti kerajaan UMNO-BN menerima bahawa jika mahu
Palestin merdeka, Malaysia
menerima kewujudan Israel .
Fitnah para pemimpin UMNO dan
pecacai mereka hanyalah mempunyai tujuan politik sempit, iaitu menuduh Anwar
menyokong Israel supaya rakyat, khususnya orang Melayu dan Islam membenci
Anwar, dan seterusnya menolak Pakatan Rakyat.
Itu permainan politik kepimpinan
UMNO sejak zaman-berzaman. Kini, akibat pelbagai skandal dan penipuan yang
dilakukan oleh kepimpinan UMNO-BN serta kroni-kroni mereka, fitnah telah
menjadi budaya mereka.
Sebagai bukti bahawa Anwar
Ibrahim hanya menyatakan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel,
surat-surat Dr Mahathir yang sebelum ini sulit dan rahsia tetapi kini telah
didedahkan kepada umum menjadi bahan untuk tatapan ramai.
Bukti surat-surat Mahathir kepada
pemimpin Israel
1. Dalam suratnya kepada Perdana
Menteri Israel ,
Yitzhak Rabin pada 21 Disember 1993, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada
masa itu antara lain telah menulis:
“Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada
masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam
pelaksanaan perjanjian damai.”
Di bahagian akhir suratnya itu,
beliau menulis dengan tangan/pen: “Saya berharap kepada hubungan yang biasa
dengan Israel ”.
2. Pada 14 Mac 1997, Dr Mahathir
menulis surat kepada Perdana Menteri Israel ,
Benjamin Netanyahu:
“Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan
3. Pada 8 Jun 1999 (selepas
memecat Anwar Ibrahim daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan
kemudiannya memenjarakan Anwar), Dr Mahathir menulis surat
rahsia kepada Perdana Menteri Israel ,
Ehud Barak:
“Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan
Rakyat Malaysia
tidak sedar pun bahawa Dr Mahathir telah menghantar surat-srat ini kepada para
Perdana Menteri Israel .
Yang diketahui hanya “kenencian” Mahathir terhadap Israel
yang dipaparkan oleh media massa
kawalan UMNO-BN.
Malah, mungkin ada lagi
surat-surat rahsia di antara Mahathir dan pemimpin Israel yang tidak didedahkan kepada
umum.
Bukti kenyataan-kenyataan Najib sanggup
menerima Israel
1. Petikan ucapan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak di forum “The Coalition of the Moderates and
Intercivilisational Understanding” di Oxford Islamic Centre, UK pada 17 Mei
2011:
“Every peace-loving nation which seeks a better world must work towards an everlasting resolution based on the principles of a viable two state solution and equitable justice for all involved.”
(Setiap negara yang cintakan
keamanan yang mahu kepada dunia yang lebih baik mesti berusaha ke arah
penyelesaian mutlak berasaskan prinsip-prinsip penyelesaian dua
negara yang sesuai dan keadilan saksama bagi semua yang terlibat [dalam
krisis Timur Tengah])
2. Petikan ucapan Najib di majlis
makan malam anjuran United Nations Association Malaysia (UNAM) di Kuala Lumpur pada 1
November 20100
“We are supportive of a two-state solution, however, for this to happen, there must be a more balanced approach and the moderate centre on both the Israeli and Palestinian sides must be empowered.”
(Kami menyokong
penyelesaian dua negara, bagaimana pun, untuk ini berlaku, mesti ada
pendekatan yang lebih seimbang, dan pusat yang sederhana
di kedua-dua pihak Israel
dan Palestin mesti diperkasakan.”
Bukti-bukti Wisma Putra
memperjuangkan penyelesaian dua negara Israel dan Palestin
1. Petikan kenyataan Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman pada Sesi ke-66 Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) di New York
pada 27 September 2011:
“
(Malaysia menyokong penuh hak yang
sah rakyat Palestin untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka, berasaskan
kepada penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira perkara-perkara
keselamatan bagi kedua-dua pihak)
2. Petikan kenyataan Anifah di
Mesyuarat Sambutan Ulangtahun ke-50 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Belgrade , Serbia pada 5 September 2011:
“
(NAM
mesti membantu Palestin menamatkan pendudukan secara haram (oleh Israel ) dan
merealisaikan penyelesaian dua negara.”
Siapa fitnah, siapa bohong?
Jelas sekali pendirian kerajaan Malaysia dalam isu Palestin dan Israel . Ia juga
pegangan UMNO-BN.
Jika mudah melatah dan menelan
bulat-bulat fitnah, maka yang benar akan ditolak, yang jijik dan busuk akan
menjadi pegangan.
Dalam keadaan UMNO-BN yang
dilanda pelbagai skandal dan penyalahgunaan kuasa yang menindas rakyat, semua
pihak perlu berhati-hati serta berfikir habis-habisan sebelum menerima sebarang
“berita” atau tohmahan daripada pimpinan kerajaan UMNO-BN.
Siapa yang memfitnah, siapa yang
berbohong? – Roketkini.com
没有评论:
发表评论