Source: Roketkini.com
Oleh Ronnie Liu
28 February 2012
Pihak syarikat Lynas tidak mahu
mendirikan loji pemprosesan nadir bumi di negara mereka sendiri, tetapi
menggunakan alasan pelaburan untuk mendirikan loji tersebut di Malaysia .
Hakikatnya, hampas atau sisa ini
bukanlah sekadar kotoran atau sampah tetapi merupakan sisa radioaktif yang
mengandungi gelombang radiasi yang amat merbahaya kepada kesihatan manusia dan
kepada persekitaran kita.
Dewasa ini, dalam era tanpa
sempadan, dunia semakin kecil. Pembinaan loji pemprosesan ini boleh berlaku
dalam kawasan terdekat kita juga. Bandar Kuantan merupakan sebahagian dari
negara ini dan bukanlah sejauh yang kita sangkakan sebelum ini.
Rakyat Malaysia mesti mengubah sikap
‘tidak apa’ khususnya yang berkaitan dengan isu Lynas yang telah menjadi
kebangsaan ini yang perlu diambil tindakan proaktif dengan kadar segera.
Sekiranya sisa toksik radioaktif
ini menyerap masuk kedalam sistem perairan kita dan ke dalam tanah kita, sudah
tentu aktiviti-aktiviti kita akan turut terjejas. Dari upacara perkahwinan
kepada bidang perniagaan kepada arena pelancongan, semuanya akan terjejas
dengan peninggalan kesan jangka panjang.
Kita sering mendengar “mencegah
adalah lebih baik dari dirawat”. Ini merupakan poin utama kita untuk hari ini
dalam usaha untuk menghalang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dari
berlaku.
Kita tidak mahu hidup dalam
suasana ketakutan dan kebimbangan akan pendedahan kepada sisa radioaktif kerana
ianya sukar dikesan dengan mata kasar. Radiasi ini adalah hasil penyalahgunaan
kuasa pihak yang tidak bertanggungjawab dan kesan pendedahan kepada radiasi
bukanlah sesuatu yang dapat dikesan dengan serta merta.
Mengapa Lynas didahulukan, suara
rakyat tidak dipedulikan?
Haruskah kita membenarkan ‘time
bomb’ ini yang boleh meletup pada bila-bila masa berada berdekatan dengan kita?
Mengapa Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan loji pemprosesan Lynas tanpa
mangambil kira keselamatan rakyat jelata?
Mengikut sumber laporan akhbar,
loji pemprosesan Lynas mempunyai banyak kekurangan dari segi
infrastruktur, tidak mematuhi piawaian keselamatan dan banyak tanda tanya
berkenaan dengan prosedur menandatangani kelulusan loji ini. Loji ini nampaknya
mengengkari keperluan untuk mendapat kelulusan untuk beroperasi.
Selain daripada itu, pihak
syarikat Lynas belum lagi mengemukakan kertas cadangan untuk cara menguruskan
dan membuang sisa radioaktif ini. Pihak syarikat Lynas hanya mempunyai idea
untuk menguruskan sisa radioaktif menggunakan “kaedah sementara” di mana sisa
radioaktif akan disimpan dahulu.
Yang mengerikan bukan hanya sisa
radioaktif pepejal sahaja malah air kumbahan dan sisa gas toksik yang
dihasilkan dalam proses ini cukup untuk mencemarkan alam sekitar.
Pemprosesan nadir bumi ini akan
menghasilkan 500m3 sisa sejam yang boleh memenuhi 5 kolam renang Olimpik.
Air tercemar ini turut mengandungi sisa radioaktif yang akan meresap kedalam
makanan kita melalui satu rantaian dimana air tercemar yang mengalir ke
laut akan menjejaskan hidupan laut yang akhirnya akan dimakan oleh manusia.
Sisa radioaktif yang terkandung
dalam hidupan laut akan mengesahkan kemudaratan kesihatan. Gas yang dihasilkan
dari pemprosesan tersebut adalah sebanyak 100 000m3 bagi setiap satu jam.
Gas ini yang dibebaskan ke udara akan terlarut bersama molekul air hujan yang
akan menyebabkan pencemaran jangka panjang kepada kesihatan dan persekitaran.
Pengalaman ngeri di China
Di samping itu, dalam dunia
perniagaan negara China
memegang monopoli pembekal terbesar didunia bagi nadir bumi ini. Di inner
Mongolia, kawasan Bautou. Ia sudah lama menjadi tempat penapisan nadir bumi
terbesar di dunia.
Disebabkan kebocoran sisa air
ini, 70.9 peratus daripada penduduk tempatan mengalami penyakit kanser dan
kerajaan negara China
telah membayar pampasan kepada mangsa pendedahan sisa radioaktif ini
tetapi sudah tentu tidak mencukupi.
Menyedihkan lagi, penduduk Bautou
tidak mampu untuk meninggalkan tempat tersebut dan tidak dapat menampung
kehidupan yang lebih tinggi diluar. Oleh itu mereka terpaksa menjalani
kehidupan disana walau pun mengalami keracunan yang kritikal.
Mengikut penduduk tempatan di sana , sumber utama
pendapatan mereka disana adalah daripada kegiatan pertanian tetapi pada hari
ini, hasil tanaman disana tidak boleh dimakan kerana mengakibatkan cirit-birit.
Sumber air disana juga tidak
boleh diminum kerana selepas air itu dididihkan, bahan sisa dapat dilihat
terapung diatas air. Kegiatan perlombongan juga untuk memperolehi mata air
untuk kegiatan pertanian juga terjejas kerana sumber air tercemar.
Ini jelas menunjukkan tahap
pencemaran yang serius di kawasan tersebut. Selain daripada penyakit kanser,
penduduk dikawasan Bautou juga mengalami masalah osteoporosis, hemiplegia,
kelonggaran gigi dikalangan golongan orang dewasa.
Kanak-kanak mengalami kerosakan
gigi dan boleh dicabut begitu sahaja. Kerajaan negara China sudah mula risau mengenai tahap pencemaran
di kawasan Baotou
kerana tanda-tanda pencemaran berskala besar telah dikenalpasti di Sungai Huang
He dan mungkin akan mengakibatkan masalah yang tidak dapat diduga.
Sebagai rakyat negara ini, kita
tidak mahu melihat Malaysia
sebagai negara yang mengerikan.
Salah guna kuasa kerajaan UMNO-BN
Kerajaan pusat melalui
penyalahgunaan kuasa mereka, akan memusnahkan kehidupan rakyat ini untuk
‘menikmati’ manfaat dari pihak syarikat Lynas jika tidak menutup loji tersebut.
Rakyat Malaysia
berharap Malaysia
tidak akan tergolong dalam negara-negara yang “tidak selamat” didiami. Kerana
itu, kita mesti bersatu mengatakan TIDAK kepada Lynas dan tidak berjudi dengan
kesihatan kita.
Contoh terbaik adalah kesan
dahsyat daripada pengeboman bom atom Nagasaki
dan Hiroshima
dalam Perang Dunia Kedua yang berkekalan sehingga ke generasi anak-cucu-cicit
mereka.
Penulis adalah Exco Kerajaan
Negeri Selangor bagi Hal-Ehwal Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.
Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri DAP bagi Pandamaran
Source: http://roketkini.com/2012/02/28/demi-lynas-kerajaan-umno-bn-pinggirkan-suara-rakyat-oleh-ronnie-liu/
没有评论:
发表评论