Source: Roketkini.com
5 March 2012
Setiausaha DAP Sabah Dr. Edwin
Bosi berkata, ia telah terbukti bahawa selama 48 tahun lalu, BN tidak melakukan
banyak kebaikan untuk Sabah, sebaliknya menjadikan anak negeri menderita
miskin.
“Meski pun belanjawan negara
adalah kira-kira RM220 billion, tidak sampai 6 peratus diperuntukkan kepada
Sabah dan Sarawak walau pun kedua-dua negeri ini memberi sumbangan besar hasil
minyak dan gas, dan kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau mengingatkan
rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan mereka dengan mengembalikan kuasa
kepada BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Menurutnya, kerajaan BN juga
sudah menyatakan hasrat untuk memansuhkan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR),
sebagaimana yang dikatakan oleh Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez,
bahawa sudah tidak ada tanah NCR selepas 1931.
Menyedari kelemahan dan
penyelewengan BN, Dr Edwin mahu rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat
yang memberikan alternatif yang jauh lagi baik daripada BN.
“Buku Jingga Pakatan Rakyat
dengan jelas menyatakan penghormatan kepada NCR, menambah royalti minyak kepada
20 peratus, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing,
mengembalikan semula dividen Yayasan Sabah, serta dana RM1 bilion untuk
bumiputera Sabah,” katanya.
Oleh itu, menurutnya, alternatif
terbaik untuk rakyat Sabah adalah untuk berani
ubah kerajaan.
“Kita tidak boleh bergantung
kepada kerajaan yang tidak mengambil berat. Kenaikan kos sara hidup dan
pendapatan yang statik menyebabkan orang menjadi miskin dan miskin tegar.
“Kita perlukan memerlukan sebuah
kerajaan yang boleh mengurus negara dengan baik. Kerajaan itu adalah kerajaan
Pakatan Rakyat,” kata beliau. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论