Source:
Roketkini.com
29
JANUARI 2012 – Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia , dalam edisi mingguannya
hari ini, menyifatkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.
Sememangnya
tidak ada apa yang baru daripada fitnah yang berterusan daripada alat
propaganda UMNO itu yang menyamar sebagai ahbar harian.
Tohmahan
terbaru itu datangnya daripada Utusan yang didapati bersalah oleh mahkamah
bulan lalu apabila memfitnah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang
pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai anti-Islam dan anti-Melayu.
Fitnah-fitnah
Utusan itu adalah kononnya Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat telah:
1.
Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di
bumi Pulau Pinang;
2.
Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang
sebenarnya telah diadakan);
3.
Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan
Ramadan;
4.
Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;
5.
Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;
6.
Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik
Pulau; dan
7.
Mengusir penduduk-penduduk India
dari Kg Buah Pala.
Hakim
dalam kes itu telah menyifatkan “kenyataan separuh benar” oleh Utusan itu
bermakna ia “tidak benar sama sekali”.
Kini
Utusan muncul lagi dengan fitnah yang dikitar semula, malah ditambah-tambah
pula pembohongan, dengan mengatakan DAP adalah parti yang paling rasis di dunia
(bukan di Malaysia , bukan di
Asia Tenggara, bukan di benua Asia tetapi di
seluruh dunia).
Siapa
sebenarnya rasis?
Timbalan
Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah dengan angkuh dan bangganya
mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia
kemudian.
Guan
Eng sendiri pernah mengulas kenyataan itu bahawa kenyataan Muhyiddin
membuktikan usaha pemimpinnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa
slogan 1Malaysia telah menemui kegagalan kerana ditolak oleh orang nombor dua
beliau sendiri.
“Muhyiddin
menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit
Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walau pun DAP telah berjuang untuk semua
rakyat Malaysia dan keahlian
parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu ,
India , Iban dan
Kadazan,” katanya.
Sedangkan
semua orang tahu bahawa UMNO hanya membuka keanggotaan untuk orang Melayu.
Memang tidak ada salahnya dalam demokrasi tetapi amat pelik apabila para
pemimpin parti satu kaum menggelar parti pelbagai kaum dan agama sebagai rasis.
Daripada
niat baik kerajaan pada awal 1970-an untuk menyusun semula masyarakat, dengan
berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, diwujudkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB), untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya orang Melayu.
Sekali
lagi, semua orang sedar bahawa selepas DEB tamat tempohnya pada 1990, ia
diteruskan lagi dalam wajah dan nada yang berbeza. Tumpuannya bukan lagi orang
Melayu dan Bumiputera secara am tetapi hanya untuk kepentingan mereka yang
bergelar UMNOputra – para pemimpin UMNO, keluarga dan kroni mereka.
Pengkhianatan
kepimpinan UMNO terhadap orang Melayu
Sudah
ramai pemimpin Pakatan Rakyat serta para bloggers mendedahkan pengkhianatan
kepimpinan UMNO terhadap bangsa Melayu sendiri. Antaranya:
*
Menarik balik royalti petroleum rakyat Terengganu dan menafikan hak royalti
petroleum rakyat Kelantan yang majoritinya orang Melayu.
*
Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tempat belajar
agama anak-anak Melayu.
*
Menimbulkan krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila pimpinan
UMNO menentang keputusan Sultan di negeri-negeri berkenaan.
*
Menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT, daripada
RM54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu, hanya RM2 billion sahaja
yang sampai manakala RM52 billion lagi lesap. Hingga hari ini ia menjadi
misteri besar.
*
Mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong melalui krisis Perlembagaan 1982 dan
kuasa sultan-sultan pada awal tahun 1990-an di mana media massa
menjadi medan
untuk menghina dan memperlekehkan institusi raja-raja Melayu.
*
Memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) atas alasan memberi faedah kepada orang Melayu dan kemudian
memanushkannya selepas beberapa tahun atas alasan yang sama.
Pengkhianatan
yang berterusan
Bukan
sahaja orang Melayu menjadi mangsa kerakusan pucuk pimpinan UMNO, malah semua
rakyat Malaysia .
Subsidi bahan-bahan keperluan harian ditarik balik atau dikurangkan tetapi
subsidi untuk syarikat-syarikat besar seperti penjana kuasa bebas (IPP) dan
syarikat konsesi tol tetap diteruskan, malah ditambah lagi.
Memang
ada orang Melayu yang mendapat habuan daripada penyalahgunaan kuasa ini tetapi
mereka ini terdiri daripada kroni dan keluarga pemimpin UMNO serta rakan-rakan
komponen Barisan Nasional.
Adakah
rakyat jelata termasuk orang Melayu mendapat faedah daripada projek ternak
lembu NFC?
Adakah orang Melayu menikmati keuntungan kutipan tol lebuh raya
Utara-Selatan (NSE)? Adakah orang Melayu, Cina ,
India , Orang
Asli, Iban, Kadazandusun merasai nikmat projek PKFZ? Adakah rakyat terutamanya
peneroka Felda mendapat hasil langsung daripada penyenaraian Felda Global
Ventures?
Seperti
mana yang dijelaskan oleh Guan Eng, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu atau
mana-mana kaum.
Dengan
menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, beliau menjelaskan, UMNO
mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah
mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti:
*
Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan
yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman
dikenakan; dan
*
Kontroversi dana awam yang telah diberikan kepada NFC yang berkaitan dengan
seorang Menteri telah digunakan bukan untuk penternakan lembu, tetapi
sebaliknya membeli kondominium mewah.
Perlukah
orang Melayu takut kepada DAP?
Selama
ini UMNO, termasuk melalui penyebaran dakyah Utusan, telah menggunakan taktik
kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu,
kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka, kata Guan Eng
lagi.
Menurut
Ahli Parlimen Bagan itu, dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana
perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala
sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri
automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dimiliki usahawan-usahawan
atau syarikat-syarikat Melayu.
Walau
pun syarikat-syarikat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor
politik, awam dan swasta, beliau berkata, DAP tidak pernah menggunakan isu-isu
itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu.
“DAP
tidak pernah berlaku begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai
hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam
sektor-sektor tersebut,” tambah beliau.
Dalam
politik pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang
Melayu. Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu kecuali
di Pulau Pinang .
“Tidak
pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana
Menteri kerana rakyat Malaysia
menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia
seharusnya berbangsa Melayu,” ujar Guan Eng.
Beliau
yakin orang Melayu tidak lemah dan justeru, tidak perlu tunduk kepada UMNO hari
ini yang dipimpin oleh golongan yang rasis dan sering menyalahgunakan kuasa
serta kedudukan.
“Sudah
tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan,
kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi”. – Roketkini.com
没有评论:
发表评论